الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين
Petang tu jam sudah menunjukkan pukul 6.30, kami adik-adik sudah mula masuk kedalam rumah meninggalkan lapangan rumah tempat kami bermain tadi. Abah meliar matanya melihat kami, mungkin mengira anaknya yang sudah masuk.
Tak semena-mena abah bertanya " mana abang kau ?" . Kami yang mendengar pertanyaan abah tersebut terus memandang mata diantara kami, kami kata tak tau sebab dari tadi kami bermain dilapangan rumah dengan jiran sebelah, takda pulak kami nampak abang.
Abah yang mendengar jawapan kami itu terus berubah muka ke merahan, mungkin kalau cerita kartun tu dah nampak kepala abah berasap. Abah terus capai songkok dia yg duduk di tunggu tangga. Terus melangkah keluar, menggalai basikal tua abah. Mungkin abah nak pergi cari abang.
Mak yang keluar dari dapur terus bertany kami: "apa yang bising-bising ni?". Kami menceritakan bahawa abang belum balik lagi. Tak sampai lima minit, abang terjongok mukanya di muka pintu rumah, sambil terucungap seperti dikejar hantu. Rupanya abah pun berada dibelakang abang.
Abah dengan suara tinggi bertanya pada abang: " kemana kau pergi tadi?" Abang mula tunduk ketakutan, sambil menjawab, dia mengikut kawannya masuk hutan jerat burung, tapi tak dapat pun. Abah yang mendengar jawapan abang tadi terus meluaplah kemarahannya. Dengan muka abah yang merah menyala sambil surau yang keluar macam petir sambar menyambar, abah mengingatkan abang tidak kurang kami adik-adik ni.
"Mulai hari ni, abah nak kamu semua dah masuk rumah jam 6.30 petang. Lepas tu kemana sekalipun kamu semua hendak pergi mesti minta izin dulu abah dengan mak" kata abah sambil kami menyahutnya dengan mengangguk menerima arahan abah tersebut.
Abah kata lagi " siapa yang tak dengar cakap abah ni "...terus abah menunjuk telunjuknya kearah dinding yang disangkut rotan yang dah duduk disitu beberapa tahun dulu. Kami semakin takut dengan jerkahkan abah itu.
Petang esoknya sebagaimana biasa kami keluar bermain, kali ini abang bersama kami. Sahabat sepermainan kami iaitu Lim yang berbangsa cina dan Siva yang berbangsa india menjadi jiran kami cukup lama. Sebok bertanyakan peristiwa semalam bising-bising dekat rumah kami. Adik perempuan kami sebok menceritakan perkara yang berlaku semalam, dari mula abah cari abang sampailah abah menggertak kami dengan rotan.
Lim dengan siva yang mendengar cerita tersebut, mulalah memberi komentar mereka sambil menggeleng-geleng kepala menunjukkan tanda tidak setuju dengan cara abah tersebut. Yang lagi memelikkan apabila adik pun sama, cuma bezanya adik takdalah terus menolak tetapi berdolak dalih komentarnya.
Bagi aku dengan abang, tindakkan abah pasti betul kerana abah hendak yang terbaik buat kami dan pasti abah sahaja yang tahu mana yang terbaik. Yang pelik bagi aku pulak, Lim dan Siva itu " lebih baju dari lengan ".
Masa terlalu pantas, kini kisah tersebut sudah 30 tahun berlalu. Aku mula teringatkan kisah tadi apabila kini aku dan masyarakat melalui satu isu iaitu RUU355. Perasaan yang sama juga bermain dalam benakku. Kenapa orang muslim sendiri menolak RUU355, tidak kurang yang berdolak dalih percakapan mereka. Yang memelikkan lagi apabila non muslim lebih berang mereka mempersoalkannya.
Sedangkan jika kita meneliti sejarah awal RUU355 yang dibahaskan pada pertama kali tahun 1965, tidak seorang pun MP melayu muslim menolaknya bahkan MP non muslim pula tidak mempersoalkannya kerana ianya adalah dibawah mahkamah syariah yang mana bidang kuasanya hanya untuk orang muslim.
Begitujuga pindaan RUU355 kali pertama setelah 20 tahun pada tahun 1984, tidak menjadi masalah pada MP Muslim dan MP non Muslim.
Tetapi yang pelik sangat kenapa RUU355 ini setelah 32 tahun tidak dipinda tapi kini 2016 hendak dipinda kali kedua untuk menambah kuasa dan mengemaskini pelaksanaannya bertepatan suasana dan keperluan masyarakat, timbul bemacam-macam spikulasi. WAllahu a'alam apa yang sebenarnya bermain dalam benak mereka.
AbuJihad
11Okt2016
KarpetMerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan