Khamis, 9 Jun 2011

Mana Sensitiviti Ummat Islam

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah swt yang menjadikan segalanya itu untuk melihat sejauhmana ketaatan hambaNya.

Sensitiviti,kepekaan dan keperihatinan adalah sifat yang perlu ada bagi orang yang beriman lebih-lebih lagi golongan cerdik pandai agama.

Agama menjadi panduan manusia untuk meniti kehidupan ini. Agama dan kehidupan ada dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Permasalahan yang terjadi disekeliling kita perlu ditangani dengan panduan agama,maka sifat sensitif inilah yang akan membuatkan seseorang itu bertindak untuk memperbaiki dan menjernihkan isu atau masalah yang timbul.

Ulamak menggaris pandukan gerak kerja dakwah dengan firman Allah swt "Bilhikmati wal Mau'izah",dakwah perlu ditangani dengan hikmah dan peringatan.

Persoalan yang timbul,sejauhmana garis panduan hikmah dan mau'izah tersebut? Adakah dengan kata-kata ini boleh kita jadikan alasan sehingga hilang sensitiviti dalam diri kita.

Permasalahan kemasyarakatan yang timbul akhir-akhir ini lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan agama,kurang ada tindak balas di dalam menanganinya.

Adakah ini boleh kita kategorikan berpunca hilangnya sifat sensitif yang hilang.Jika ia benar, di manakah puncanya sehingga hilangnya perasaan itu.

Ulamak telah membahaskan masalah ini di dalam kitab-kitab tasauf bab penyakit hati.Masalah ini timbul,di antaranya berpunca dari hati yang diselimuti bintik-bintik hitam berpunca dari dari dosa-dosa kecil,makanan syubahat,terbiasa dengan persekitaran dan sebagainya.

Ini dapat kita jadikan panduan untuk menangani masalah sensitif dan rasa kepekaan yang hilang.Bila kita dapati penyakitnya,maka mudahlah untuk kita mendapatkan ubatnya.

Ubat bagi penyakita hati ini adalah zikrullah baik dengan memperbanyakkan membaca al Quran atau zikir-zikir yang ma'ruf.

Semoga Allah swt mengembalikan sifat sensitif dalam menangani masalah masyarakat islam.

WAllahu a'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan