الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين
Tengah hari tu sebagaimana biasa ketika berada dalam kereta, apabila masuk je slot berita, saya mula pasang telinga lebih lagi agar dapat mendengar berita yang disampaikan. Dulu memang perkara yang paling tak suka tulah berita, tapi lani memang ambik tau betul. Yelah, mungkin faktor usia, dah ada sikit tanggungjawab tu rasa nak tau juga apa yg berlaku dengan setiuasi sekeliling.
Tengah asyik mendengar satu persatu yang disampaikan oleh pembaca berita. Diantara perkara yang buat aku cukup tertarik apabila diberitakan bawa "penglibatan pelajar universiti dalam pasukan latihan pegawai simpanan ( PALAPES ) amat penting untuk menanamkan jatidiri dan semangat juang yang tinggi" serta berita yang kedua disampaikan pula mengenai program yang akan diadakan di Putrajaya iaitu "forum dasar asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak rantau Pasifik 2016" yang akan disertai oleh 46 buah negara yang dihadiri seramai seribu orang, sebanyak 54 kertas kerja akan dibentangkan. Ianya diadakan bagi persiapan anak bagi memasukan alam persekolahan.
Kedua-dua berita ini menunjukkan usaha pelbagai pihak bagi menghasilkan individu lebih-lebih lagi jenerasi pelapis yang hebat nanti. Apapun usaha yang sangat baik dan tahniah saya ucapkan. Cuma mungkin kita boleh katakan, sesuatu yang baik jika cara yang tidak betul, maka pasti hasilnya tak sebagaimana yang diharapkan. Jika dilihat rialiti yang berlaku kepada masyarakat kita khasnya dan umumnya dunia pada hari ini, sangat tidak setara dengan usaha yang digembelingkan. Hasil tidak didapati dengan kerja yang diusahakan apatah lagi wang ringgit yang dimodalkan. Rasanya jutaan ringgit kita berhabis setiap tahun bagi mewujudkan modal insan tetapi hasilnya tidak memberansangkan.
Memang benar usaha dari kita dan hasilnya itu dari Allah swt tetapi Allah swt tidak kejam kepada hambaNya. Jika tidak diberikan sesuatu itu maka pastinya ada sebab atau cara yang diusahakan itu tidak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan ditonjolkan contohnya melalui Rasulullah saw.
Contoh kita melihat kepada negara matahari iaitu Jepun. Sebuah negara yang cukup terkenal penduduknya sangat tertib, amanah dan berakhlak. Walaupun mereka ini tidak beriman kepada Allah swt tetapi mereka mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah swt dalam cara pembinaan manusia, maka hasilnya tetap Allah swt izinkan mereka menjadi sebuah golongan manusia yang hebat.
Inilah yang dinamakan dunia, dengan sifat Rahman Allah swt maka manusia yang tidak beriman sekalipun didunia ini, jika cara pembinaan manusia mereka mengikuti apa yang telah ditetapkan maka mereka akan dapati kebaikannya.
Semuanya ini bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan apatah lagi meninggalkan dan menafikan apa yang telah diajar dan ditonjolkan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu. Bagaimana Rasulullah saw membina masyarakat dan jenerasi yang sangat hebat. Apapun kita perlu melihat semula pembinaan tersebut dari awal kenabian selama 13 tahun Rasulullah saw di Makkah kerana keberadaan Rasulullah saw di Madinah adalah waktu melihat keberhasilannya.
13 tahun Rasulullah saw berusaha keras menyampaikan islam kepada masyarakat Makkah terutamnya. Tetapi intipati asas utama yang dipasakkan dalam setiap peringkat diri muslim itu adalah akidah, memperkenalkan mereka dengan Allah swt. Meyakini Allah swt itu Tuhan yang esa tidak cukup dengan sekadar mengetahui dan meyakini pada hati dan lisan tetapi merialisasikan keyakinan tersebut sampai kepada pengamalan dan kehidupan.
Itu sebab orang yang baik imannya maka dapat dilihat dari ketenangan dirinya dalam melalui kehidupan lebih-lebih lagi dalam menghadapi satu-satu kesusahan dan musibah. Ini apatah lagi dalam mengahasilkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan semangat juang yang tinggi, segalanya tetap kuncinya datang dari keyakinan dan keimanan yang baik kepada Allah swt.
Itu sebabnya hari ini kita melihat dari segenap lapisan masyarakat, dari pemimpin sampailah kepada masyarakat bawahan pasti menghadapi masalah jati diri atau moral. Walaupun dia seorang muslim sekalipun jika penerapan iman itu tidak sebaik dan sesempurna mungkin, maka pasti selagi itu juga tidak akan berjaya menghasilkan individu yang hebat dan dihormati.
Maka usaha-usaha yang dilakukan dari setiap peringkat, pemimpin kerajaan sampailah sekecil kerajaan dipanggil keluarga, wajib memulakan usaha pembinaan dengan menanamkan "kenal Allah swt" dan menerapkannya didalam kehidupan. InsyaAllah jika usaha ini dibuat dengan baik, maka usaha dan cara yang akan mengikuti selepasnya akan menambah cantik lagi jalan dalam menghasilkan manusia berwibawa dan mempunyai jati diri, jenerasi pelapis yang hebat. InsyaAllah.
WAllahu a'alam
AbuJihad
20Julai2016
Sampingan DM