
Beberapa masa yang lepas, kita dikejutkan dengan konsert Adam Lambert kemudian pertunjukan Fentival Fesyen Islam, kini kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam.
Hab hiburan dengan kata lain menjadikan negara sebuah negara yang tiada sempadan dalam hiburan dan salah satu sumber ekonomi negara.
Mengapa perlu jadikan negara kita sebagaimana Thailand, Singapura dan Indonesia yang mana industri huburan sebagai salah satu penjana ekonomi negara.
Malaysia kini yang lebih dikenali dengan industri pelancongan alam semulajadi dan kemesraan rakyatnya, akan berubah dengan lebih dikenali sebagai negara tempat mencari hiburan.
Mewujudkan lebih banyak pusat hiburan malam seperti kelab malam, pusat perjudian berprofail tinggi serta aktiviti konsert antarabangsa dan pertandingan F1-MotoGP bakal memberikan kesan yang buruk kepada institusi sosial serta merosakan teras identiti industri pelancongan dinegara ini.
Permasalahan gejala sosial kini yang tiada penyelesaian akan meningkat bagai api yang menyala disiram minyak tanah, maka akan bertambah marak lagi ia.
Kerajaan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat yang sudah jelas menolak cadangan memperbanyakan kelab malam dan aktiviti hiburan dalam negara. Rekod jenayah pelacuran, dadah dan juga gejala sosial negara ini sudah cukup untuk memberitahu kerajaan bahawa pusat hiburan inilah puncanya.
Ini bukan satu langkah untuk menjana ekonomi negara bahkan akan memincangkan lagi ekonomi disebabkan pincangnya sosial masyarakat di negara ini. Pembelanjaan akan meningkat disebabkan habis dilaburkan untuk megubati penyakit sosial yang melanda.
Fikir-fikirkanlah pemimpin yang diberi amanah: “ mengatasi itu lebih baik dari mengubati “ cari kebaikan dan jangan memperagakan kemudharatan “.
WAllahu A’lam
Apabila pemimpin tidak berjiwa Islam dan tidak peka mengenainya,maka begitulah hasilnya.Mereka asyik memikirkan keseronokan dan keuntungan semata-mata.Mereka tidak peka masalah rakyat,bertempik sorak berhari-hari,inilah hasilnya.
BalasPadamApakah maknanya tranformasi jika menjerumuskan masyarakat ke arah kehidupan yang menjauhkan dari Tuhan.Tidak ada maknanya semua itu.
Sebagai masyarakat yang prihatin,bangkitlah dari kelalaian dan alpa,kita tidak reda terus menerus begini,selamatkan negara dari malapetaka.Cukup sudahlah dengan hiburan yang sedia ada,itu pun sudah cukup menyeksakan.
Hiburan tidak salah selagi mana,hiburan itu mengingatkan kita kepada Tuhan.berhibur adalah fitrah,Islam tidak pernah menghalanginya.Cuma cara mana kita memanfaatkan hiburan itu ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Justeru itu,marilah kita sama-sama menentang sekeras-kerasnya,usaha-usaha yang mahu menghancurkan keharmonian,ketenangan,keindahan bumi Malysia ini.Apa pun namanya atas nama pelancungan sekalipun..!