Khamis, 27 Oktober 2011

Apabila LEMBU Diberi RM73.64 JUTA ??? Duit Siapa dan kemana Duit tu TIDAK perlu bagi Sang LEMBU...

Prestasi hambar: NFC serah Noh Omar untuk jawab
Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.

NONESebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.

Malaysiakini
menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.

NONEMalaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan 4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Selasa, 25 Oktober 2011

KETULUSAN YANG SEMAKIN HILANG , AKIBATNYA TANGGUNG BERSAMA ???

RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

NONEMenurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

NONE“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

CUAI ATAU TIDAK AMANAH ???

K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

azlanBagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.

Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

azlan"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.

"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.