Jumaat, 8 September 2023

*Insan Mulia Lahir Melakar Jasa*

Pagi itu tidak sebagaimana biasa,

Angin bertiup berentak dan berkata,

Burung unggas haiwan lebih awal berjaga,

Menggambarkan mereka gembira tak terkata.


Bertepatan 12 Rabiul Awwal tanggalnya,

Tujuh hari seminggu Isnin pilihan Tuhannya,

Tahun gajah terjadi kejadiannya,

Insan dimuliakan kesempurnaan diberi padanya.



Manusia agung lahir seorang ibu tanpa bapa,

Disambut oleh segala insan mulia,

Rumah datuknya Abdul Muttalib namanya,

Tiada disisi tika itu tawaf kerjanya.


Cahaya terpancar membuka gelap gumpita,

Terpancar ia lebih awal dari biasa,

Penduduk kota mencari dari mana datangnya,

Pelusuk kota,rumah pembesar kelahiran cucunya.


Ibunya Aminah insan mulia sifatnya,

Abdullah nama bapanya tidak kurang hebatnya,

Barkah alBarrah alwadud penjaganya,

Halimah ibu susuan buatnya.


Empat tahun membesar bersama ibu susuannya,

Bani Sa'ad kampung pendalaman tempatnya,

Suasana pergaulan tidak sebagaimana kota,

Pembinaan pendidikan jati diri, akhlak insan mulia.


Dua tahun kembali bersama ibunya,

Pergi jauh safar ziarah makam ayahandaNya,

Ummu Aiman peneman pembantunya,

Bonda wafat disitulah terakhirnya.


Kini datuk bergantung bermanja,

Harapan cucu membesar padanya,

Panas sehingga ke petang sangkaannya,

Rupanya datuk dua tahun pergi juga.


Abu Talib wasiat untuk menjaganya,

Miskin ramai anak itulah kehidupannya,

Tidak lain susah sebagaimana dia,

Tapi itulah rahsia Tuhan untuk membinaNya.


Remaja Dia sebagaimana manusia biasa,

Ada keinginan ada kemahuannya,

Dijaga dipelihara oleh TuhanNya,

Buat persiapan tanggungjawab dihadapannya.


Amanah akhlak mulia sifatNya,

Terkenal penduduk kota bukan hanya keluargaNya,

Bukan dikenali hanya semata,

Sehingga al Amin menjadi jolokannya.


Hebat orang perlu diduga,

Khadijah mula menawar dagangannya,

Sham tujuan Maisarah pembantunya,

Pulang membawa keuntungan gembira beritanya.


Khadijah mula mengatur langkahnya,

Insan mulia kaya tidak kurang hartanya,

Menawar diri isteri buat Dia,

Terikatlah ikatan perkahwinan kedua-duanya.


Matahari bulan bersilih ganti masanya,

Dua insan mulia kini zuriat lahirnya,

Enam anak dari Khadijah ibu Pertama,

Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Fatimah, Ummu Kalsum namanya.


Kini masa kenabian tiba hadirnya,

Jabal Nur duduk tempat sendirinya,

Jibril datang iqra' dibawanya,

Gementar tubuh takut tidak biasa.


Pulang kerumah gementar pucat mukaNya,

Isteri terkejut melihat menerimanya,

Baring berselimut tanpa kata,

Biar tenang kemudian baru berbicara.


40 tahun usia sampainya,

Janji perancangan dari Allah SWT yang esa,

Pendidikan pembinaan sudah dilaluinya,

Kini Nabi dan Rasul tanggungjawabNya.


Kalam Tuhan sudah menjadi perbicaraannya,

Tugas menyampai sebagaimana kehendak TuhanNya,

Dulu Dia dimulia bangsaNya,

Kini menjauh, nista fitnah tohmahan buatNya.


Yang menerima hanya yang mencari dan menantinya,

kebenarannya terserlah semakin hari semakin jelasnya,

kepentingan dijaga oleh mereka yang menolaknya,

Terpaksa tidak diakui kerana takut diganggunya.


Masa berjalan sejarah dilakarNya,

13 tahun di Makkah 10 tahun di Madinah bumiNya,

Bukan hanya Islam dan sejarah disampaikan semata tatapan kita,

Rujukan kehidupan amalan buat ummatNya.


HarapanNya selamat kita bukan semata-mata dunia,

Tapi akhirat kembali kepada Tuhan tempatnya,

Mudah urusan syurga akhirnya,

Terhindar selamat dari neraka azabnya.


*Salam Maulidur Rasulullah sallallahu Alaihi dari hamba*



AbuJihad

12RabulAwwal1441

SawahHijauPagi