Jumaat, 26 November 2010

KENDURI KAHWIN (WALIMAH URUS)


Walimatul urus dan kenduri kahwin ialah makanan yang disediakan untuk kenduri kahwin atau semua makanan yang dibuat untuk memanggil orang untuk selainnya.

Hukum walimah ini adalah sunat muakkad kerana thabit dari Nabi saw secara perkataan dan perbuatan. Antaranya Hadis yang bermaksud :

“ Nabi saw mengadakan walimah untuk perkahwinanNya dengan beberaa orang isteriNya dengan dua cupak barli “ ( Riwayat Bukhari : Kitab Nikah / 4877 )

“ Nabi saw mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan Safiah binti Huyai ra dengan suwaiq ( bijian campuran gandum dan barli ) dan kurma “ ( Riwayat Tirmizi : Bab Walimah )

“ Sesungguhnya Nabi saw mengadakan kenduri perkahwinannya dengan Zainab ra dengan roti dan daging “ ( Riwayat Muslim : Kitab Nikah / 1428 )

Waktu kenduri kahwin ini adalah luas. Iaitu dari berlakunya akad sehinggalah selepas persetubuhan. Seafdhal-afdhal masanya walimah ini ialah selepas persetubuhan.

Hikmah disyariatkan Walimah :

1. Menunjukkan rasa syukur kepada Allah swt kerana berjaya mengadakan perkahwinan tersebut.

2. Manusia boleh berjumpa dan berhimpun untuk mengerat ukhuwah.

3. Menghebahkan kepada orang ramai berita perkahwinan ini.

4. Menzahirkan perbezaan di antara perkahwinan yang syarie dan perzinaan yang dilarang.

Hukum menghadiri kenduri kahwin ini adalah fardhu ain setelah dijemput oleh empunya kenduri atau wakil dari tuan punya kenduri.

Hadis Rasulullah saw :

“ Apabila dijemput ke majlis kenduri hendaklah kamu hadir “ ( Riwayat Bukhari : Kitab Nikah / 4878 )

Syarat wajib menghadiri majlis kenduri kahwin :

1. Walimah yang di adakan hanya untuk orang-orang kaya sahaja kerana timbul perbezaan darjat, sedangkan di dalam Islam tiada yang membezakan kita hanyalah taqwa.

2. Orang yang menjemput dan yang dijemput adalah orang Islam. Melihat juga keadaan pada hari ini yang memerlukan kepada pendedahan Islam dakwah kepada golongan non muslim.

3. Jika walimah diadakan selama tiga hari, maka wajib hadir pada hari yang pertama, sunat pada hari kedua dan makruh pada hari yang ketiga.

4. Jemputan tidak dilakukan kerana takut, kedudukan dan pangkat.

5. Orang yang melakukan walimah itu bukan seorang yang zalim,jahat atau memiliki harta yang haram.

6. Di dalam walimah itu tidak terdapat perkara-perkara mungkar seperti arak, pergaulan bebas, pertunjukkan yang dilarang.

Semoga walimah yang diadakan dalam keberkatan dan keredhaan Allah swt

NauzuBillah minzalik.

Rujukkan Kitab Fiqh Manhaji : Bab Walimah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan