Alhamdulillah dalam barget yang telah dibentang oleh PM kita yang lalu, di antaranya Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) sebanyak rm 500 buat pendapatan kasar bagi seisi rumah yang tidak melebihi rm3000, ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan dan warga emas ( 60 tahun ke atas ) yang sebatang kara.
Rakyat sudah mula boleh mendapati borang permohonan BR1M ini di LHDN. Di mana-mana pergi hari ini, kita boleh mendengar orang berbicara tentang bantuan ini. Berbagai-bagai pandangan, baik pandangan negatif maupun positif terhadap bantuan kerajaan BN ini.
Menjadi satu tarikkan pada borang permohonan BR1M ini, bukan sekadar syaratnya yang menyatakan warga emas yang “sebatang kara” kemudian akuan yang dibuat pada bawah borang tersebut, diselitkan “ sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 kanun keseksaan ( akta 574 ) dan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda “.
Besar juga kesalahan bagi mereka yang memohon untuk mendapatkan BR1M ini dengan maklumat yang tidak benar atau palsu sehingga didakwa begitu sekali. Cuma sekadar hendak mendapatkan rm500 sampai begitu sekali ugutan yang dibuat, semata-mata tidak mahu rakyat tidak amanah atau melakukan penipuan.
Tetapi yang peliknya, penipuan dan pecah amanah RM250k dan jutaan ringgit yang lain boleh sampai perlakunya menyinsing lengan baju dan berani mencabar lagi tanpa rasa bersalah dan malu, malah masih ada juga golongan yang terkinja-kinja memberi sokongan padu atas kesalahan yang jelas ini.
Mungkin ini satu contoh pentadbiran yang cukup baik tapi jangan sampai jadi seperti ketam yang mengkehendaki anaknya berjalan lurus tetapi dia berjalan bengkok. Dan lagi, kuman diseberang laut nampak tapi lembu yang besar dihadapan mata tidak nampak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan