
Konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, Malaysia yang dijadualkan pada 14 Oktober 2010 ini. Konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dibawakan oleh DiGi manakala Marctensia dan Sony Music sebagai penganjur itu. Ianya bakal menambahkan lagi permasalahan sosial di Negara kita yang belum ada jalan penyelesaiannya.
Adam Lambert adalah seorang artis kelahiran American Idol yang dikenali sebagai seorang penyanyi yang cukup popular dengan aksi liar, lucah dan melampau malah beliau turut ditolak oleh masyarakat barat. Rancangan televisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan.
Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gay nya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya. Malah, desas-desus bahawa beliau adalah gay telah diperakui dan disahkan sendiri oleh beliau semasa wawancara bersama rancangan On 20/20 yang mana beliau tanpa berselindung bahawa beliau adalah gay. (rujuk http://www.youtube.com/watch?v=2gSW7ytC8BA)
Sedia kita maklum, bahawa artis pada masa kini di antara golongan yang memainkan peranan dalam membentuk masyarakat secara tidak langsung. Kecenderungan masyarakat yang mudah mengikut pakaian artis sampailah ke perwatakkan dan penampilannya membuatkan pihak kerajaan perlu mengambil berat setiap program-program dan hiburan yang akan dipersembahkan kepada masyarkat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.
"Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut.
Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). – Bernama
Dilihat statistic di atas amat menakutkan kita, jumlah yang semakin meningkat menunjukkan permasalah ini masih lagi berada dijalan kebuntuan walaupun ada usaha-usaha penyelesaiannya seperti “ sekolah harapan”.
Sepatutnya usaha yang dilakukan bukan “sudah sakit baru nak makan ubat” tetapi pengawalan dari peringkat awal lagi perlu ada supaya tidak di datangi penyakit tersebut.
Maka di antara tindakkan di dalam “mengawal dari peringkat awal” adalah memastikan hiburan-hiburan yang diberikan kepada masyarakat tidak merosakkan norma-norma masyarakat timur lebih-lebih agama kita Islam.
Apabila diperinci, Konsert Adam Lambert perlu dibatalkan kerana akan mengundang lebih besar lagi permalasalahan di Negara kita, tidak cukup dengan buangan bayi yang berpunca dari seks bebas lelaki dan perempuan kini timbul pula seks songsang dengan pasangan sejenis, nauzubillah.
Jangan ditambah lagi beban yang terlalu berat ini.
wAllahu A’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan