Apabila kita membicarakan mengenai keTuhanan, kita akan dapati rukun iman, sifat yang wajib bagi Allah dan Asma’ Allah yang 99 itu menjadi penghantaran di dalam kita mengenali Dia.
Permasalahannya sejauhmana kita mengenali Allah swt sebagai Tuhan yang menjadikan kita. Sebagai seorang hamba yang dijadikan dan segalanya datang dari Dia, sepatutnya kita mengenaliNya jauh dari kita mengenali anak kita sendiri kerana terlalu banyak penerangan dari ayat Al Quran mengenai sifat-sifat Allah swt.
Rukun iman yang pertama di dalam mengimani kewujudan Allah swt mempunyai seribu satu macam kebaikan yang dikehendaki Allah swt kembali kepada kita, sebahagiannya telah disebut oleh said sabiq di dalam kitab aqidah muslim :
1. Dengan kita mengenali akan hakikat kewujudan Allah swt, maka ia akan menimbulkan berbagai kebaikan kepada diri kita, motivasi dan kekuatan di dalam diri untuk melakukan segalanya untuk Allah swt.
2. Dengan kita mengenali Allah swt, maka kita akan sentiasa menjauhkan diri kita dari melakukan perkara yang dilarangNya. Dengan sifat kesempurnaan yang dimilikiNya membuatkan kita sentiasa menjaga dan memelihara diri kita dari jatuh kelembah kemaksiatan.
Bila kita melihat dan meneliti apa yang telah diperkatakan oleh Sayid Sabiq di atas, maka kita akan dapati segala permasalahan sosial yang terjadi dikalangan masyarakat pada hari ini berpunca dari diri individu yang tidak mengenali Allah swt sehingga membawa permasalahan besar kepada masyarakat dan Negara.
Maka tindakkan yang diambil ialah dengan kita kembali kepada Tuhan yang menjadikan kita dan memberikan ketetapan untuk panduan kita kembali kepada fitrah kita.
Selagi kita tidak kembali kepada Tuhan, hanya bermegah dengan akal yang terbatas ini, maka selagi itu jugalah kita akan berhadapan dengan berbagai masalah yang tiada penghujungnya.
wAllahu A’lam.
Allah Cinta Agung..mari kita kenali Tuhan kita..Dia lah yang maha Hebat,Maha Baik,kasih sayangnya dan pengampunannya amat luas..Kenali Tuhan Sayangi Manusia..
BalasPadam