Sabtu, 4 Jun 2011

Tiada Jurang Di Dalam PAS

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt yang menetapkan segalanya. Kemudian Dia berikan sedikit ruang kepada kita usaha untuk memilih kebaikan dan keburukan.

Alhamdulillah, kini sudah sama-sama kita dapati keputusan jawatan-jawatan yang dipertandingkan diperingkat PAS Pusat.

Bagaimana keadaan sekalipun, segalanya itu adalah ketentuan Allah swt buat kita. Bagi kita perlu senantiasa mengambil hikmah dan sangka baik disebalik kejadian.

Selama ini permasalahan yang timbul berkaitan kerjasama di antara golongan ulamak dan erdogan terjawab. Inilah keputusan yang terbaik bagi Allah swt buat kita terutamanya akhbar dan blogger UMNO yang sering mengendangkan jurang dua golongan ini.

PAS telah menunjukkan bahawa dua golongan ini tetap berkerjasama bahkan tiada jurang di antara keduanya. Bagi PAS sifat bantu membantu, tolong menolong lebih-lebih lagi Firman Allah swt di dalam surah as Saf " bunyanum marsus " iaitu suatu bangunan yang tersusun kukuh, itulah yang menjadi sukatan utama di dalam tarbiyah PAS.

Mensyiarkan Islam dimuka bumi Malaysia terutamanya menjadi asas dan matlamat utama walaupun moto tema itu berubah-rubah, bukan bermakna PAS sudah keluar dari matlamat perjuangan.

Begitujuga kerjasama PAS dengan komponen parti lain, usah digusarkan dengan berbagai tohmahan kerana segalanya telah diteliti dengan siasah syari'ah dan maqasid syari'ah.

Semoga dengan keputusan yang didapati ini, tiada lagi fitnah yang berbangkit lebih-lebih lagi melahirkan jurang yang boleh merosakkan gerak kerja jemaah Islam. Selamat berkerja untuk Islam.

wAllahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan