الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.
Pagi ni awal lagi perut aku dah berkata-kata. Semakin tidak dilayan maka semakin mejadi pula dia. Apalagi terpaksalah aku menyelongkar pula perut dapur yang ditinggal semalaman.
Dibuka perut tudung saji, alhamdulillah ada saki baki makanan malam tadi. Aku pun melabuhkan punggungku untuk menyampaikan hasrat si perut ni.
Sedang simulut membantu menyampaikan keinginan perut tiba-tiba aku ternampak sekumpulan semut yang sedang berjalan. Mungkin mereka pun sedang mencari nafakah untuk keluarga mereka hari ini.
Kini aku bukan bersendirian tetapi ditemani oleh sekumpulan semut tadi. Walaupun mungkin mereka tidak berkata-kata apatah lagi berbahasa dengan aku tapi aku dapat rasakan pergerakan dan tindak tanduk mereka menyampaikan 1001 macam bahasa lebih- lebih lagi pengajaran.
Hidup dalam berjemaah, tindakan yang berjemaah, jarang kita jumpa mereka bersendirian. Sifat " ke aku an" mementingkan diri sendiri apatah lagi jarang kita lihat.
Walaupun mereka ini hanya golongan kecil tetapi banyak kebaikan yang dapat kita pelajari. Mungkin itulah pentarbiyahan Allah swt kepada kita golongan manusia melalui makhluk ini.
Kita perlu belajar bahawa kita berjalan meniti kehidupan didunia ini tidak boleh bersendirian. Sekecil-kecil komuniti kita adalah keluarga kita bahkan kita tidak boleh juga hanya berkisar dengan komuniti tersebut.
Apabila melihat tuntutan sedemikin, maka disitu pasti ada perkara-perkara yang menjadi batas dan garis panduan agar hidup bermasyarakat ini membawa kebaikan besar kepada kita.
Sifat mengenali sesama kita, bertolak ansur serta mencari kebaikan komuniti sekeliling kita itu salah satu cara agar kita sentiasa berlapang dada dalam mendepani mereka.
Kemudian ambil berat dan tegur menegur itu pula sebagai tanda sayang kita agar sesama kita sentiasa berada dalam landasan yang betul.
Ini disempurnakan lagi dengan menjadikan ulamak atau golongan faham agama sebagai rujukkan setiap tindakan kita agar perbuatan dan amalan sentiasa berada didalam landasan yang betul. Tidak hanya berpegang dengan akal semata-mata sehingga akhirnya pegangannya hanya berkisar dengan kata-kata " saya rasa ".
Bersifat tawaduk merendah diri dalam setiap hal, apatah lagi mencari ilmu dan bertanya tentang perihal sesuatu yang tidak diketahui serta perbuatan yang diragui, sebaiknya mencari dan meleraikan daripada tersesat apatah lagi sehingga mengundang fitnah yang kembali kepada diri.
InsyaAllah jika perkara ini disemai dengan baik didalam diri setiap individu dan masyarakat maka ianya akan membawa pulangan kebaikan yang besar lebih-lebih lagi dalam membentuk ketamadunan manusia.
AbuJihad
8Feb2016
MejaMakanKu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan