
Setiap pagi sebagaimana rutin harian, keluar pergi mencari sarapan sambil singgah ke kedai runcit reling-reling tajuk penting muka depan kuran ( surat khabar dalam bahasa Indonesia ). Akhir-akhir ini, tersentuh hati apabila didapati hamper setiap hari berita meluahkan cerita mengenai rumah tangga terutamanya golongan wanita yang didera.
Norma-norma kemanusiaan yang telah diterapkan oleh Rasulullah saw ditengah kemuncak suasana kejahilan yang menyelubungi arab ketika itu,terutamanya nilai kewanitaan, kini semakin terhakis .
Sehingga kini, kita akan dapati berbagai masalah yang timbul bersangkutan dengan wanita. Dari penderaan sampailah ke pencabulan hak asasi mereka, dari sekecil-kecil kanak-kanak sampailah ke peringkat senja. Dirogol, perkosa, dera sampailah ke sebuah pembunuhan yang sangat mengerikan.
Ketua Penolong Pengarah (D11) Bahagian Siasatan Seksual/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Suguram Bibi Munshi Deen, berkata statistik menunjukkan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di negara ini didapati meningkat setiap tahun.
Contohnya, pada 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931 dan diikuti kes cabul, 973 dan liwat, 71 kes. Pada 2006, kes rogol meningkat kepada 2,041, manakala cabul (1,066) dan liwat (71 kes). Pada tahun berikutnya pula, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan, cabul (2,228) dan liwat, 101 kes.
Angka itu terus meningkat pada 2008 iaitu 3,405 bagi kes rogol dan cabul (2,107) dan 130 kes liwat. Statistik PDRM bagi 2008 pula mencatatkan 10 peratus peningkatan kes rogol jika dibandingkan dengan 2007.
Apabila dikaji punca timbulnya permasalahan tadi dan kita buat persamaan dizaman jahiliah sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, segalanya berpunca dari hilangnya norma fitrah kejadian manusia. Kehilangan arah sehingga menjadikan akal yang terbatas ini sebagai pegangan utama, hasilnya adalah permasalahan yang tiada penghujungnya bahkan mengundang masalah yang menimpa-nimpa.
Kedatangan Nabi Muhammad saw yang membawa risalah sebagai pegangan dan rujukkan, segala pembahasan dan penerangan bagi setiap aspek kehidupan telah termaktub di dalamnya. Pembahasan dan penerangannya, sehinggalah pada masalah kewanitaan, dari dalaman sampailah luaran kewanitaan itu, segalanya bertujuan untuk menaikkan hak dan menjaga keselamatan wanita.
Kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam menghadapi permasalahan wanita ini tidak dapat disangkal lagi, lebih-lebih lagi dalam melenyepkan pemikiran jahiliah “ anak perempuan membawa aib bagi keluarga”.
Walaupun sedemikian, masih timbul juga golongan yang kurang senang dengan segala ketetapan islam sehingga mereka mengatakan ketidak adilan islam kepada golongan wanita. Semunya ini berpunca dari meletakkan akal lebih utama dibandingkan keimanan dan ketaatan yang sepatutnya ditampilkan dari seorang hamba bukan sentiasa mempersoal dan mempertikaikan segala ketetapan yang datang dari Allah swt.
Allah swt meletakkan satu-satu ketetapan bagi setiap hambaNya adalah untuk melihat sejauhmana ketaatan seorang hamba, hasil ketaatan tersebut adalah untuk menyempurnakan keperluan manusia dan menjaga memelihara hambaNya terkeluar dari jalur norma fitrah manusia.
Maka setelah melihat dan meneliti apa yang telah dibincangkan di atas, di dalam menghadapi masalah yang terjadi, alQuran, asSunnah, Islam dan keTuhanan adalah perlu dikembalikan semula kedalam masyarakat untuk dijadikan rujukkan dan amalan. Bukan sekadar bangga dengan bacaan sahaja.
wAllahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan