Jumaat, 29 April 2011

Permainan hina Islam: Mahasiswa gesa tindakan

Permainan hina Islam: Mahasiswa gesa tindakan

29 Apr, 11 10:49am

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini didakwa boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam dengan memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa pihak kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas ke atas perkara berkenaan.

“Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa/i Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam permainan Devil May Cry 3 itu, pemain didakyah kononnya mereka berjihad menentang syaitan dan dikehendaki menewaskan makhluk itu dengan menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam juga dikatakan tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” katanya.

Rohayu juga menyifatkan permainan seumpama itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.

“Tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat. Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ini (permainan itu)," katanya.

Bila Manusia Tidak Takut Tuhan???

Alhamdulillah bagi Allah senantiasa menyediakan sesuatu itu untuk keperluan hambaNya dalam mengabdikan diri padaNya.

Manusia adalah makhluk Allah swt yang cukup sempurna kejadiannya.Diangkat sebagai khalifah bukan sekadar untuk menerajui dunia tapi menunaikan amanah Allah swt untuk melahirkan ketaatan kepada Tuhannya.

Dalam menunaikan amanah Allah swt ini,taqwa atau kata lain takut itu menjadi peran utama seseorang itu supaya berwaspada dan berhati-hati dalam setiap langkahnya.Apabila takut pada Tuhan hilang, maka;

1. Jika dia anak, maka dia akan jadi anak derhaka.

2. Jika dia ayah, maka dia akan jadi ayah tidak dapat melahirkan keluarga yang sakinah dan rumahku syurgaku.

3. Jika dia masyarakat, maka dia akan menjadi kutu masyarakat yang membawa wabak kerosakkan masyarakat.

4. Jika dia ketua masyarakat, maka dia akan menjadi ketua yang hanya ada bantuan masyarakat sewaktu pilihanraya saja.

5. Jika dia pegawai kerajaan, maka dia akan menjadi seorang pecah amanah,rasuah dan lintah darat.

6. Jika dia jadi pemimpin, maka dia akan jadi seorang pemimpin kuku besi,rasuah,kaki perempuan,penabur fitnah,gila filem lucah,menabur janji masam dan berbagai lagi.

Jika dia menjadi seorang ulamak, maka dia akan terus tutup mulut dan mengangguk melihat apa yang pemimpin buat, supaya periuk nasi dia tak diganggu.

Nauzubillah minzalik.

Semoga kita sentiasa takut pada Allah swt,terpelihara diri kita dari fitnah yang merosakkan tugas dan hubungan kita pada Allah swt.

Khamis, 21 April 2011

" asyik kene beli susu dengan pampers je "

Alhamdulillah,terima kasih Tuhan yang telah menetapkan segala sesuatu buat hambanya itu adalah ujian dan ketaatan hambaNya.

Harga barang akhir-akhir ini yang tak pernah menentu,naik dan takkan turun, telah memberi tekanan kepada kita terutamanya golongan bergaji.

Pertemuan dua orang ibu muda,siti dan tini (bukan nama sebenar) beberapa hari lalu mencetuskan kisah yang boleh kita kongsi bersama.Luahan siti dengan seronok bersalin membuatkan tini menyapa dengan berkata "seronok memang seronok tapi ingat,barang mahal lani,takut tak tebagi makan pula".

Masalah itu diteruskan lagi dengan luahan tini dengan mengeluh panjang disebabkan nak kene sediakan susu dan pampers setiap minggu,sekali beli sampai mencecah seratus ringgit.

Patut ke seorang ibu atau seorang bapa mengeluh bila dia menyediakan keperluan asas anaknya?

Pertamanya : Tidak patut bagi mereka mengeluh kerana menyediakan keperluan anak ini sudah menjadi tanggungjawab mereka.

Keduanya : Mereka tidak sepatutnya merasakan gundah gulana dengan kepayahan yang mereka lalui kerana Allah swt telah tetapkan rezeki,ajal maut dan segala perjalanan kehidupan kita.

Ketiganya : Allah swt mengajar kita supaya ada redha dan syukur terhadap setiap perkara yang mendatang dalam kehidupan kita. Ianya adalah untuk kita sentiasa rasa tenang dan bahagia denga apa pun onak duri yang kita lalui.

Keempatnya : Bila kita hidup terlalu bergantung dengan makhluk seperti gaji,maka secara tidak langsung akan terganggu pergantungan kita dengan Tuhan.

Allah swt suruh kita berusaha tapi jangan sampai lupa bertawakal. Allah swt suruh kita bertawakal tapi jangan sampai kita tinggalkan usaha. Maka berusahalah kemudian bertawakal supaya hubungan itu menjadi baik dan cantik.

Islam itu cantik,kedatangannya mencantikkan luaran dan dalaman.cuma yang menjadi masaalah bila kita kurang memahami islam itu dengan sebenar-sebenarnya.

Mendalamilah islam dengan mata hati,ianya tidak akan cukup dengan sijil saja yang tinggi.

WAllahu a'lam

Rabu, 13 April 2011

Terima Kasih Jentik-Jentik

Alhamdulillah,syukur buat Allah swt yang menjadikan segalanya itu tidak terlepas membawa pengajaran bagi hambaNya yang berfikir.

Akhir-akhir ini,berbagai perkara yang berlaku luar dari jangkauan pemikiran kita.Berbagai permasalahan datang dan timbul dari berbagai pelusuk dan keadaan.

Tidak ketinggalan juga sebuah Jemaah Islam yang kita sayangi ini.Bukan saja berbagai lemparan dari luar,tidak kurangnya juga dipanggil "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan".

Permasalahan yang timbul ini,membuatkan ramai dikalangan sahabat menjadi hambar dengan permasalahan ini.Alhamdulillah,usrah beberapa peringkat yang diikuti seminggu dua ini memberikan ubat penawar segala kekeliruan dan kesakitan yang dihadapi.

Kesimpulan yang dapat dicongkil dari ubat penawar usrah itu;

1-usrah dan majlis ilmu haraki jangan ditinggalkan.
2-permasalahan yang timbul itu,segalanya tetap dari Allah swt dan Dia sediakan untuk beri kita pengajaran dan pengalaman yang lebih mantap lagi.
3-keikhlasan itu sangat penting,kerana ia saja yang dapat membezakan seseorang itu di hadapan Allah swt.

Oleh itu sahabat-sahabatku,siapa sangka air yang tenang itu tiada jentik-jentik...tetapi jangan lupa,disebalik keburukan jentik-jentik itu tetap ada kebaikkannya,ia akan membuatkan orang yang berada disekeliling air itu berjaga-jaga.

Begitujua dalam jemaah Islam ini,jangan kita ingat bila jemaah islam itu,isinya secantik kulitnya,pasti ada dikalangannya yang busuk,tapi jangan kecewa dengan busuknya kerana yang busuk itulah akan mengajar kita berhati-hati dalam langkah dan menambah kemanisan dalam perjuangan ini.

WAllahu a'alam

Cerita Disebalik Kematian Adik Saiful???

KEMATIAN adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Mari kita meneliti kisah disebalik kejadian ini.

Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian ) Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa ) “Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia - Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah. CERITA SEBENAR Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.




“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU. Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.




Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen. Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan.




Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.




GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.







GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.