Jumaat, 12 April 2013
Terima Kasih Jentik-Jentik
Akhir-akhir ini,berbagai perkara yang berlaku luar dari jangkauan pemikiran kita.Berbagai permasalahan datang dan timbul dari berbagai pelusuk dan keadaan.
Tidak ketinggalan juga sebuah Jemaah Islam yang kita sayangi ini.Bukan saja berbagai lemparan dari luar,tidak kurangnya juga dipanggil "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan".
Permasalahan yang timbul ini,membuatkan ramai dikalangan sahabat menjadi hambar dengan permasalahan ini.Alhamdulillah,usrah beberapa peringkat yang diikuti seminggu dua ini memberikan ubat penawar segala kekeliruan dan kesakitan yang dihadapi.
Kesimpulan yang dapat dicongkil dari ubat penawar usrah itu;
1-usrah dan majlis ilmu haraki jangan ditinggalkan.
2-permasalahan yang timbul itu,segalanya tetap dari Allah swt dan Dia sediakan untuk beri kita pengajaran dan pengalaman yang lebih mantap lagi.
3-keikhlasan itu sangat penting,kerana ia saja yang dapat membezakan seseorang itu di hadapan Allah swt.
Oleh itu sahabat-sahabatku,siapa sangka air yang tenang itu tiada jentik-jentik...tetapi jangan lupa,disebalik keburukan jentik-jentik itu tetap ada kebaikkannya,ia akan membuatkan orang yang berada disekeliling air itu berjaga-jaga.
Begitujua dalam jemaah Islam ini,jangan kita ingat bila jemaah islam itu,isinya secantik kulitnya,pasti ada dikalangannya yang busuk,tapi jangan kecewa dengan busuknya kerana yang busuk itulah akan mengajar kita berhati-hati dalam langkah dan menambah kemanisan dalam perjuangan ini.
WAllahu a'alam
Selasa, 13 Disember 2011
RM500 TIPU DIDAKWA TAPI RM250K ?
Alhamdulillah dalam barget yang telah dibentang oleh PM kita yang lalu, di antaranya Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) sebanyak rm 500 buat pendapatan kasar bagi seisi rumah yang tidak melebihi rm3000, ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan dan warga emas ( 60 tahun ke atas ) yang sebatang kara.
Rakyat sudah mula boleh mendapati borang permohonan BR1M ini di LHDN. Di mana-mana pergi hari ini, kita boleh mendengar orang berbicara tentang bantuan ini. Berbagai-bagai pandangan, baik pandangan negatif maupun positif terhadap bantuan kerajaan BN ini.
Menjadi satu tarikkan pada borang permohonan BR1M ini, bukan sekadar syaratnya yang menyatakan warga emas yang “sebatang kara” kemudian akuan yang dibuat pada bawah borang tersebut, diselitkan “ sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 kanun keseksaan ( akta 574 ) dan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda “.
Besar juga kesalahan bagi mereka yang memohon untuk mendapatkan BR1M ini dengan maklumat yang tidak benar atau palsu sehingga didakwa begitu sekali. Cuma sekadar hendak mendapatkan rm500 sampai begitu sekali ugutan yang dibuat, semata-mata tidak mahu rakyat tidak amanah atau melakukan penipuan.
Tetapi yang peliknya, penipuan dan pecah amanah RM250k dan jutaan ringgit yang lain boleh sampai perlakunya menyinsing lengan baju dan berani mencabar lagi tanpa rasa bersalah dan malu, malah masih ada juga golongan yang terkinja-kinja memberi sokongan padu atas kesalahan yang jelas ini.
Mungkin ini satu contoh pentadbiran yang cukup baik tapi jangan sampai jadi seperti ketam yang mengkehendaki anaknya berjalan lurus tetapi dia berjalan bengkok. Dan lagi, kuman diseberang laut nampak tapi lembu yang besar dihadapan mata tidak nampak.
Khamis, 8 Disember 2011
TPM PERLU MENGKAJI SETIAP TINDAKAN
Melihat ucapan Timbalan Perdana Menteri dalam syarahan umum bertajuk Formula Malaysia – Mengurus Ekonomi dan Mentransformasi Politik anjuran Universiti Nasional Australia kemarin.
Jangan ianya hanya seperti menuang air di atas daun keladi atau melepaskan batuk ditangga tanpa membuat kajian setiap kata-kata, perancangan dan merialisasikannya. Tidak mengkaji perancangan dan membuat sesuatu yang hanya hebat pada nama tetapi tidak mendatangkan faedah yang sepatrutnya kepada rakyat.
Penekanan pembangunan material tanpa pembangunan spiritual, ini membuatkan masyarakat berhadapan dengan gejala sosial dan permasalahan yang bertimpa-timpa tiada penyelasaiannya.
Di antaranya permasalahan murtad, rasuah berleluasa, muflis yang di hadapi generasi muda, peningkatan masyarakat berhadapan dengan hutang, sosial masyarakat yang tidak terbatas menghasilkan 1001 macam permasalahan lagi.
Ini semua hasil dari pembangunan spiritual yang tidak diberi penekanan yang sebaik mungkin, hanya hebat dipandang pada pembangunan yang tinggi tetapi mengundang masalah yang semakin meninggi. Ini hanya menghasilkan masyarakat yang terpaksa mengejar kebendaan tanpa mengira spikulasi yang mendatang.
TPM digesa agar menggunakan JAKIM, Jabatan –jabatan Agama serta kementerian dalam mempertingkatkan pembangunan insan. Mengadakan hubungan yang cukup baik disetiap sektor dalam membuat sesuatu program, tidak hanya menunding jari, berlepas tangan dan hanya menghabiskan pembelanjaan tahunan.
Khamis, 27 Oktober 2011
Apabila LEMBU Diberi RM73.64 JUTA ??? Duit Siapa dan kemana Duit tu TIDAK perlu bagi Sang LEMBU...
Sebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar."(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.
Malaysiakini menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.
PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.
Malaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan 4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.
Selasa, 25 Oktober 2011
KETULUSAN YANG SEMAKIN HILANG , AKIBATNYA TANGGUNG BERSAMA ???
Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.
Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.
“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.
“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.
Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.
CUAI ATAU TIDAK AMANAH ???
Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.
Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.
Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.
Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan."Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.
Khamis, 16 Jun 2011
NEGARA BERKEBAJIKAN SELARI DENGAN KEHENDAK AGAMA ISLAM
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi baru-baru ini mencabar Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan agar menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada PAS atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia atas alas an bukan sahaja orang bukan Islam yang tidak faham malah orang Islam juga keliru dengan perjuangan negara Islam yang cuba dibawa oleh PAS sebelum ini.
Sementara itu Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS kerana sejak dari dahulu lagi, UMNO menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS.
Bagi Datuk Seri Najib Tun Razak pula, PAS sebenarnya baru terfikir untuk mewujudkan negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama memperjuangkannya.
Bagi PAS, kenyataan-kenyataan tersebut hanyalah meyerlahkan lagi sifat ‘munafik’ UMNO yang selama ini penuh dengan slogan-slogan retorik serta tidak mempunyai idea baru dalam membangunkan negara. UMNO hanyalah bersandarkan kepada kefahaman politik kuno yang dilihat ketinggalan dalam merangka dasar pemerintahan negara.
Negara Berkebajikan yang PAS ingin tonjolkan sememangnya tidak lari daripada prinsip negara Islam kerana Islam itu adil kepada semua tanpa mengira kaum,bangsa dan agama. Kebajikan Islam bukanlah hanya bertujuan manfaat dunia sahaja namun juga menjurus kearah akhirat. Ianya juga terdapat di dalam Al Quran seperti yang telah diperjelaskan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang sebelum ini. Bagaimana pula boleh UMNO mengatakan yang PAS sudah lari dari prinsip perjuangan?
Senario yang berlaku di dalam negara kita sekarang adalah berpunca daripada kurangnya kebajikan daripada pemerintah yang ada. Sekiranya dikaji, antara punca jenayah, masalah social dan penceraian adalah berpunca daripada tekanan hidup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta kurangnya didikan agama. Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit.83 anak luar nikah setiap hari di Malaysia. Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkanSecara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Negara Berkebajikan yang PAS tawarkan akan dapat menyelamatkan wang negara daripada dibazirkan kepada sumber-sumber asing dan kroni-kroni. Bukankah satu pembaziran apabila membayar sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel iaitu APCO sebanyak RM77 juta setahun? Tidak cukup lagikah RM18 juta yang telah digunakan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri di zaman Tun Abdullah Badawi sehingga terpaksa membelanjakan lagi RM65 juta untuk tujuan yang sama sedangkan perdana menteri yang baru belum setahun menduduki kediaman tersebut?
Negara Berkebajikan juga tidak mengamalkan riba sepertimana kerajaan yang ada sekarang dalam mentadbir kewangan negara. Juga akan mengalirkan dana rakyat dengan amanah kepada yang berhak seperti memberikan biasiswa kepada yang mereka yang memerlukan. Pendidikan akan dititik beratkan supaya rakyat menjadi ‘celik ilmu’ dan tidak terkongkong dalam pemikiran sehala. Bagi yang beragama Islam, mereka akan diberikan kefahaman agama yang secukupnya supaya tidak menjadi ‘musuh kepada agama sendiri’ dengan masjid dan surau akan diimarahkan dengan sepenuhnya. Prasarana rakyat juga akan disediakan dengan secukupnya bagi menjamin rakyat dapat berkongsi kekayaan negara. Insyaallah, PAS akan mencadangkan diberikan cuti kepada isteri yang kematian suami sepanjang tempoh edah seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Jadi adalah tidak wajar dengan mengatakan PAS sudah lari daripada prinsip perjuangan kerana Negara Berkebajikan sememangnya termaktub di dalam kitab suci umat Islam dan PAS menyarankan agar UMNO kembali duduk belajar agama bermula di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS.
Disediakan oleh;
YB Ust. Firdaus Jaafar
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat