Rabu, 5 Mei 2010

“KAFIR BANGGA” DENGAN LABUNYA




Sebok dengan menyiapkan kerja-kerja hamper sepertiga pagi, sambil kekadang tu mereling juga FB. Tiba-tiba terkejut bila membaca satu artikal ringkas dari sahabat di FB yang mengulas tentang seorang makhluk Allah swt yang bergelar “ kafir bangga” di FB.

Terus tangan ini menekan laman FB kafir bangga tersebut dan perasaan ingin tahu terhadap apa yang telah dilakukan oleh beliau, sehingga ustaz Nasar pun kemain berang dengan tidakkan beliau.

Bila menarik tetikus dengan perlahan, didapati setiap ulasan sahabat-sahabat FB yang tidak berpuas hati dengan tindakkan yang telah dilakukan oleh “ kafir bangga”.

subhanAllahu wa nauzubillah, terkejut dibuatnya dengan tindakkan yang telah dibuat oleh beliau. Dari orang islam ke agama sampailah kepada keTuhanan, beliau mengkiritik dengan berbagai pandangan yang tidak ada alasan atau hujah yang boleh diterima kecuali manusia yang hatinya sudah tutup dari menerima kebenaran.

Sikap yang tidak bertanggung jawab ini,rasanya tidak pernah lagi dilakukan oleh manusia yang berakal dan mempunyai kedudukan fitrah yang masih tidak tercemar lagi.

Kedudukkan beliau ini, seorang muslim ataupun tidak, menyukarkan untuk kita membuatkan sebarang ulasan. Bagaimanapun bagi pihak yang berwajib tidak boleh berpeluk tubuh sahaja terhadap apa yang telah dilakukan oleh “ kafir bangga “.

Mungkin boleh kita mengandaikan terhadap tidakkan “kafir bangga” ini satu provokasi untuk melagakan ummat islam dan menimbulkan fitnah dikalangan ummat islam bahkan dengan agama yang lain.

Kita perlu lebih bijak di dalam menghadapi permasalahan ini, supaya tidak terperangkap dengan sifat tergopoh gapah kita.

Semoga Allah sentiasa memimpin kita dalam melalui padang dakwah ini. Bagi “kafir bangga”, semoga Allah membuka hati beliau di dalam memahami islam dengan sebenar-benarnya,amin.

wAllahu a’lam.

PELAJAR HILANG DISOROK HANTU???

Subhanallah, tekejut dibuatnya apabila dikejutkan dengan satu suara dari luar rumah memanggil “ustaz adha!!!”. Bila tengok jam, pukul 2.30pagi rupanya. Disahut juga suara yang memanggil, takut ada kecemasan. Bila ditanya rupanya amin, tapi masa nak buka pintu rasa berat juga hati ini, risau juga dibuatnya akhir-akhir ni sebok orang hilang terutamanya golongan ustaz, entahlah.

Diberanikan juga hati ni untuk membuka pintu, bila buka didapati amin dengan jamadil ( warden sekolah). Ditanya : “ ada masalah ke amin?” mereka mengangguk dan memberitahu dengan cemas pelajar perempuan didapati hilang maghrib tadi. Amin menceritakan dengan panjang lebarnya kehilangan pelajar tersebut sehingga pihak keluarganya datang.

Panik juga dibuatnya tapi dalam panik tu ada juga terselit lucunya, apabila pihak keluarga pelajar tersebut membuat andaian terutama datuknya, kononnya pandai tengok makhluk-makhluk halus ni. Mereka mengatakan pelajar yang hilang tu disorok hantu, dikuatkan lagi dengan gelagat sepupu dia yang mengatakan nampak pelajar tu bersama hantu di atas pokok.

Pihak sekolah dan pelajar lelaki dah sebok duduk bekelah di hadapan asrama perempuan, ada yang azan di hadapan pokok yang kononnya di dapati pelajar itu berada, ada yang sebok membaca yasin dan ada juga yang tertidur di depan pintu kelas sampai tak sedar kucing duk ulang alik melangkahnya. Saya pula tak terus pergi, cuma mengambil langkah awal dari rumah je dulu.

Keesokkan harinya, terus telefon jamadil untuk bertanyakan berita terbaru mengenai pejar yang hilang tu tapi jamadil tak angkat. Telefon pula Ain (warden pelajar perempuan), ain menjawab, saya pun terus bertanyakan secara terperinci kejadian tersebut.

Tengah hari tu, terpaksalah bawa dua orang kuat di asrama perempuan tu untuk membuat laporan polis atas kehilangan pelajar tersebut. Lama juga dibuatnya di sana dengan ramai orang yang ingin membuat berbagai aduan dan permasalahan. Sampai ke giliran kami, Ain menceritakan kejadian tersebut kepada polis. Disebabkan pelajar yang hilang tu dibawah umur, pihak polis meminta kami terus membawa aduan tersebut ke IPK Kuala Lumpur untuk memberikan penerangan yang lebih rapi lagi.

Sampai di IPK Kuala Lumpur, kami terus berjumpa dengan seorang sarjan yang telah di pertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini. Panjang lebar juga dibuatnya perbicaraan kami, dari kes yang bersangkutan sampailah ke beberapa perkara yang saya sendiri dapat mengambil I’tibar dari apa yang di sampaikan oleh sarjan tersebut.
Jam dah menunjukkan pukul 6 lebih. Saya terpaksa batalkan kuliah maghrib malam tu, takut tak sempat ke sana. Rupanya di tengah jalan Ain mendapat panggilan dari pihak sekolah, pelajar yang hilang tu ada dirumah mak saudaranya di Selayang, kami terus bergegas ke sana.

Sampai di sana, rupanya mak saudaranya dah kunci rumah takut pelajar tersebut melarikan diri lagi. Panjang lebar juga cerita yang didapati dari mak saudara pelajar tersebut, apa yang terjadi berpunca dari keluarga yang tidak menunjukkan contoh yang terbaik. Bukan setakat itu sahaja, bahkan cubaan membunuh diri hendak dilakukan oleh pelajar tersebut.

Emak yang terlalu amat sedih tak habis-habis mengeluarkan kata-kata: “ engkau nak apa lagi, nak h.set, mak belikan. Engkau nak laptop, mak belikan. Apa lagi yang tak cukup?”

Tak cukup dengan itu, ada beberapa kejadian yang munkin tak berapa sedap nak dikongsi di sini.

Akhirnya kami membawa pelajar tersebut ke balai polis untuk membatalkan laporan yang telah dibuat. Pelajar tersebut dibawa pulang oleh pihak keluarganya dengan ucapan “terima kasih ye ustaz” itu saja.

Pengajaran dari kejadian ini, ibubapa adalah contoh yang terbaik. Bukan setakat menunaikan kehendak anak itu sudah mencukupi untuk menjadikan mereka yang terbaik tetapi didikkan dalam membuatkan diri tidak merasakan kekosongan, kembali kepada mengenali Tuhan dan menunjukkan keperibadian yang baik kepada mereka.

Bagi yang masih mempercayai perkara-perkara yang karut dan kurafat, kembalilah bertaubat dengan menjadikan Allah segala-galanya. Bukan tidak boleh percaya dengan perkara yang ghaib, bahkan itu menjadi tuntutan, tetapi jangan sampai menjadikan itu sebagai ukuran utama. Segala yang berkuasa hanyalah Allah swt sahaja selainnya tidak ada kuasa kecuali setelah mendapat izin dariNya.

Rupanya sepupu yang mengatakan nampak saudaranya bersama hantu di atas pokok tu bersubahat dalam kejadian “hantu menyorokkan pelajar ini”.

wAllahu A’lam

Selasa, 4 Mei 2010

HIKMAH DI SEBALIK BERIMAN DENGAN KEWUJUDAN ALLAH SWT

Apabila kita membicarakan mengenai keTuhanan, kita akan dapati rukun iman, sifat yang wajib bagi Allah dan Asma’ Allah yang 99 itu menjadi penghantaran di dalam kita mengenali Dia.

Permasalahannya sejauhmana kita mengenali Allah swt sebagai Tuhan yang menjadikan kita. Sebagai seorang hamba yang dijadikan dan segalanya datang dari Dia, sepatutnya kita mengenaliNya jauh dari kita mengenali anak kita sendiri kerana terlalu banyak penerangan dari ayat Al Quran mengenai sifat-sifat Allah swt.

Rukun iman yang pertama di dalam mengimani kewujudan Allah swt mempunyai seribu satu macam kebaikan yang dikehendaki Allah swt kembali kepada kita, sebahagiannya telah disebut oleh said sabiq di dalam kitab aqidah muslim :

1. Dengan kita mengenali akan hakikat kewujudan Allah swt, maka ia akan menimbulkan berbagai kebaikan kepada diri kita, motivasi dan kekuatan di dalam diri untuk melakukan segalanya untuk Allah swt.

2. Dengan kita mengenali Allah swt, maka kita akan sentiasa menjauhkan diri kita dari melakukan perkara yang dilarangNya. Dengan sifat kesempurnaan yang dimilikiNya membuatkan kita sentiasa menjaga dan memelihara diri kita dari jatuh kelembah kemaksiatan.

Bila kita melihat dan meneliti apa yang telah diperkatakan oleh Sayid Sabiq di atas, maka kita akan dapati segala permasalahan sosial yang terjadi dikalangan masyarakat pada hari ini berpunca dari diri individu yang tidak mengenali Allah swt sehingga membawa permasalahan besar kepada masyarakat dan Negara.

Maka tindakkan yang diambil ialah dengan kita kembali kepada Tuhan yang menjadikan kita dan memberikan ketetapan untuk panduan kita kembali kepada fitrah kita.

Selagi kita tidak kembali kepada Tuhan, hanya bermegah dengan akal yang terbatas ini, maka selagi itu jugalah kita akan berhadapan dengan berbagai masalah yang tiada penghujungnya.

wAllahu A’lam.