Khamis, 16 Jun 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN SELARI DENGAN KEHENDAK AGAMA ISLAM

UMNO benar-benar ketandusan idea dalam menghadapi kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sehinggakan bertindak seperti ‘gila meroyan’ apabila mencabar PAS mengugurkan perkataan Islam pada nama parti hanya kerana memperkenalkan slogan ‘Negara Berkebajikan’.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi baru-baru ini mencabar Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan agar menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada PAS atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia atas alas an bukan sahaja orang bukan Islam yang tidak faham malah orang Islam juga keliru dengan perjuangan negara Islam yang cuba dibawa oleh PAS sebelum ini.
Sementara itu Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS kerana sejak dari dahulu lagi, UMNO menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS.
Bagi Datuk Seri Najib Tun Razak pula, PAS sebenarnya baru terfikir untuk mewujudkan negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama memperjuangkannya.

Bagi PAS, kenyataan-kenyataan tersebut hanyalah meyerlahkan lagi sifat ‘munafik’ UMNO yang selama ini penuh dengan slogan-slogan retorik serta tidak mempunyai idea baru dalam membangunkan negara. UMNO hanyalah bersandarkan kepada kefahaman politik kuno yang dilihat ketinggalan dalam merangka dasar pemerintahan negara.

Negara Berkebajikan yang PAS ingin tonjolkan sememangnya tidak lari daripada prinsip negara Islam kerana Islam itu adil kepada semua tanpa mengira kaum,bangsa dan agama. Kebajikan Islam bukanlah hanya bertujuan manfaat dunia sahaja namun juga menjurus kearah akhirat. Ianya juga terdapat di dalam Al Quran seperti yang telah diperjelaskan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang sebelum ini. Bagaimana pula boleh UMNO mengatakan yang PAS sudah lari dari prinsip perjuangan?

Senario yang berlaku di dalam negara kita sekarang adalah berpunca daripada kurangnya kebajikan daripada pemerintah yang ada. Sekiranya dikaji, antara punca jenayah, masalah social dan penceraian adalah berpunca daripada tekanan hidup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta kurangnya didikan agama. Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit.83 anak luar nikah setiap hari di Malaysia. Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkanSecara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Negara Berkebajikan yang PAS tawarkan akan dapat menyelamatkan wang negara daripada dibazirkan kepada sumber-sumber asing dan kroni-kroni. Bukankah satu pembaziran apabila membayar sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel iaitu APCO sebanyak RM77 juta setahun? Tidak cukup lagikah RM18 juta yang telah digunakan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri di zaman Tun Abdullah Badawi sehingga terpaksa membelanjakan lagi RM65 juta untuk tujuan yang sama sedangkan perdana menteri yang baru belum setahun menduduki kediaman tersebut?

Negara Berkebajikan juga tidak mengamalkan riba sepertimana kerajaan yang ada sekarang dalam mentadbir kewangan negara. Juga akan mengalirkan dana rakyat dengan amanah kepada yang berhak seperti memberikan biasiswa kepada yang mereka yang memerlukan. Pendidikan akan dititik beratkan supaya rakyat menjadi ‘celik ilmu’ dan tidak terkongkong dalam pemikiran sehala. Bagi yang beragama Islam, mereka akan diberikan kefahaman agama yang secukupnya supaya tidak menjadi ‘musuh kepada agama sendiri’ dengan masjid dan surau akan diimarahkan dengan sepenuhnya. Prasarana rakyat juga akan disediakan dengan secukupnya bagi menjamin rakyat dapat berkongsi kekayaan negara. Insyaallah, PAS akan mencadangkan diberikan cuti kepada isteri yang kematian suami sepanjang tempoh edah seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Jadi adalah tidak wajar dengan mengatakan PAS sudah lari daripada prinsip perjuangan kerana Negara Berkebajikan sememangnya termaktub di dalam kitab suci umat Islam dan PAS menyarankan agar UMNO kembali duduk belajar agama bermula di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS.

 

Disediakan oleh; 

YB Ust. Firdaus Jaafar

EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

Isnin, 13 Jun 2011

UMNO Susah Hati RumahTangga Orang ( Negara Berkebajikan )???

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.
  • Konsep 'negara berkebajikan' yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam.
  • perkasa first agm 270310 keris 03Ibrahim Ali, Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak perlu gelisah tentang halatuju PAS. Ini selagi majlis syura PAS yang menjadi nadi cita-cita negara Islam masih wujud dan tidak dibubarkan. Jawatankuasa kerja pusat hanya melaksanakan kehendak parti dan wajib mematuhi semangat perlembagaan parti.
  • Konsep 'negara berkebajikan' dan pemilihan puak profesional ke dalam jawatankuasa kerja pusat lebih merupakan satu strategi PAS untuk memancing undi kelompok bukan Muslim dan Muslim golongan sederhana yang was-was terhadap 'pengIslaman' Malaysia yang radikal atau menyeluruh.
  • PAS amat sedar bahawa negara Islam perlu dilaksanakan dengan lembut dan perlahan agar tidak ditentang masyarakat Malaysia yang tidak mendokong sebuah negara Malaysia yang berlandaskan Islam teokratik (yang tidak sejajar dengan semangat perlembagaan persekutuan Malaysia).
  • NONETidak ada konflik langsung di antara golongan profesional dengan fahaman 'kepimpinan ulama'. Bezanya hanya dari segi pendekatan, iaitu sebahagian daripada golongan ulama lebih cenderung berpakat dengan Umno untuk mendapatkan kuasa manakala puak profesional berpegang bahawa PAS perlu menolak pinangan Umno dan mengalahkan Umno untuk merampas tampuk kuasa.
  • Para pemimpin Umno yang kononnya melahirkan rasa dukacita terhadap slogan 'negara berkebajikan' PAS sebenarnya takut dengan pendekatan golongan profesional yang lebih agresif dan menolak usaha 'perpaduan' Melayu-Islam yang dipelopori Umno. Mereka berasa bimbang hilang undi jika penyokong Melayu atau bumiputera Umno lebih teruja dengan PAS yang 'berimej lembut' dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Perjanjian PPA Perlu Didedahkan, Ada Pihak Panas Punggung???

Umno, Pakatan mahu perjanjian PPA didedahkan

Kedua-dua parti - Umno and Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR - bersetuju supaya Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum demi kepentingan negara.

youth leaders wacana ekonomi 120611 ahmad zaki zahid.JPGAhli panel forum subsidi dari ketiga-tiga parti terbabit berkata paling
tidak pun, PPA itu didedahkan kepada sebuah panel pakar atau ahli parlimen.

Forum anjuran Dewan Pemuda PAS, diadakan di Kuala Lumpur pagi ini dan disertai oleh exco Pemuda Umno, Ahmad Zaki Zahid (kanan); pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli and ahli jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Zuhdi Marzuki.

Ahmad Zaki bersetuju PPA dikaji semula dan didedahkan sekiranya itulah kehendak rakyat.

Sekurang-kurangnya, bentuk sebuah panel pakar atau ahli parlimen untuk mengkaji PPA, katanya, sambil menambah isu berhubung pengeluar tenaga bebas (IPP), telah menjadi satu isu 'emosional'.

youth leaders wacana ekonomi 120611 mohd zuhdi marzuki.JPGAhmad Zaki turut menyokong gesaan ahli parlimen Gua Musang MP dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah semalam supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mengkaji PPA.

Sementara itu, Mohd Zuhdi (kanan) pula berkata, semua dokumen syarikat kaitan kerajaan yang membabitkan kepentingan awam, mestilah diumumkan dan telus.

Gesaan supaya PPAs didedahkan kepada umum semakin mendapat sokongan banyak pihak.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGManakala Rafizi (kanan), seorang tokoh korporat yang pernah
bersama Petronas dan Pharmaniaga, menjadi tumpuan apabila beliau mendedahkan angka-angka sensasi dan kemahirannya berpidato.

Beliau mendakwa, YTL Corporation, dengan hanya memiliki sebuah IPP, memberi dividen berjumlah RM1.9 bilion pada 2009 sedangkan TNB hanya memberi RM900 juta dividen.


Khamis, 9 Jun 2011

Terima Kasih Pimpinan Mithali dan Adill

Malaysia Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia...

Terima Kasih Muhyidin~!
RAKYAT DIDAHULUKAN...

Tahniah Najib Razak,Kerana berjaya memperbodohkan rakyat yang dah semakin cerdik !!!

Mana Sensitiviti Ummat Islam

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah swt yang menjadikan segalanya itu untuk melihat sejauhmana ketaatan hambaNya.

Sensitiviti,kepekaan dan keperihatinan adalah sifat yang perlu ada bagi orang yang beriman lebih-lebih lagi golongan cerdik pandai agama.

Agama menjadi panduan manusia untuk meniti kehidupan ini. Agama dan kehidupan ada dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Permasalahan yang terjadi disekeliling kita perlu ditangani dengan panduan agama,maka sifat sensitif inilah yang akan membuatkan seseorang itu bertindak untuk memperbaiki dan menjernihkan isu atau masalah yang timbul.

Ulamak menggaris pandukan gerak kerja dakwah dengan firman Allah swt "Bilhikmati wal Mau'izah",dakwah perlu ditangani dengan hikmah dan peringatan.

Persoalan yang timbul,sejauhmana garis panduan hikmah dan mau'izah tersebut? Adakah dengan kata-kata ini boleh kita jadikan alasan sehingga hilang sensitiviti dalam diri kita.

Permasalahan kemasyarakatan yang timbul akhir-akhir ini lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan agama,kurang ada tindak balas di dalam menanganinya.

Adakah ini boleh kita kategorikan berpunca hilangnya sifat sensitif yang hilang.Jika ia benar, di manakah puncanya sehingga hilangnya perasaan itu.

Ulamak telah membahaskan masalah ini di dalam kitab-kitab tasauf bab penyakit hati.Masalah ini timbul,di antaranya berpunca dari hati yang diselimuti bintik-bintik hitam berpunca dari dari dosa-dosa kecil,makanan syubahat,terbiasa dengan persekitaran dan sebagainya.

Ini dapat kita jadikan panduan untuk menangani masalah sensitif dan rasa kepekaan yang hilang.Bila kita dapati penyakitnya,maka mudahlah untuk kita mendapatkan ubatnya.

Ubat bagi penyakita hati ini adalah zikrullah baik dengan memperbanyakkan membaca al Quran atau zikir-zikir yang ma'ruf.

Semoga Allah swt mengembalikan sifat sensitif dalam menangani masalah masyarakat islam.

WAllahu a'alam

Selasa, 7 Jun 2011

UMNO Telah Mengalahkan DAP

Rupanya Umno Yang Takut Dasar Negara Islam Bukan DAP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang akhirnya mengakui bahawa Umnolah yang begitu takut dengan Dasar Negara Islam yang dibawa PAS. Selama ini merekalah yang menuduh DAP begitu takut akan dasar itu. 

Namun kenyataan Nazri yang mengatakan "Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul." sudah cukup menceritakan hakikat sebenar. Memang benar apa yang PAS perjuangan sekarang ini adalh betul, selaras dengan sunnah Rasulullah saw.

Beranikah Umno mengatakan PAS ini sesat? Hanya orang yang takutkan Islam sahaja yang layak dipanggil sesat.DAP kini sudah tidak takut pada dasar negara Islam kerana hukum-hukum Islam yang terkandung di dalam dasar itu hanya untuk orang Islam dan bukan Islam masih bebas mengamalkan undang-undang sivil.

Selain itu mereka juga memahami bahawa dasar negara Islam itu adalah negara yang mementingkan kebajikan rakyat dan mengangkat definisi hubungan manusia dengan tuhan sebagai kiblat kehidupan.

Orang Melayu memang menerima dasar itu kerana Islam begitu sebati dengan diri mereka. Slogan Negara Berkebajikan yang dibawa sejak Pilihanraya 2008 lalu adalah sebahagian dari huraian kepada dasar negara Islam. Ianya adalah dasar yang begitu dekat kepada rakyat yang Umno amat takuti dan risau. 

Rakyat kini semakin bijak untuk memilih. Orang Melayu, Cina, India dan kaum lain kini semakin terbuka menerima PAS. Parti ini semakin progreasif dan kini bersedia mengantikan Umno. Jelas, misi PAS ganti Umno semakin menjadi realiti.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Hasil Negara Kebajikan UMNO/BN Sekian Lama 54 Tahun

Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

NONEPengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

NONEMahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubualMalaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

NONETarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.

NONENamun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.

Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.

Mahu tukar kerajaan

“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

NONEKeadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.

Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.

NONELebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.

'Kerjaaan juga perlu berjimat'

Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.

NONE“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.

“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.

Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.


Najib: Umno telah lama perjuangkan negara kebajikan, UNTUK SIAPA???

Hisham: Saya tak tahu kegiatan adik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

NONEBercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan.

Sabtu, 4 Jun 2011

Tiada Jurang Di Dalam PAS

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt yang menetapkan segalanya. Kemudian Dia berikan sedikit ruang kepada kita usaha untuk memilih kebaikan dan keburukan.

Alhamdulillah, kini sudah sama-sama kita dapati keputusan jawatan-jawatan yang dipertandingkan diperingkat PAS Pusat.

Bagaimana keadaan sekalipun, segalanya itu adalah ketentuan Allah swt buat kita. Bagi kita perlu senantiasa mengambil hikmah dan sangka baik disebalik kejadian.

Selama ini permasalahan yang timbul berkaitan kerjasama di antara golongan ulamak dan erdogan terjawab. Inilah keputusan yang terbaik bagi Allah swt buat kita terutamanya akhbar dan blogger UMNO yang sering mengendangkan jurang dua golongan ini.

PAS telah menunjukkan bahawa dua golongan ini tetap berkerjasama bahkan tiada jurang di antara keduanya. Bagi PAS sifat bantu membantu, tolong menolong lebih-lebih lagi Firman Allah swt di dalam surah as Saf " bunyanum marsus " iaitu suatu bangunan yang tersusun kukuh, itulah yang menjadi sukatan utama di dalam tarbiyah PAS.

Mensyiarkan Islam dimuka bumi Malaysia terutamanya menjadi asas dan matlamat utama walaupun moto tema itu berubah-rubah, bukan bermakna PAS sudah keluar dari matlamat perjuangan.

Begitujuga kerjasama PAS dengan komponen parti lain, usah digusarkan dengan berbagai tohmahan kerana segalanya telah diteliti dengan siasah syari'ah dan maqasid syari'ah.

Semoga dengan keputusan yang didapati ini, tiada lagi fitnah yang berbangkit lebih-lebih lagi melahirkan jurang yang boleh merosakkan gerak kerja jemaah Islam. Selamat berkerja untuk Islam.

wAllahu A'lam

Rabu, 1 Jun 2011

Bubar Kementerian Jika Menteri Tenaga Tidak Ada Kuasa Kawal IPP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan Kerajaan BN membubarkan sahaja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jika benar dakwaan Menterinya, Datuk Peter Chin bahawa Kementerian itu tidak ada kuasa bagi mendesak Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didedahkan kepada umum.Kerajaan BN memimpin IPP atau IPP memimpin Kerajaan BN sekarang ini? Bila rakyat mahu tahu pasal kontrak perjanjian, Menteri kata tiada kuasa. Tapi bila mahu umum kenaikan tarif elektrik, Menteri ada kuasa. Rakyat kini melihat pemimpin yang ada sebagai boneka kepada IPP dan bukannya berkhidmat untuk rakyat lagi. Slogan Kerajaan sekarang patut ditukar kepada "IPP didahulukan, Kroni diutamakan".

Dasar 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang dicipta oleh Kerajaan BN pula adalah tindakan culas yang jelas mahu membebankan rakyat kerana kos gas asli yang akan dinaikan daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap 6 bulan melalui arahan kepada Petronas bakal menyebabkan kenaikan tarif elektrik berganda dimasa depan. Dan segala kos bahan api itu akan dibayar sendiri oleh rakyat bila mana Kerajaan BN kini nekad membuat pemansuhan subsidi kepada perkhidmatan tenaga elektrik dan gas.DPPWP juga melihat jaminan Kerajaan BN bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak akan naik dengan kenaikan harga Minyak, Gula dan Tarif Elektrik ini sebagai satu lawak jenaka sahaja. Orang yang faham tentang ekonomi tidak akan bercakap demikian. Adalah mustahil harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak naik bila bahan mentah mereka tidak naik.

Jika kerajaan gagal mengawal tindak tanduk kapitalis dalam IPP dan TNB maka semakin sukarlah matlamat mengurangkan jurang pendapatan rakyat dilaksanakan. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus melarat.

DPPWP juga berasa hairan, kenapa kerajaan beria-ria sangat mahu menghapuskan subsidi dan cuba perkenalkan GST. Dimanakah peranan GLC Kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dan memberikan pulangan kepada negara. Ke mana duit hasil-hasil bumi dan industri yang dijana selama ini pergi sampai Kerajaan terpaksa mengambil langkah ortodoks dengan menumpukan kepada pengambilan hasil-hasil negara dari kantung-kantung rakyat melalui pemansuhan subsidi serta pelbagai kenaikan harga dan cukai.

DPPWP mengajak rakyat turun ke jalan raya pada pada 9 Julai ini untuk mendesak Kerajaan BN menghentikan kegilaan mereka mencipta malapetaka ekonomi kepada rakyat. 9 Julai ini juga adalah Hari Demokrasi untuk rakyat. Ia adalah hari untuk rakyat menuntut keadilan dalam memastikan sistem demokrasi dan pengurusan pentadbiran negara berjalan dengan cekap. Inilah masa dan peluang terbaik bagi rakyat menunjukan kuasa mereka sebagai mana kebangkitan rakyat di Thailand dan Timur Tengah yang bangkit menolak kezaliman ke atas diri dan negara mereka.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Bulan Rejab : Bulan Persiapan Ramadhan

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting :

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

2. Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw

3. Perang Tabuk

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setia akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.