Ahad, 17 Julai 2016

AKU, ENGKAU, TURKI & MYANMAR


    الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين. 


Seminggu dua ini kita dikejutkan dengan dua peristiwa besar iaitu ulangan kejadian pembunuhan umat islam dan pembakaran masjid di Myanmar. Kemudian kudeta rampasan kuasa di Turki beberapa hari yang lalu. Sebelum itu pelbagai peristiwa yang berlaku kepada negara maupun umat islam diseluruh dunia.

Usah kita lihat sahaja kejadian yang tidak putus ceritanya seperti tidak ada penghujung, peperangan dan pembunuhan beramai-ramai, kematian yang tidak diketahui puncanya. Sehingga kita lali mendengarnya. Perkara ini telah diberikan gambaran oleh Rasulullah saw :

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’.” Sahabat bertanya, ‘Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?' Nabi saw menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan.” (Riwayat Ibnu  Majah )

Satu kejadian ke satu kejadian yang berlaku kepada umat islam diseluruh dunia ini menggambarkan umat islam bagaikan anak yang tidak berbapa atau layang-layang putus tali. Setelah kejatuhan kerajaan othmaniah di Turki pada tahun 1924 maka hilang segala kekuatan maupun harga diri seorang muslim.

Ini berlaku sehingga mengganggu gugat keimanan dan keyakinan yang sepatutnya ada pada seorang muslim. Jangankan kekuatan bahkan sampai asas kekuatan itu sendiri hilang. Harapan mereka bukan lagi pada Allah swt yang menjadi pergantungan segalanya, bahkan kini beralih arah kepada kuasa besar barat. Itu gambaran yang berlaku kepada tampuk kepimpinan sebuah negara.

Tidak kurangnya pula individu muslim itu sendiri, pandangan mata yang hanya tersasar kepada meterialistik, kerjaya, kedudukan dan hartabenda. Akhirnya semua ini menggoyahkan keimanan yang sepatutnya menjadi pasakkan pegangan kehidupan dan hala tuju. Hasilnya diantara yang dapat dituai adalah sifat mementingkan diri dan sayangkan harta serta takutkan mati. Ini telah diberi peringatan oleh Rasulullah saw :

Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” 

Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” 

Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]  11/371, no. 3745. 

Inilah gambaran dan peringatan yang telah diberikan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu. Ini bukan hanya sekadar peringatan dan gambaran yang didatangkan oleh Rasulullah saw kepada kita tetapi ianya memerintahkan kepada kita agar kita bersedia dan berhati- hati dalam mendepaninya.

Rasulullah saw juga memberikan kepada kita apa tindakkan yang perlu kita lakukan agar kita tidak dihanyutkan oleh suasana dan keadaan sekeliling apatah lagi menjadi seorang yang buta tuli tanpa mempunyai sikap ambil tahu dan rasa bertanggungjawab.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, katanya : Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, ‘Ya Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Baginda saw bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu sesat.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Mana mungkin kita boleh bertaqwa kepada Allah swt, mentaati pemimpin dan berpegang teguh dengan alquran dan sunnah Nabi saw, jika jalan kesana tidak diketahui dengan baik. Maka sudah barang pasti satu-satu jalan untuk sampai kepada perkara yang disebutkan oleh Rasulullah saw itu dengan menuntut ilmu.  Dengan ilmu dan pengetahuan yang baik sahaja dapat membawa kita kepada ibadah dah ketaatan yang baik kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

 "مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ  أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ"

"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya ; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula". (HR. Bukhari dan Muslim)

Menuntut ilmu dengan niat yang baik serta tanpa jemu usia dan masa, maka disitu ada jalan kebaikan yang besar lebih-lebih lagi dalam melalui fitnah akhir zaman ini. Pilih guru yang betul serta jadikan ulamak sebagai sahabat dan rujukan.

Akhir kata, jangan kita jadi orang yang berilmu tetapi ilmu hanya disimpan di file atau ditayangkan didinding, jadilah orang yang beramal dan menyampaikan ilmu. Jangan jadi orang yang berharta tapi harta hanya disimpan dan kumpul sahaja, jadilah orang yang mengeluarkan hartanya untuk agama. Jangan jadi orang yang punya akal tetapi hanya memikir untuk isteri, anak2 dan dunianya sahaja, jadilah orang yang memikirkan kemuslihatan agama, kesusahan orang lain serta akhiratnya.

Semoga kita menjadi orang yang bermenafaat kepada agama serta memberikan kebaikan kepada orang lain dan kebaikan buat akhirat kita,amin.

WAllahu a'alam

AbuJihad
17 Julai 2016
Teratak DM

2 ulasan:

  1. Allahu Akbar! MasyaAllah AbuJihad (Ust Adha), syukran ats taujihat . Ayoh mari kita gembling tenaga berjihad dgn segenap yg ada!! Aljihadu sabiluna...
    كلمة الهماسة والإنتفاضة جزاك الله خيرا
    TAKBIIR!!

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar! MasyaAllah AbuJihad (Ust Adha), syukran ats taujihat . Ayoh mari kita gembling tenaga berjihad dgn segenap yg ada!! Aljihadu sabiluna...
    كلمة الهماسة والإنتفاضة جزاك الله خيرا
    TAKBIIR!!

    BalasPadam