IBTISAMATUL JUMAAT
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على محمد المرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين .
Alhamdulillah, syukur pada Allah swt masih diberikan nikmat kesempatan untuk terus hidup memperbaiki dan menambah baik ta'abbud dan hubungan kita pada Allah swt.
Salawat dan salam buat junjungan alam Rasulullah saw yang sentiasa tidak putus berusaha untuk kenalkan ummatNya dengan Allah swt agar terselamat dari neraka dan kembali ke kampung halaman syurga yg abadi.
Melihat mutakhir ini dengan perjalanan kehidupan sekeliling yg terus sebok dengan sesuatu belum pasti.
Ujian bertimpa silih berganti, Allah swt datangkan untuk kita kembali mengingati. Sangat menarik kisah yang ingin dikongsi. Ia terjadi dizaman khalifah yg gagah berdiri, saidina Omar AlKhattab alFaruqi.
Peristiwa pemecatan Khalid ibnu Al Walid r.a dari jawatannya sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Islam dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab r.a.
Pemecatan tersebut adalah satu peristiwa sejarah yang sangat mengkagumkan, peristiwa yang menayangkan keunggulan peribadi pejuang fi sabillah.
Perhitungan rakyat jelata, tentu sahaja pemecatan tersebut merupakan tindakan yang tidak bijaksana.
Rakyat melihat kepahlawanan beliau yang luar biasa itu merupakan orang yang paling tepat untuk memperluaskan dan meyebarkan Islam ke pelusuk dunia.
Tapi berbeza pula Khalifah Umar al Khattab yang melihat apa yang orang lain tidak mampu melihatnya.
Beliau mengambil tindakan pemecatan tersebut dan bertawakkal kepada Allah dan menuluskan niat untuk mencari keredhaanNya semata.
Apabila arahan pemecatan dikeluarkan oleh Khalifah Umar Al Khattab, Khalid menerima berita pemecatan tersebut dengan hati yang lapang. Dengan penuh rela diserahkan jawatan penting tersebut kepada pengganti iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah r.a.
Pelucutan jawatan tersebut, Khalid menjadi tentera biasa.
Satu ketika selepas pemecatan tersebut yang menimbulkan rasa ketidakpuasan hati tentera Islam yang lain.
Umar berkata, "aku memecat Khalid bukan kerana benci tetapi aku tak mahu orang menyangka kemenangan tentera Islam kerana Khalid menjadi ketua. Aku takut apabila dikatakan kemenangan Islam adalah kerana pemimpinnya, bukan kerana bantuan Allah."
Sebuah peristiwa yang menjadi kisah yang sangat menarik untuk dijadikan pengajaran.
Mungkin sering pengajaran diambil dari pihak Khalid r.a yang tidak rakuskan jawatan dan terus istiqamah dengan perjuangan.
Tetapi kali ini kita cuba melihat pihak Umar al Khattab yang menjaga kepentingan aqidah ummat Islam.
Ibrah dari peristiwa ini, penekanan keimanan sangat dijaga dan dipelihara. Menjaga hak Allah swt supaya tidak dicemari.
Seringkali dilihat pengharapan seorang terhadap makhluk sangat tinggi sehingga melanggar batas-batas hak Allah swt.
Seperti dapat kita lihat contohnya dalam aspek rumahtangga, seorang isteri yang terlalu menyayangi suaminya sehingga dia lupa akan hak Allah swt yang wajib diberikan .
Sehingga ibadah yg sepatutnya diisi dan telus pada Allah swt masih lagi terisi dengan teringatkan suami dan anak-anak, mungkin keperluan mereka yg belum diselesaikan .
Itu akhirnya Allah swt menghantar berbagai peringatan agar mereka kembali beribadah mengingati Allah swt dengan telusnya.
Begitu juga sebaliknya bagi suami yang terlalu memberikan segalanya pada isteri dan anak-anak sehingga lupa batas dan tuntutan Allah swt keatasnya.
Semoga kita bersama dapat melihat dengan baik dimana batas hak yang sepatutnya kita berikan kepada Allah swt terutamanya, dengan tanpa mengabaikan amanah Allah swt pada dua tangan kita iaitu keluarga dan agama serta masyarakat sekeliling kita.
Semoga baik dunia kita, baik juga akhirat kita lebih-lebih lagi.
AbuJihad
Airport Subang
27 Nov 15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan