Isnin, 15 November 2010

IBADAH KORBAN

Pengertian

Korban ialah binatang yang disembelih yang tediri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah pada hari raya.

Dalil pensyriatan

Firman Allah swt :

“Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”.

Al-Bukhari ( 5245) dan Al-Muslim ( 1966 ) meriwayatkan :

“Nabi SAllahu alaihi wasallam telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan baginda telah menyebut Nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut “.

Hukum

“ Sunat Muakkad “ dan boleh menjadi wajid dengan dua sebab :

  1. Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk korban, seperti dia menyatakan : “ Ini korbanku “ atau “ Aku korbankan kambing ini”, ketika itu korban menjadi wajib keatasnya.
  2. Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korban. Seperti dia berkata : “ Wajib ke atasku korban kerana Allah”. Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan.

Golongan yang dituntut : 1. Islam 2. Baligh dan berakal 3.Berkemampuan

Binatatang yang disyariatkan : Unta kemudian lembu kemudian kambing.

Usia binatang yang disunatkan korban:

  1. Unta : 5 tahun masuk ke 6 tahun.
  2. Lembu dan kerbau : 2 tahun masuk ke 3 tahun.
  3. Kambing : 2 tahun masuk ke 3 tahun.
  4. Kibas : setahun atau telah bersalin dua gigi hadapan.

- Binatang-binatang ini tidak disyaratkan jantan atau betina.

Waktu korban : Bermula selepas terbit matahari pada hari raya haji sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan sehingga terbenam matahari pada akhir pada hari tasyrik : 11, 12, 13 Zulhijjah.

Waktu afdhal untuk menyembelih pada selepas selesai solat hari raya.

Masalah:

  1. Daging yang telah disembelih untuk berkorban hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian : 1/3 untuk baginya, 1/3 untuk fakir miskin, 1/3 untuk sahabat-sahabat.

Seafdhal bagi orang yang berkorban memakan bahagian hati binatang yang dikorban.

  1. Haram atas orang yang membuat korban nazar dan semua tanggungannya memakan sesautu dari korban nazar. Jika ia makan sesuatu daripadanya wajiblah diganti.
  2. Seseorang yang berkorban untuk diri nya atau untuk orang lain, kemudian murtad ia, maka tidak boleh memakan sesuatu daripadanya.
  3. Daging korban tidak boleh dijual bagi orang kaya yang menerimanya kerana ianya adalah hadiah. Bagi fakir miskin boleh menjualnya kerana ianya dimiliki.
  4. Bahagian daging korban boleh diberi atau diambil menafaat oleh orang yang berkorban tetapi dilarang menjual dan mengupah kepada orang menguruskan daging korban.
  5. Tidak sah dilakukan korban bagi seseorang yang masih hidup kecuali izinnya.
  6. Harus bagi wali melakukan korban untuk orang yang berada dibawahnya sekalipun tanpa keizinannya.
  7. Tidak sah melakukan korban ke atas orang yang telah mati kecuali ia telah mewasiatkan.
  8. Orang yang melaksanakan korban untuk orang mati yang mewasiatkannya, tidak boleh mengambil bahagiannya kecuali sebagai penerima korban.

Rujukan :

1. Kitab fiqh manhaji jilid 1

2. Kitab matla’badrain jilid 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan