بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua persekolahan anak-anak kita atau yang ada tu cucu-cucu bagi tok wan dengan tok ki.
Semalam pelbagai ragam yang dapat kita lihat dari pelbagai peringkat. Yang menangis itu pasti kemudian tidak ketinggalan juga yang duk sebok suruh mak ayah balik.
Macam-macam ragam sehingga dapat kita jadikan satu bahan kelakar bila melihat mereka.
Pelbagai ragam mereka itu tetap tidak akan dapat mampu ditandingkan dengan menggunungnya harapan setiap ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.
Harapan ibubapa bukan sekadar kepada anak tapi lebih besar harapan yang diberikan kepada guru yang mengajar.
Demi harapan yang menggunung itu, tidak kurang modal yang dipertaruhkan. Dari persiapan bagi diri anak tadi sehinggalah 1001 macam bayaran disekolah. Dari sekolah kerajaan sehinggalah sekolah swasta.
Semuanya itu kembali kepada kemampuan masing-masing. Semuanya itu juga kerana nak menyampaikan harapan yang menggunung tadi.
Kekadang di tengah kesebokan kita menyiapkan anak-anak kita dan dibuai harapan yang meninggi tersebut, yang kita nampak pendidikan dan pembelajaran itu hanya ada disekolah.
Kita hanya nampak kejayaan anak kita tersebut bergantung kepada sekolah terutamanya guru yang mengajar.
Mungkin kita tidak ketahui atau kita buat-buat tak tahu bahawa bagaimana keadaan anak tersebut awal-awal pendidikan seseorang anak itu dari rumah bahkan dari dua ibubapanya.
Mungkin disekolah boleh berikan ilmu berbentuk fizikal kepada anak tetapi di sekolah bukan tempat untuk membentuk keperibadian dan jati diri seorang itu.
Seorang yang hebat mempunyai jati diri dan keperibadian yang baik tetap bermula dari rumah dan didikan ibubapanya.
Jika dari rumah ia tidak dibentuk dengan baik, maka anak tersebut ke sekolah dalam keadaan kosong. Lalu ketika itu mudah ia terikut-ikut dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Maka oleh itu, mulakan pentarbiyahan dan pendidikan dalam pembentukan jati diri dan kewibawaan seorang anak itu dari rumah dan bermula dari ibubapanya, InsyaAllah disitu ada peratus yang besar untuk membuka jalan kejayaan baginya didunia lebih-lebih lagi diakhirat.
Jadikan anak kita di mana sekalipun dia berada dan dimanapun sekali keadaan lingkungannya, maka dia tetap dengan dia. Muslim yang sejati.
WAllahu a'alam
AbuJihad
5Dis2016
Masjid PD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan