Rabu, 26 Oktober 2016

ULTRAMAN VS RAKSASA


 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 



Petang lepas asar ni, waktu yang biasa kalau tak anak-anak keluar main, waktu dia ajak main dengan abi sambil melayan tonton tv.

Tak sangka pulak petang tu siaran pilihan mereka adalah ultraman. Tengah sebok melayan mereka menonton, dengan keletah diorang mengajak abinya mendengar komen dan kupasan tentang ultraman dan raksasa yang sedang berlawan, sempat abinya terbang mengenang empat bulan lepas ke negara ultraman.

Jepun ini memang sebuah negara yang hebat. Kehebatannya bukan sekadar dapat dilihat pada meterial semata tetapi peradaban bangsanya. Dari rakyatnya yang teratur sampai kisah pemimpin dia yang hebat.

Kali ini musafir aku atas urusan membuat pengisian Ramadhan dan perbincangan kerja dakwah.

Mula aku pijak negara Jepun ini disambut oleh sahabat aku yang bernama Safu. Walaupun itulah pertama kali kami berjumpa atas sebab urusan program ini tetapi layanan beliau tidak sedikit pun membuat aku rasa janggal.

Inilah hebatnya islam, kerana islam kita bertemu dan kerana islam kita berukhuwah.

Perjalanan aku dari Airport Osaka, Jepun ke Toyama yang memakan masa empat jam perjalanan dengan menaiki keretapi laju membuatkan aku teruja dengan meterial mereka.

Lagi aku terkejut apabila sambil menantikan sampainya keretapi tersebut, safu menegur aku tentang kedudukan aku berdiri bahawa tempat aku berdiri tu adalah untuk keretapi yang akan datang tak lama lagi.

Kami perlu berdiri disitu barisan yg lain warnanya untuk menunggu keretapi yang berikutnya. SubhanAllah, hebat betul aturan hidup mereka, takda langsung berebut dan cukup teratur.

Begitu juga aku dan safu bila berada didalam keretapi, aku tertanya- tanya kenapa senyap sahaja dalam keretapi ini tanpa bunyi ring tone telefon samada dari panggilan mahupun SMS. Safu menerangkan bahawa mereka memang mengamalkan sikap tidak mengganggu orang sekeliling sehingga telefon bimbit mereka sentiasa dalam keadaan senyap.

Jam 11 malam kami sampai ke Toyama salah sebuah daerah pendalaman di Jepun. Cukup sunyi sehingga kenderaan yang berjalan dijalan raya pun tidak didapati. Tenang sungguh mereka.

Alhamdulillah selamat sampai kami di masjid tempat penginapan dan pusat program Ramadhan kami kali ini. Disitu ada beberapa sahabat telah menunggu. Sambil menantikan sahur sempat kami berkenal-kenal diantara satu sama lain.

Disini aku mengenali pula Huffaz seorang imam masjid alFarouq tempat jemputan aku ini. Beliau seorang pelajar disitu yang berasal dari Malaysia juga.

Pengenalan kami dan beberapa sahabat ketika itu sehingga membuatkan aku tertanya kenapa mereka dari pengajian degri sampai ke PHD masih berada di Jepun. Perkara ini jarang aku ketemu di tempat- tempat lain terutamanya pengalaman aku di Timur tengah. Biasanya kita akan menukar angin alasannya.

Sambil tersenyum mereka menjawab, jiwa mereka yang mungkin secocok dan tenang dengan setiuasi kehidupan masyarakat Jepun. Aku teringat bapak angkat aku sendiri dan keluarganya duduk di Jepun sehingga 20 tahun.

Aku semakin teruja dengan kehebatan mereka ini. Ini dilihat juga pada pimpinan tertinggi mereka, sanggup meminta maaf dikhalayak ramai dan terbuka serta meletak jawatan yang disandang kerana tsunami yang melanda Jepun pada 2014, ini mungkin dirasakan satu kecuaian bagi beliau.

Peristiwa ini mungkin dilihat satu aspek tetapi satu aspek lain terutamanya bab agama. Mereka mempunyai satu pandangan iaitu " mereka tidak memerlukan Tuhan kerana mereka lebih maju tanpa Tuhan".

Mungkin dalam bab ini, membuatkan masyarakat Jepun agak susah untuk menerima dakwah Islam. Permasalahan dakwah ini bukan hanya susah menerima islam bahkan agama-agama yang lain.

Itu sebabnya walaupun mereka meraikan kita sebagai seorang Muslim tetapi untuk kita menyampaikan islam kepada mereka agak susah. Bahkan ia dapat dilihat pada penggerak-penggerak masjid di Jepun yang dipelopori oleh bangsa luar seperti Pakistan, Bangladesh, Turkey, Indonesia dan Malaysia.

Walaupun sedemikian, tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dalam menyampaikan Islam perlu difikirkan dan digerakkan agar mereka tidak menyalahkan kita dihadapan Allah SWT nanti.

Inilah hebatnya bangsa negara matahari terbit walaupun mereka tidak beriman dengan Allah SWT tetapi mereka mengikut aturan Allah SWT, lalu mereka tetap mendapati hasil kebaikan atas kerana keteraturan mereka dalam kehidupan.

Terjahan Nuha atas badanku membuatkan aku terkejut dari lamunanku, rupanya aku sudah berada di Malaysia.

Semoga Negara yang kita sayangi ini dapat mengambil pengajaran dari negara maju tersebut bukan hanya sekadar kemajuan metarial dan kebendaan pembangunan bahkan peradaban manusia yang cukup beradab dan teratur. Barulah kita dapat mengembalikan semula contoh islam yang terbaik untuk ditonjolkan kepada mata dunia.

"بلدة طيبة ورب غفور"


AbuJihad
27Okt2016
MasjidAbuAyub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan