Rabu, 13 Oktober 2010

PERISTIWA...I'TIBAR DAN PENGAJARAN DARI KACA MATA IBADAH


Pada Ahad yang lepas bersamaan 10 Oktober 2010, kita seisi warga di Malaysia ini dikejutkan dengan sebuah peristiwa menyayat hati kejadian ngeri di Lebuhraya Utara Selatan di Simpang Ampat, Rembau. Seramai 12 orang telah meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan pelanggaran Bas dengan beberapa kendaraan lain dari pihak bertentangan.

Ia berpunca dari kelajuan bas yang hilang kawalan sehingga terlanggar bahu jalan dan tercampak ke pihak bertentangan jalan. Segalanya bila diselidiki berpunca dari kelajuan yang tak sepatutnya. Kelajuan itu pula berpunca dari rasa gelojoh tanpa rasa berhati-hati dan mengambil pengajaran dengan beringat dari peristiwa-peristiwa yang berlaku satu tika dulu.

Lebuhraya ini seperti kehidupan kita, kenderaan yang kita tunggangi adalah diri kita,inilah perumpaan keadaan kita hidup dipermukaan bumi ini di dalam mengorak langkah perjalanan menuju akhirat. Setiap langkah perlu dengan berhati-hati dan focus dalam melalui jalan yang penuh duri.

Di sinilah mula kita akan mempelajari kaitan di antara ibadah, peristiwa dan kehidupan. Terutamanya ibadah solat yang sempurna bukan sekadar rukun yang perlu kita hadirkan tetapi ada beberapa perkara untuk kesempurnaan solat tersebut iaitu khusyu’ dalam kata lain focus dalam mendatangkan setiap perbuatan dan bacaan yang kita lakukan.berhati-hati dan tidak tersasar atau lupa akan pakaian yang sedang kita sarungi iaitu solat.

Lalu, perkara yang kita lakukan dalam solat tadilah perlu kita serapkan pula di dalam kita meniliti kehidupan kita ini. Focus dan berhati-hati agar tidak tersasar dari jalur yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada kita.

Permasalahan yang timbul hari ini, segalanya berpunca disebabkan kelalaian kita dan tidak focus sehingga setiap duri yang mengelilingi langkah kita, habis kita pijak dan injak. Semoga Allah swt sentiasa memelihara kita.

Keberkesanan solat yang kita lakukan boleh kita lihat melalui kehidupan kita. Solat yang cantik lagi sempurna mendatangkan kebahagiaan yang hakiki. Maka bersama-samalah kita memahami dan memelihara solat dengan sebaik mungkin, agar di antara solat dan kehidupan kita ada kesinambungannya.

wAllahu A’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan