Ahad, 21 Februari 2016

JOM KITA BERPERIBAHASA


    الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.

Peribahasa adalah kelompok kata atau kalimat yang menyatakan suatu maksud, keadaan seseorang, atau hal yang mengungkapkan kelakuan, perbuatan atau hal mengenai diri seseorang. Peribahasa mencakup ungkapan, pepatah, perumpamaan, ibarat, tamsil. (Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan Badudu-Zain (1994).

Peribahasa merupakan ungkapan yang walaupun tidak langsung namun secara tersirat menyampaikan suatu hal yang dapat dipahami oleh pendengarnya atau pembacanya karena sama-sama hidup dalam ruang lingkup budaya yang sama.

Seperti sebuah peribahasa yang terkenal berbunyi "anak monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan." Didalam dewan bahasa dan pustaka ia membawa maksud : urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

Kata-kata ini memberi pengajaran kepada kita bahawa jangan duk sebok dekat orang lain sampai lupa tanggungjawab yang berada dipangku kita. Contohnya seperti kemasukkan pekerja asing ke negara kita.

Dada-dada akhbar membuat liputan bahawa mereka ini tidak kurang dari 2 juta yang telah menetap sebagai pekerja asing. Ini belum lagi penambahan yang ingin dibuat oleh pihak kerajaan mutakhir ini. Alhamdulillah ianya di tangguh dulu sebagaimana yang telah disebut oleh Timbalan Perdana Menteri kita.

Apabila isu ini berbangkit, maka alasan yang akan kita dapati ialah kemasukkan mereka itu dapat menaikan ekonomi negara, mengisi kekosongan kerja-kerja yang tidak dikehendaki oleh rakyat sendiri serta mengurangkan kos pembayaran gaji kepada pekerja.

Pasti yang paling panas sekali alasan yang diguna pakai adalah menyalahkan rakyat golongan muda ini memilih kerja dan berkira dengan nilaian gaji yang dibayar. Jika alasan ini yang mungkin relivan atau ada kebenarannya, pihak kerajaan tidak hanya mengambil jalan mudah dengan " mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan."

Ada baiknya seperti sebuah keluarga, "jangan kerana nila setitik, susu sebelanga rosak". Bagaimana pun jangan dibuang yang rosak itu. Seorang yang mungkin rosak pada pandangan mata kita, selagi ada cara untuk memperbaikinya, maka diperbaiki itu lebih baik.

Maka terlebih dahulu diperbaiki sistem tatacara sesebuah pekerjaan tersebut, diperbaiki tangga gaji yang logik bertepatan dengan keperluan semasa serta diperbaiki mentaliti cara berfikir masyarakat agar melihat setiap pekerjaan yang halal itu baik.

" Nak seribu daya, tak nak seribu dalih " itulah peribahasa yang paling tepat bila sesuatu itu hanya lontaran 1001 alasan dibandingkan tindakkan yang tidak sewajarnya.

Jangan kita hanya mengambil jalan mudah dalam melaksanakan sesuatu itu sehingga tindakkan kita ini menempah kemudharatan yang besar kepada jenerasi pelapis kita yang akan datang. Setiap tindakkan yang kita ingin laksanakan, fikirkan kebaikannya dan kemudharatannya.

Bahkan tidak hanya cukup dengan memikirkan semata-mata didunia ini sahaja begitujua perlu juga difikirkan bagaimana besok diakhirat nanti lebih-lebih lagi apabila kita dipersoalkan setiap tindakkan kita diatas dunia dulu.

Akhir kata, jangan hanya hidup seperti orang yang hanya, " seperti melepaskan batuk ditangga." Buat sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh, baik dan teliti agar iainya bukan hanya berkualiti didunia bahkan diakhirat Allah swt lebih-lebih lagi.

WAllahu a'alam


AbuJihad
SampingNuha
21Feb2016

Sabtu, 20 Februari 2016

KEPULAN AWAN TINGGI


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين


Sedang aku memamah biskut kering dengan air kosong yang diberikan oleh bidadari malindo air ni, asyik aku melihat kepulan awan yg kini dia lebih rendah dari aku.

Sekali pandang tidak ku rasakan apa-apa tetapi bila lama aku amati awan-awan tersebut, nampak aku bagaikan mereka berdiri rapat segak perkasa menunaikan arahan tuan mereka.

Hebat kesetiaan mereka melaksanakan arahan tuan mereka. Panas yang mereka tahan dari terus mengenai penghuni yang melatar dibumi mungkin itu salah satu hikmah kejadian mereka.

Kemain rapat dan cantik susunan mereka bekerja, bukan sekadar itu bahkan susuk tubuh mereka yang cair menjadi air bagi membasahi muka bumi sebagai asas bagi sebuah penghidupan.

Itulah yang sering diungkapkan oleh para cendiakawan bahawa Allah swt jadikan alam untuk manusia supaya manusia kenal Allah swt.

Awan itu memberi pengajaran kepada kita tentang taat akan segala perintah Allah swt sekalipun perit panas yang dilaluinya.

Awan juga mengajar kita cara kerja dan pentadbiran dimuka bumi ini.

Lebih-lebih lagi awan menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah swt Khaliq yang menjadikan segalanya tanpa memerlukan sesuatu.

Maka kehidupan kita ini, Allah swt menjadikan alam buat kita serta didatangkan kitab alQuran dan Rasulullah saw sebagai penunjuk cara supaya sampai matlamat kita berada disini.

Cari ilmu agar tahu kita akan alam, dengan alam kita kenal Tuhan kita.

Semoga alam menjadi saksi buat kita diakhirat nanti dengan penyaksian yang baik dihadapan Allah swt,amin.


AbuJihad
TingkapMalindoair
20Feb2016

Isnin, 8 Februari 2016

SEMUT KECIL

     الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.

Pagi ni awal lagi perut aku dah berkata-kata. Semakin tidak dilayan maka semakin mejadi pula dia. Apalagi terpaksalah aku menyelongkar pula perut dapur yang ditinggal semalaman.

Dibuka perut tudung saji, alhamdulillah ada saki baki makanan malam tadi. Aku pun melabuhkan punggungku untuk menyampaikan hasrat si perut ni.

Sedang simulut membantu menyampaikan keinginan perut tiba-tiba aku ternampak sekumpulan semut yang sedang berjalan. Mungkin mereka pun sedang mencari nafakah untuk keluarga mereka hari ini.

Kini aku bukan bersendirian tetapi ditemani oleh sekumpulan semut tadi. Walaupun mungkin mereka tidak berkata-kata apatah lagi berbahasa dengan aku tapi aku dapat rasakan pergerakan dan tindak tanduk mereka menyampaikan 1001 macam bahasa lebih- lebih lagi pengajaran.

Hidup dalam berjemaah, tindakan yang berjemaah, jarang kita jumpa mereka bersendirian. Sifat " ke aku an" mementingkan diri sendiri apatah lagi jarang kita lihat.

Walaupun mereka ini hanya golongan kecil tetapi banyak kebaikan yang dapat kita pelajari. Mungkin itulah pentarbiyahan Allah swt kepada kita golongan manusia melalui makhluk ini.

Kita perlu belajar bahawa kita berjalan meniti kehidupan didunia ini tidak boleh bersendirian. Sekecil-kecil komuniti kita adalah keluarga kita bahkan kita tidak boleh juga hanya berkisar dengan komuniti tersebut.

Apabila melihat tuntutan sedemikin, maka disitu pasti ada perkara-perkara yang menjadi batas dan garis panduan agar hidup bermasyarakat ini membawa kebaikan besar kepada kita.

Sifat mengenali sesama kita, bertolak ansur serta mencari kebaikan komuniti sekeliling kita itu salah satu cara agar kita sentiasa berlapang dada dalam mendepani mereka.

Kemudian ambil berat dan tegur menegur itu pula sebagai tanda sayang kita agar sesama kita sentiasa berada dalam landasan yang betul.

Ini disempurnakan lagi dengan menjadikan ulamak atau golongan faham agama sebagai rujukkan setiap tindakan kita agar perbuatan dan amalan sentiasa berada didalam landasan yang betul. Tidak hanya berpegang dengan akal semata-mata sehingga akhirnya pegangannya hanya berkisar dengan kata-kata " saya rasa ".

Bersifat tawaduk merendah diri dalam setiap hal, apatah lagi mencari ilmu dan bertanya tentang perihal sesuatu yang tidak diketahui serta perbuatan yang diragui, sebaiknya mencari dan meleraikan daripada tersesat apatah lagi sehingga mengundang fitnah yang kembali kepada diri.

InsyaAllah jika perkara ini disemai dengan baik didalam diri setiap individu dan masyarakat maka ianya akan membawa pulangan kebaikan yang besar lebih-lebih lagi dalam membentuk ketamadunan manusia.


AbuJihad
8Feb2016
MejaMakanKu