Isnin, 16 Mei 2011

Pemansuhan Kutipan Tol Di Lebuhraya Metramac Serta Merta,Adakah Gula-Gula Kerajaan Hendak Menaikkan Petrol Ron 95???

Kutipan Tol Di Lebuhraya Metramac Dimansuh Serta Merta

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pemansuhan tol itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang akan tamat pada 31 Mei 2018.

Katanya, penutupan plaza tol itu dapat memberi faedah kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya sehari terutamanya bagi penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya.

"Dengan pemansuhan kutipan tol ini, dianggarkan sebanyak RM180 juta tidak akan dipungut sepanjang tempoh baki konsesi manakala kerajaan juga tidak perlu membayar sebarang pampasan atas persetujuan penutupan awal tol tersebut," katanya pada majlis pemansuhan kutipan tol tersebut di sini malam Isnin.

Lebuhraya Metramac sepanjang 6.5 kilometer yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught mula dibuka pada 1 Ogos 1995 dengan kos pembinaan RM125 juta. Kadar tol yang dikenakan di kedua-dua plaza tol tersebut adalah RM0.50 (kelas 1), RM1 (kelas 2 dan 3), RM0.30 (kelas 4) dan RM0.50 (kelas 5).

Pada 28 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kutipan tol di plaza tol berkenaan akan ditamatkan lebih awal berbanding tempoh konsesinya yang berakhir pada 2018.

Shaziman berkata langkah Kerajaan itu adalah kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah bagi pengguna berhubung isu tol.

"Hasrat kerajaan ini telah pun mula direalisasikan menerusi keputusan kerajaan menamatkan keputusan kutipan tol di beberapa lebuh raya sejak 1993 lagi.

"Antaranya ialah pemansuhan tol di Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Slim River Tanjung Malim pada 11 Jan 1993 dan pemansuhan tol di Plaza Tol Jalan Kuching pada 8 Jan 2003," katanya.

Pokok Takkan Bergoyang,Kalau Takda Angin Yang Bertiup???

MCA kecam ektremis dalam perutusan Hari Wesak

16 Mei, 11 4:13pm

Sebagai sebahagian daripada perutusan Hari Wesak yang dikeluarkan hari ini, MCA hari ini mengingatkan bahawa "kekacuan" akan berlaku sekiranya puak ekstremis dibiarkan terus menyemai kebencian kaum dan agama.

Presidennya, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata tidak ada tempat bagi golongan ini yang menurutnya menjadi penghasut dan anasir perosak yang mahu mencetuskan huru-hara dan menyemai kebencian di kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kacau-bilau jika tahap toleransi rakyatnya berhubung isu-isu yang menjadi perbalahan dimainkan di luar kontek kemanfaatan politik.

Chua berkata, rakyat Malaysia tidak harus terperangkap dengan mereka yang menggunakan isu-isu agama atau perkauman untuk kepentingan politik diri sendiri kerana ia merupakan "satu resipi untuk malapetaka".

"Kesederhanaan politik mesti didukung dan ditekankan. Tiada tempat untuk fanatik keagamaan di negara ini," katanya.

Kini wujud rasa tidak puas hati berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu yang melaporkan dakwaan dua blog pro-Umno bahawa terdapat rancangan untuk menjadi Kristian agama rasmi oleh sekumpulan pastor dan DAP.

Kumpulan gereja dan DAP telah menafikan dakwaan itu.

Chua berkata, rakyat Malaysia perlu menggunakan sambutan Hari Wesak untuk mengukuhkan lagi komitmen untuk keamanan.

Sabtu, 14 Mei 2011

Bila Yang Susah Tertindas, Yang Senang Bermaha Raja Lela...Pemimpin Apakah Itu???

Kenaikan harga wujudkan generasi tanpa rumah
LAPORAN KHAS Sementara tahap gaji tidak berubah dalam 2010, industri hartanah pula merayakan apa ia yang dianggapnya sebagai tahun pertumbuhan pesat.

azlanMenurut Pusat Maklumat Hartanah Negara (Napic), harga purata
hartanah kediaman di Malaysia naik kira-kira 12 peratus dalam 2010 kepada RM220,000 berbanding dengan tahun sebelumnya.

Rumah di Lembah Klang sahaja berharga RM100,000 lebih tinggi daripada tahun 2009. Syarikat perunding antarabangsa Robert Walters mendapati selain kadar gaji tidak berubah, kadar bayaran bonus pada 2010 juga lebih rendah daripada 2009.

Dalam 2009, golongan profesional dengan pengalaman kerja kurang daripada lima tahun, boleh menjana pendapatan di bawah purata RM5,000 sebulan, bergantung kepada industri terbabit.

NONEDan berikutan itu wujud generasi rakyat Malaysia - walaupun menerima lebih pendidikan, latihan dan peluang daripada senior mereka - tetapi mereka membawa pulang gaji yang tidak mencukupi untuk memboleh mereka membeli hartanah.

Manakala kenaikan harga hartanah dalam 2010 menyaksikan satu lonjakan yang besar, tetapi data Napic mencatatkan kenaikan harganya sejak 2000, dengan purata harga rumah ialah kira-kira 40 peratus lebih rendah di seluruh negara.

Pembelian spekulatif penggerak kenaikan harga

Menurut pegawai Persatuan Pembeli Rumah Negara (NHBA), Tan Chong Leng, kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif.

azlan"Bila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yang
meningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi," kata Tan.

RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.

Ia diperkenalkan semula sebanyak lima peratus pada pertengahan 2009, tetapi hanya untuk penjualan dalam tempoh lima tahun pembelian, selepas menerima bantahan daripada industri hartanah.

Tan, yang bertanggungjawab ke atas unit Cina NHBA, berkata kerajaan sepatutnya mengkaji mengenakan RPGT secara progresif, dengan kadarnya bertambah dengan jumlah hartanah yang dibelikan.

Bank Negara juga turut mengehadkan pembeli hartanah ketiga, kepada 70 peratus pinjaman untuk nisbah nilai untuk menyekat spekulasi - tetapi menurut persatuan pengguna kadar itu harus diturunkan lagi.

Hishamuddin,Slow je.Ada Udang Di Sebalik Mie Ke???

Hishamuddin: Laporan Utusan 'ada asas


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 'ada asas' dalam laporan Utusan Malaysia berhubung konspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.

Hishammuddin berkata kenyataannya itu berdasarkan bukti baru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang hari ini.

utusan malaysia kritsian agama rasmiSemalam, kementeriannya mengeluarkan surat teguran kepada Utusanberhubung laporan tajuk utama pada 7 Mei lalu yang berjudul 'Kristian Agama Rasmi?'

Surat berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak semalam apabila beliau diarahkan ke Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan laporan akhbarnya itu.

Hishammuddin berkata penjelasan Aziz adalah sama dengan laporan polis yang dibuat hari ini.

"Beliau (Aziz) berkata terdapat kebenaran mengenai apa yang dilaporkan dan hari ini saya dimaklumkan bahawa ada laporan polis (yang dibuat) yang menunjukkan ada asas (dalam laporan Utusan),” kata Hishammuddin kepada wartawan selepas melancarkan pusat pemulihan dadah di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tidak beremosi

Hishammuddin juga menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia itu.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 groupKatanya, polis juga telah diarahkan menyiasat perkara itu bagi mengetahui kebenaran laporan akhbar berkenaan.

"Jangan kita beremosi dalam isu-isu berhubung agama dan kaum, biar pihak-pihak yang berkenaan khususnya polis menjalankan tugas mereka untuk siasatan mengenai kes ini bagi kita mencari kebenarannya.

"Kalau kita ambil tindakan mengikut emosi dan kita mengikut sentimen rakyat di bawah tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, akan ada pelbagai andaian yang timbul," katanya.

Hishammuddin turut meminta semua akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil memainkan peranan untuk membantu negara dengan menceritakan semangat-semangat yang membina dalam isu perkauman dan agama.

NONE"Saya tahu mungkin cerita ini tidak sensasi dan akhbar tak boleh jual, tapi kalau asyik cerita pasal perpecahan, negara kita boleh jadi huru-hara," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan MCA hari ini yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KDN yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbarUtusan Malaysia itu, Hishammuddin berkata itu bukan satu isu, apa yang penting, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai," katanya.

Rabu, 11 Mei 2011

Kerajaan Menjaga Keperluan Gula Rakyat???

Felda beli kilang ‘Raja Gula’?

Written by Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok, lapor Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (gambar) mendakwa pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

“Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka?

“Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut?” soal Azan.

Azan mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

“Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

“Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

“Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

“Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia ‘disedut’ oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional,” tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

“Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

“Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka.

“Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum,” ujar Azan.

Isnin, 9 Mei 2011

KENAPA UMNO ???

Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

malaysia people rakyatApabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri!

Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN.

Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

najib on kuala terengganu by election 060109 04Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.

Upah yang tinggi

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi.

azlanSemuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luar bandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

malaysia parliament parlimenKini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Mengenyit mata

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat!

utusan malaysia kritsian agama rasmiSebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat!

Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

anti ppsmi rally 070209 rally 02Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Tak akan dipatuk di lubang sama

Jika ada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

NONEOleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah.

NONEGelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadu siber yang berlebih-lebihan memaki hamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.


Penulis :

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

http://www.malaysiakini.com/news/163584

Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Akhbar di Pinggirkan???

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah swt yang telah memberikan kita mata dan telinga untuk menerima segala setiuasi itu sebelum dinilai oleh akal akan kebaikkan atau keburukkan.

Utusan Malaysia adalah salah sebuah akhbar tempatan yang menjadi lidah kerajaan dalam menampilkan perihal kebaikkan kerajaan dan keburukkan pembangkang.

Utusan akhir-akhir ini seringkali menggemparkan rakyat Malaysia terutamanya dengan berita-berita yang panas tetapi tidak beralas seperti :

- isu kritikan Raja-Raja Melayu

- isu 1 Melayu 1 Bumi

-sehari dua ini pula isu Kristian sebagai agama rasmi.

Kenapa isu-isu ini hanya didendang oleh utusan sahaja? Bagaimana pula dengan kembarnya berita hairan,senyap sahaja tanpa kata?

Mungkin inilah yang sering kita dapati di filem melayu yang mengisahkan syarikat-syarikat akhbar. Mereka akan mencari cerita-cerita sensasi untuk melakukan akhbar mereka.

Bahkan bukan setakat itu sahaja, mereka sanggup mengada-adakan cerita-cerita panas supaya akhbar mereka menjadi tumpuan pembaca.

Sekalipun berita itu tidak ada maupun berita tersebut masih kelabu-kelabu asap.

Itu sebabnya akhir-akhir ini seringkali kita dapati akhbar-akhbar ini menggunakan gambar-gambar hitam putih macam zaman P.Ramlee dulu.

Adakah ini menunjukkan Utusan semakin tiada sambutan dari pembaca dan semakin dipinggirkan???

wAllahu A'alam