Sabtu, 29 Oktober 2016

AKU KENE CAS


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Pada awalnya yang dirancang sepatutnya pergi kelas tetapi kerana menunggu giliran diklinik kerana ambil ubat orang rumah maka akhirnya terpaksa batal pergi kelas. Oleh kerana tidak jadi pergi kelas maka dicari kelas lain agar malam ini tetap terisi. 

Sambil membelek helaian whatsapp yang masuk dengan izin Allah swt, aku terpandang iklan kuliah maghrib malam ni yang diisi oleh ayah Tuan. Selesai saja pertemuan dengan doktor, waktu maghrib yang sudah masuk dan tempat kuliah ayah Tuan tadi pun cuma sekadar 20 minit perjalanan masanya dengan kereta, maka aku pun pecut mengejar untuk mendapatkan maghrib dan majlis ilmu.

Dengan izin Allah swt sampai aku di surau yang tuju sambil suara ayah Tuan sudah mula berkumandang dicorong surau menunjukkan pengajian sudah dimulai. Aku mula selesaikan dulu urusan pertemuan aku dengan Tuhan aku yang dah memanggil dan menanti aku dari tadi, kemudian dengan tertib doa sebagai penutup perbicaraan aku dengan Tuhanku, aku terus menerjah ruang taman syurga tersebut sambil memulakan lipatan kaki yang selesa dan corong telinga aku dibuka besar.

Ruang dadaku dibuka luas agar ilmu yang disampaikan dapat disimpan kemas. Diantara perkara yang aku hendak kongsikan iaitu bagaimana perumpamaan yang diberikan oleh ayah Tuan mengenai hebatnya sifat pemurah yang ada dalam diri Rasulullah saw.  Seperti " lubang air yang masuk kecil tetapi lubang air yang keluar jauh lebih besar ". Walaupun hakikatnya Rasulullah saw ini seorang yang kaya tetapi kekayaan Beliau itu tidak sempat melekat pada diri beliau kerana hebatnya sifat pemurah yang ada didalam diri.

Perkara ini dapat dilihat melalui kisah yang berlaku ketika Rasulullah saw menerima hadiah 50 ekor kambing, sahabat yang mendengar peristiwa tersebut datang menemui Rasulullah saw ingin meminta seekor dari 50 ekor kambing tersebut tetapi Rasulullah saw telah menghadiahkan kesemua kambing tersebut kepada sahabat tadi.

Cukup hebat sifat Rasulullah saw dalam menampilkan contoh yang terbaik. Kita hari ini cukup rasakan hebat hanya disebabkan kita membayar zakat simpanan dan pendapatan kita, sedangkan zakat ini wajib. Kehebatan seseorang itu dapat dilihat apabila dia melaksanakan perkara sunat dan memberikan sesuatu yang disayanginya. Kalau duit dalam dompet, maka jumlah yang paling besar yang akan diberinya.

Terkesima aku dibuatnya dengan siraman-siraman yang aku terima lebih-lebih lagi aku yang terlalu kurang kini dengan hidangan ilmu dari taman syurga. Itulah sebabnya kita digalakkan untuk sentiasa menhadiri majlis ilmu agar bukan sekadar ilmu yang kita dapat tetapi rahmat, redha dan keampunan Allah swt yang membuat kita seperti henset yang dicas baterinya.

Selesai solat isyak, sempat aku bertanya khabar ayah Tuan sambil beliau terkejut melihat aku dan menepuk-nepuk bahuku, aku terus minta permisi untuk terus pergi ke program sembang santai yang dibuat oleh pemuda kawasan aku.

Beberapa minit perjalanan, tempat yang aku tuju tadi dapat sampai dengan izin Allah swt, alhamdulillah. Program telah mulai, dua panel yang cukup aku kenali iaitu ustaz din dan abang bob. Sembang kali ini lebih kepada penjelasan barjet yang sedang dibentang dekat parlimen negara yang tersayang. 

Huraian dan penjelasan yang sangat baik dari ustaz Din, lebih-lebih lagi ianya bukan sekadar menolak tetapi ada altenatif lain, bagi setiap permasalahan ada penyelasaiannya. Aku terkesima dengan huraian beliau tetapi memang tak pelik kerana beliau bukan hanya seorang ustaz tetapi khusus jurusan beliau adalah ekonomi.

Penutup dan kesimpulan yang abang bob buat pula mungkin tidak berkisar dengan perbincangan tetapi bagi aku ianya adalah nasihat yang sangat baik. Ini apabila sentuhan lebih kepada permasalahan masyarakat yang suka kagum dengan sesuatu. Kagum dengan harta, kagum dengan pangkat dan kedudukan.

Abang bob datangkan kisah yang berlaku dikedai beliau sendiri. Satu hari kedai beliau didatangi oleh beberapa orang ustaz yang sudah menjadi kenalan beliau juga, sedang ustaz-ustaz tersebut menjamah makanan yang telah dihidangkan dihadapan mereka, tetiba datang Dato M.Nasir seorang selebriti yang cukup terkenal.

Abang bob bertegur sapa dengan M.Nasir sambil mempersilakan duduk dengan ustaz-ustaz yang sedang makan tadi. Mereka yang mula dengan perkenalan sehinggalah satu persatu soalan diajukan oleh para ustaz tadi kepada M.Nasir. Pada awalnya abang bob mengharapkan agar ustaz-ustaz tadi dapat menjadi penjawab bagi soalan yang mungkin ada terbuku dalam benak M.Nasir tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Inilah gambar abang bob kepada kita apabila rasa kekaguman itu tidak dikawal dan diletakkan pada sesuatu yang betul-betul diperlukan maka ianya tidak mendatangkan kebaikan. Tidak ada kekaguman yang lebih baik kecuali apabila kita merasa kagum kepada kekuasaan Allah swt dan sifat soleh serta ketaatan yang telah ditonjolkan oleh para Nabi dan orang soleh.

Selagimana kekaguman kita ada pada dunia, selagi itulah kekaguman tidak akan dirasai kepada Allah swt. Tidak aku sangka malam ini banyak ilmu dan peringatan yang aku dapati, semoga ianya menjadi bekalan dalam permusafiran aku yang hampir penghujungnya ini. 

WAllahu a'alam

AbuJihad
28Okt2016
SantaiSofa

Rabu, 26 Oktober 2016

ULTRAMAN VS RAKSASA


 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 



Petang lepas asar ni, waktu yang biasa kalau tak anak-anak keluar main, waktu dia ajak main dengan abi sambil melayan tonton tv.

Tak sangka pulak petang tu siaran pilihan mereka adalah ultraman. Tengah sebok melayan mereka menonton, dengan keletah diorang mengajak abinya mendengar komen dan kupasan tentang ultraman dan raksasa yang sedang berlawan, sempat abinya terbang mengenang empat bulan lepas ke negara ultraman.

Jepun ini memang sebuah negara yang hebat. Kehebatannya bukan sekadar dapat dilihat pada meterial semata tetapi peradaban bangsanya. Dari rakyatnya yang teratur sampai kisah pemimpin dia yang hebat.

Kali ini musafir aku atas urusan membuat pengisian Ramadhan dan perbincangan kerja dakwah.

Mula aku pijak negara Jepun ini disambut oleh sahabat aku yang bernama Safu. Walaupun itulah pertama kali kami berjumpa atas sebab urusan program ini tetapi layanan beliau tidak sedikit pun membuat aku rasa janggal.

Inilah hebatnya islam, kerana islam kita bertemu dan kerana islam kita berukhuwah.

Perjalanan aku dari Airport Osaka, Jepun ke Toyama yang memakan masa empat jam perjalanan dengan menaiki keretapi laju membuatkan aku teruja dengan meterial mereka.

Lagi aku terkejut apabila sambil menantikan sampainya keretapi tersebut, safu menegur aku tentang kedudukan aku berdiri bahawa tempat aku berdiri tu adalah untuk keretapi yang akan datang tak lama lagi.

Kami perlu berdiri disitu barisan yg lain warnanya untuk menunggu keretapi yang berikutnya. SubhanAllah, hebat betul aturan hidup mereka, takda langsung berebut dan cukup teratur.

Begitu juga aku dan safu bila berada didalam keretapi, aku tertanya- tanya kenapa senyap sahaja dalam keretapi ini tanpa bunyi ring tone telefon samada dari panggilan mahupun SMS. Safu menerangkan bahawa mereka memang mengamalkan sikap tidak mengganggu orang sekeliling sehingga telefon bimbit mereka sentiasa dalam keadaan senyap.

Jam 11 malam kami sampai ke Toyama salah sebuah daerah pendalaman di Jepun. Cukup sunyi sehingga kenderaan yang berjalan dijalan raya pun tidak didapati. Tenang sungguh mereka.

Alhamdulillah selamat sampai kami di masjid tempat penginapan dan pusat program Ramadhan kami kali ini. Disitu ada beberapa sahabat telah menunggu. Sambil menantikan sahur sempat kami berkenal-kenal diantara satu sama lain.

Disini aku mengenali pula Huffaz seorang imam masjid alFarouq tempat jemputan aku ini. Beliau seorang pelajar disitu yang berasal dari Malaysia juga.

Pengenalan kami dan beberapa sahabat ketika itu sehingga membuatkan aku tertanya kenapa mereka dari pengajian degri sampai ke PHD masih berada di Jepun. Perkara ini jarang aku ketemu di tempat- tempat lain terutamanya pengalaman aku di Timur tengah. Biasanya kita akan menukar angin alasannya.

Sambil tersenyum mereka menjawab, jiwa mereka yang mungkin secocok dan tenang dengan setiuasi kehidupan masyarakat Jepun. Aku teringat bapak angkat aku sendiri dan keluarganya duduk di Jepun sehingga 20 tahun.

Aku semakin teruja dengan kehebatan mereka ini. Ini dilihat juga pada pimpinan tertinggi mereka, sanggup meminta maaf dikhalayak ramai dan terbuka serta meletak jawatan yang disandang kerana tsunami yang melanda Jepun pada 2014, ini mungkin dirasakan satu kecuaian bagi beliau.

Peristiwa ini mungkin dilihat satu aspek tetapi satu aspek lain terutamanya bab agama. Mereka mempunyai satu pandangan iaitu " mereka tidak memerlukan Tuhan kerana mereka lebih maju tanpa Tuhan".

Mungkin dalam bab ini, membuatkan masyarakat Jepun agak susah untuk menerima dakwah Islam. Permasalahan dakwah ini bukan hanya susah menerima islam bahkan agama-agama yang lain.

Itu sebabnya walaupun mereka meraikan kita sebagai seorang Muslim tetapi untuk kita menyampaikan islam kepada mereka agak susah. Bahkan ia dapat dilihat pada penggerak-penggerak masjid di Jepun yang dipelopori oleh bangsa luar seperti Pakistan, Bangladesh, Turkey, Indonesia dan Malaysia.

Walaupun sedemikian, tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dalam menyampaikan Islam perlu difikirkan dan digerakkan agar mereka tidak menyalahkan kita dihadapan Allah SWT nanti.

Inilah hebatnya bangsa negara matahari terbit walaupun mereka tidak beriman dengan Allah SWT tetapi mereka mengikut aturan Allah SWT, lalu mereka tetap mendapati hasil kebaikan atas kerana keteraturan mereka dalam kehidupan.

Terjahan Nuha atas badanku membuatkan aku terkejut dari lamunanku, rupanya aku sudah berada di Malaysia.

Semoga Negara yang kita sayangi ini dapat mengambil pengajaran dari negara maju tersebut bukan hanya sekadar kemajuan metarial dan kebendaan pembangunan bahkan peradaban manusia yang cukup beradab dan teratur. Barulah kita dapat mengembalikan semula contoh islam yang terbaik untuk ditonjolkan kepada mata dunia.

"بلدة طيبة ورب غفور"


AbuJihad
27Okt2016
MasjidAbuAyub

Rabu, 19 Oktober 2016

AKU, ABANG DAN ABAH DIKEDAI BAJU


 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 

Hujung minggu tu abah membawa aku dan abang ke kedai baju di pekan menggantikan baju sekolah kami yang sudah lusuh.

Dikedai baju tersebut seboklah kami mencari baju sekolah sambil mencuba baju pada badan aku dan abang.

Tiba-tiba abang mengambil satu baju dan seluar sekolah yang besar, jauh beza dari badan abang yang sepatutnya.

Abah tanya abang:" kenapa abang ambil baju dengan seluar yang besar ni, kan nampak sangat besarnya?"

Abang dengan selambanya menjawab, " kan abang ni abang kepada adik, jadi abang kenelah pakai baju lebih besar dari adik."

Memang secara fizikalnya badan aku jauh lebih besar dari abang. Kadang sampai orang menyangkakan aku adalah abang.

Abah dengan aku tersenyum mendengar jawapan abang tadi. Ayah cuba menerangkan kepada abang : "abang, bagaimanapun keadaan kita, kita perlu menyarung pakaian mengikut size badan kita. "

Persekitaran dan kehidupan yang penuh pengajaran bagi kita. Bagaimana keadaan sekalipun kita, dimanapun bumi yang kita pijak maka perlu kita mengenali size badan kita dan memakai sesuatu mengikut diri kita.

Begitujualah keadaan kita seorang yang mempunyai ilmu. Ilmu yang kita pelajari ini tujuannya untuk kita mengetahui, memahami, mengamalkan dan menyampaikan.

Didalam kita menyampai ilmu tersebut maka perlu kita tahu siapa diri kita, sejauhmana ilmu kita dan kepada siapa yang kita sampaikan.

Hari ini kita tidak mengenali diri kita, kita tidak mengetahui tahap ilmu yg kita ada dan kita tidak mengenali siapa dihadapan kita.

Contohnya seorang yang mempelajari jurusan bahasa Arab, memang lahiriahnya dia ada kemampuan untuk membaca kitab al-Quran, hadis dan semua kitab yang berbahasa Arab.

Begitu juga orang yg mempelajari sesuatu jurusan pengajian tetapi dalam masa yang sama dia mengajar sesuatu yang bukan takhasus ilmu yang dia pelajari.

Menggenggam segulung ijazah itu bukan tiket membolehkan kita sesuka hati untuk menyampaikan ilmu apatah lagi mengulas sesuatu ilmu yang bukan bidang kita. Ijazah / ilmu itu adalah amanah.

Akhirnya, dengan tindakan ini membuatkan caca-marba dunia ilmu dan membawa fitnah kepada masyarakat.

Maka saya mengajak kepada ilmuan semua, kenalilah diri, ketahui tahap ilmu yang ada pada diri serta ketahuilah siapa yg berada dihadapan kita.

Semoga setiap amalan kita membawa kebaikan kepada diri kita didunia dan lebih-lebih lagi diakhirat. Jangan sampai ia mengundang perkara sebaliknya lebih-lebih lagi kemurkaan Allah SWT.


AbuJihad
19Oktober2016
Masjid Gombak

Selasa, 11 Oktober 2016

ABANG YANG KENE MARAH, KAMI YANG RASA TAKUT

 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Petang tu jam sudah menunjukkan pukul 6.30, kami adik-adik sudah mula masuk kedalam rumah meninggalkan lapangan rumah tempat kami bermain tadi. Abah meliar matanya melihat kami, mungkin mengira anaknya yang sudah masuk.

Tak semena-mena abah bertanya " mana abang kau ?" . Kami yang mendengar pertanyaan abah tersebut terus memandang mata diantara kami, kami kata tak tau sebab dari tadi kami bermain dilapangan rumah dengan jiran sebelah, takda pulak kami nampak abang.

Abah yang mendengar jawapan kami itu terus berubah muka ke merahan, mungkin kalau cerita kartun tu dah nampak kepala abah berasap. Abah terus capai songkok dia yg duduk di tunggu tangga. Terus melangkah keluar, menggalai basikal tua abah. Mungkin abah nak pergi cari abang.

Mak yang keluar dari dapur terus bertany kami: "apa yang bising-bising ni?". Kami menceritakan bahawa abang belum balik lagi. Tak sampai lima minit, abang terjongok mukanya di muka pintu rumah, sambil terucungap seperti dikejar hantu. Rupanya abah pun berada dibelakang abang.

Abah dengan suara tinggi bertanya pada abang: " kemana kau pergi tadi?" Abang mula tunduk ketakutan, sambil menjawab, dia mengikut kawannya masuk hutan jerat burung, tapi tak dapat pun. Abah yang mendengar jawapan abang tadi terus meluaplah kemarahannya. Dengan muka abah yang merah menyala sambil surau yang keluar macam petir sambar menyambar, abah mengingatkan abang tidak kurang kami adik-adik ni.

"Mulai hari ni, abah nak kamu semua dah masuk rumah jam 6.30 petang. Lepas tu kemana sekalipun kamu semua hendak pergi mesti minta izin dulu abah dengan mak" kata abah sambil kami menyahutnya dengan mengangguk menerima arahan abah tersebut.

Abah kata lagi " siapa yang tak dengar cakap abah ni "...terus abah menunjuk telunjuknya kearah dinding yang disangkut rotan yang dah duduk disitu beberapa tahun dulu. Kami semakin takut dengan jerkahkan abah itu.

Petang esoknya sebagaimana biasa kami keluar bermain, kali ini abang bersama kami. Sahabat sepermainan kami iaitu Lim yang berbangsa cina dan Siva yang berbangsa india menjadi jiran kami cukup lama. Sebok bertanyakan peristiwa semalam bising-bising dekat rumah kami. Adik perempuan kami sebok menceritakan perkara yang berlaku semalam, dari mula abah cari abang sampailah abah menggertak kami dengan rotan.

Lim dengan siva yang mendengar cerita tersebut, mulalah memberi komentar mereka sambil menggeleng-geleng kepala menunjukkan tanda tidak setuju dengan cara abah tersebut. Yang lagi memelikkan apabila adik pun sama, cuma bezanya adik takdalah terus menolak tetapi berdolak dalih komentarnya.

Bagi aku dengan abang, tindakkan abah pasti betul kerana abah hendak yang terbaik buat kami dan pasti abah sahaja yang tahu mana yang terbaik. Yang pelik bagi aku pulak, Lim dan Siva itu " lebih baju dari lengan ".

Masa terlalu pantas, kini kisah tersebut sudah 30 tahun berlalu. Aku mula teringatkan kisah tadi apabila kini aku dan masyarakat melalui satu isu iaitu RUU355. Perasaan yang sama juga bermain dalam benakku. Kenapa orang muslim sendiri menolak RUU355, tidak kurang yang berdolak dalih percakapan mereka. Yang memelikkan lagi apabila non muslim lebih berang mereka mempersoalkannya.

Sedangkan jika kita meneliti sejarah awal RUU355 yang dibahaskan pada pertama kali tahun 1965, tidak seorang pun MP melayu muslim menolaknya bahkan MP non muslim pula tidak mempersoalkannya kerana ianya adalah dibawah mahkamah syariah yang mana bidang kuasanya hanya untuk orang muslim.

Begitujuga pindaan RUU355 kali pertama setelah 20 tahun pada tahun 1984, tidak menjadi masalah pada MP Muslim dan MP non Muslim.

Tetapi yang pelik sangat kenapa RUU355 ini setelah 32 tahun tidak dipinda tapi kini 2016 hendak dipinda kali kedua untuk menambah kuasa dan  mengemaskini pelaksanaannya bertepatan suasana dan keperluan masyarakat, timbul bemacam-macam spikulasi. WAllahu a'alam apa yang sebenarnya bermain dalam benak mereka.



AbuJihad
11Okt2016
KarpetMerah.