Jumaat, 11 November 2016

UMMAT ISLAM : KEMENANGAN DONALD TRUMP


  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Rabu (waktu Malaysia) lepas mata dunia tertumpu dengan pemilihan presiden Amerika yang ke 45. Bukan hanya tertumpu kepada pemilihan presiden sahaja tetapi dua individu yang bertanding lebih-lebih lagi. Banyak spekulasi terhadap dua individu tersebut walaupun hakikatnya tetap bertulangkan Yahudi dibelakang mereka. Cuma pembawakan mereka, ada yang kata secara jelas atau seperti gunting dalam lipatan. 

Kini andaian yang bermain dalam penentuan siapa diantara Hillary Clinton dengan Donald Trump yang akan menjadi presiden ke 45 telah terjawab. Kemenangan yang berpihak kepada Donald Trump dengan 289 undian mengalahkan Hillary Clinton yang hanya mendapat 218 undian. Trump akan memulakan kerjayanya sebagai presiden Amerika pada 20 Januari 2017.

Jika spekulasi terhadap Trump ini telah banyak membanjiri media massa sebelum beliau meraih kemenangan, kini bukan sekadar spekulasi bahkan perkara pertama yang melanda Amerika setelah kemenangan Trump ini ialah kejatuhan saham. Pandangan negatif terhadap Trump bukan sahaja dari pihak luar bahkan rakyat Amerika sendiri kurang senang dengan kemenangannya.

Kemenangan Trump ini lebih rasa kurang menyenangkan lagi dari pihak ummat Islam kerana sifat anti/bencikan Islam yang terlalu amat sangat yang dilahirkan oleh Trump. Sehingga ungkapan beliau yang paling banyak didapati di media massa mengenai janji beliau bahawa selepas kemenangan beliau akan memastikan Baitulmaqdis akan dijadikan sebagai ibu kota Israel.

Secara lahiriah yang dapat dilihat dari mata umat Islam kini, tekanan yang akan diberikan oleh pihak Amerika terutamanya zaman pimpinan Trump ini. Hakikat sebenarnya perkara ini bukan baru lagi bagi sejarah Amerika dan umat Islam bahkan sudah menjadi tradisi setiap pimpinan Amerika yang naik akan mengukir sejarah dalam pergolakan umat Islam dan negara Islam, cuma pembawakan yang berbeza sama ada terang, jelas atau halus.

Hakikat sebenarnya, walaubagaimana keadaan sekalipun hebat dan kuatnya Amerika dan sekutunya atau mereka yang memusuhi dan memerangi Islam dan umatnya, Islam telah mengajar kepada kita bahawa kekuatan ataupun kelemahan kita itu bukan bergantung kepada kekuatan atau kelemahan musuh tetapi ianya kembali kepada kita. Walaupun perancangan dan penilitian dalam menghadapi musuh itu perlu ada tetapi hubungan dan keyakinan kita dengan Allah swt itu menjadi teras dalam mendatangkan nasrullah (bantuan dari Allah swt).

Hari ini kita dapat melihat dengan kaca mata yang sangat jelas bahawa kelemahan umat Islam itu bukan berpunca dari kekurang jumlah dalam bilangan dan juga kekurangan dalam aspek kelengkapan peperangan tetapi ada satu teras yang pincang sebagaimana yang telah disebut oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu :

“Akan tiba masanya kalian direbutkan seperti sekumpulan pemangsa yang merebut makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih dilautan. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)

Peringatan Rasulullah saw ini cukup jelas memberikan gambaran dan peringatan kepada kita bagaimana keadaan dan situasi kita umat Islam pada hari ini yang banyak jumlahnya tetapi hanya seperti buih dilautan yang dipukul ombak kemana sahaja diikutnya. Dalam masa yang sama Rasulullah saw juga memberikan kepada kita punca kelemahan umat Islam yang cintakan dunia dan takutkan mati.

Kedua-dua penyakit ini cukup jelas didapati pada zaman kita hari ini. Masyarakat Islam dari rakyat biasa sampailah kepada pemimpin cukup amat mencintakan dunia, dari kalangan jahil sehingga golongan agamawan meletakkan dunia sebagai kiblat bagi mereka secara tidak langsung. Alasannya tidak lain dan tidak bukan adalah keperluan dan tuntutan.

Benar dunia ini ada tuntutan dan keperluan dalam kehidupan kita tetapi bukan berlebihan, hanya sekadar keperluan untuk akhirat. Sama seperti orang yang berhenti di RNR, maka mereka yang berhenti hanya membeli sekadar keperluan perjalanan menuju destinasi mereka, tidak lebih dari itu.

Didalam kitab alQhuraba' yang telah ditulis oleh Syeikh Yusof alQardawi menyatakan punca tekanan dan kelemahan umat Islam pada hari ini disebabkan perpecahan didalam umat Islam. Tidak ada rasa tanggungjawab sesama muslim bahkan dipandang musuh hanya disebabkan permasalahan furu'iah bahkan lebih menakutkan apabila mereka lebih gemar bersama golongan yang memusuhi Islam.

Semua ini berpunca dari tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Allah swt. Tahap keimanan dalam diri seseorang ini tidak cukup dengan mengimani dan meyakini Allah swt sebagai Tuhan yang esa bahkan keyakinan itu perlu direlisasikan didalam kehidupan. Permasalahan ini telah pun disebut oleh ulamak aqidah bahawa banyak manusia meyakini keesaan Allah swt tetapi menemui kegagalan apabila hendak membawa dan merealisasikan didalam kehidupan.

Bagaimana keadaan apa sekalipun, kita wajib kembali merujuk kepada sejarah sirah yang telah dilakarkan oleh Rasulullah saw, 13 tahun Rasulullah saw berada di Makkah mengajar dan mempasakkan aqidah dalam diri para sahabat dan penduduk Makkah sehingga mereka berjaya merialisasikan aqidah mereka didalam diri, keluarga dan masyarakat mereka bahkan Allah swt mendatangkan peristiwa Isra' dan Mikraj, peristiwa sekatan ekonomi yang dikenakan kepada kaum muslimin Makkah dan perintah Hijrah ke Yathrib, ini semua untuk mereka melihat dan mengukuhkan lagi keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah swt.

Hasil asakkan keimanan dan keyakinan yang dilalui oleh Rasulullah saw dan para sahabatNya  ini dapat digambarkan melalui peristiwa peperangan Badar alkubra. Peristiwa ini boleh kita teliti semula bagaimana hebatnya mereka mendepani musuh Islam musyrikin Makkah dengan jumlah yang sangat kecil dibandingkan gandaan jumlah tentera musuh yang besar, tetapi kemenangan berpihak kepada tentera Islam disebabkan keimanan dan keyakinan mereka secara menyeluruh.

 " كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ "

“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS Al-Baqarah ayat 249)

Berbeza pula dengan peperangan Hunain yang mana tentera Islam bukan sekadar jumlah yang sangat besar dibandingkan tentera musuh bahkan kelengkapan peperangan yang sangat hebat tetapi kekalahan yang dihadapinya. Peristiwa ini sehingga Allah swt sendiri melakarkan didalam alquran sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita :

  " لَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ فِى مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْـًٔا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ ٱلْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ "

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu’minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu di waktu kamu menjadi ujub/bongak karena banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa’at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai." (Surah AtTaubah: 25)

Peristiwa yang dilakarkan melalui sejarah ini cukup jelas kepada kita untuk dijadikan sebagai rujukkan dan peringatan agar bagaimana keadaan sekalipun perkara asas dan teras yang perlu kita perbaiki dan pasakkan sekuat mungkin, adalah keimanan dan keyakinan kita kepada Allah swt, dalam masa yang sama keimanan dan keyakinan kita kepada hari akhirat kerana hari akhirat ini adalah hari pembalasan bagi setiap amalan dan tindakkan kita ketika berada diatas dunia Allah swt ini.

Mengingati hari akhirat ini membuatkan kita bermotivasi, kuat dan berhati-hati dalam melakukan setiap keputusan dan tindakkan yang hendak kita lakukan. Akhirnya yang kita lakukan penuh dengan ketaatan dan meniti diatas jalan yang diredhai oleh Allah swt.

InsyaAllah dengan keimanan yang baik akan melahirkan pemikiran dan fahaman yang baik, ketika itu tidak berlakulah pecahan yang cukup banyak seperti UMNO, PKR, PAN DAN BERSATU. Ini semua disebabkan pemikiran dan pemahaman yang berbeza sehingga membuatkan matlamat perjuangan dan dasar yang berbeza. Ini belum dilihat lagi kepada kepentingan diri dalam mencari sesuatu yang tidak langsung membawa menafaat lebih-lebih lagi diakhirat nanti.

Kembalilah kepada Allah swt dan rasul serta beringatlah kita ada satu lagi kehidupan yang akan dilalui, bukan sekadar tempat lalu sebagaimana dunia tetapi ia adalah tempat yang kekal abadi. Semoga dengan sedikit mujahadah dan susah payah didunia ini membuatkan kita senang dan lapang diakhirat Allah swt,amin.


 " إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْأخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ "

 "Sesungguhnya orang-orang mu’min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

WAllahu a'alam


AbuJihad
11Safar1438
LebaranHamparanDunia

Isnin, 7 November 2016

HARAP KEJAYAAN ANAK

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Setiap ibubapa pasti mengimpikan kejayaan bagi anak-anaknya. Arus perdana yang berjalan disekeliling juga diantara memain peranan dalam membentuk pemikiran masyarakat. Ini juga berlaku kepada ibubapa yang sibok hari ini menghantar anak-anak ke pengajian Islam terutamanya sekolah-sekolah tahfiz.

Fenomena ini bagaikan sebuah tsunami yang melanda masyarakat kini walaupun hakikatnya pengajian agama ini satu ketika dahulu tidak dipandang oleh setiap peringkat masyarakat. Bagi mereka mengaji agama ini tiada masa depan apatah lagi nak bekerja dengan kerajaan, nanti nak bagi anak bini makan apa. Bahkan dipulau keluarga atau ibubapa yang menghantar anak mereka pergi mengaji agama.

Tsunami ini berlaku bukan sekadar hasil dari kesedaran masyarakat bahkan yang merisaukan apabila ada juga golongan yang hanya menjadikannya sebagai " trend", akhirnya bukan kebaikan yang kunjung tiba tetapi sebaliknya kebinasaan.

Ini dapat dilihat mutakhir ini apabila semaian yang lepas sudah menunjukkan buahnya, apabila ahli akedemik dalam pengajian islam sudah menghasilkan percambahan luar jangkaan pada angka yang lahir dari graduate setiap tahun.

Ini dapat dilihat kejayaan dari segi angkanya tetapi isinya dan sejauhmana keberhasilan yang sepatut diguna pakai untuk agama, bangsa dan negara, mungkin ini perlu diamati terlebih dahulu mengenai hakikat pengertian sebuah kejayaan bagi seorang ahli akedemik.

Aku teringat kata-kata mudir aku sewaktu belajar di timur tengah. Perhimpunan akhir sebelum kami dilepaskan, tamat pengajian yang kami ikuti. Beliau mengatakan " saya tidak akan berbangga dengan keputusan peperiksaan kamu itu mumtaz, jaid jiddan maupun jaid, tetapi saya lebih berbangga dengan kamu apabila kamu pulang dengan membawa islam dengan kamu amalkan dan kamu sampaikan kepada masyarakat kamu, kamu berkerja untuk islam".

Mungkin kata-kata ini boleh diguna pakai bagi meletakkan sejauhmana kejayaan seseorang. Ini juga jika diperincikan maksudnya, maka bukan sekadar kerja buat dalam masyarakat bahkan bermula dengan diri tersebut iaitu adab dan akhlak. Kerana Imam Ghazali berkata adab dan akhlak itu adalah tsamarat (buah) bagi iman seseorang.

Adab dan akhlak seseorang juga memainkan peranan dalam menuju kepada sebuah kejayaan. Maka ilmu, jubah dan serban yang besar, pengikut yang ramai belum lagi dapat menjadi satu tanda bagi sebuah kejayaan seseorang.

Maka dalam menepati tuntutan Allah swt ini, ianya perlu dimulai dengan kesedaran dari ibubapa yang berpandukan ilmu pengetahuan, bukan sekadar kemahuan dan akal semata. Kemudian diikuti pula dengan niat yang benar-benar kerana Allah swt, bukan kerana mengikut orang apatah lagi kerana bidang kerja yang sangat luas bagi golongan agama pada hari ini.

Kemudian, fitrah hendakkan kebaikan diatas muka bumi ini bukanlah semudah yang dibayang tetapi ianya melalui liku yang penuh berduri, maka laluilah ianya dengan sabar, redha dan tawakal (doa).

InsyaAllah, semaian yang baik dan tekun dibuat pada hari ini akan dirasai bukan hanya didunia bahkan besok diakhirat Allah swt,amin. Mulakan pembangunan syariat Islam dalam diri dan keluarga, barulah mampu membina syariat dalam sebuah negara.

Mulakan kebaikan pada diri dan keluarga kamu, kemudian baru kamu akan dapati seorang pemimpin negara yang baik.

WAllahu a'alam.

AbuJihad
07Nov2016
HamparanHijau

Sabtu, 29 Oktober 2016

AKU KENE CAS


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Pada awalnya yang dirancang sepatutnya pergi kelas tetapi kerana menunggu giliran diklinik kerana ambil ubat orang rumah maka akhirnya terpaksa batal pergi kelas. Oleh kerana tidak jadi pergi kelas maka dicari kelas lain agar malam ini tetap terisi. 

Sambil membelek helaian whatsapp yang masuk dengan izin Allah swt, aku terpandang iklan kuliah maghrib malam ni yang diisi oleh ayah Tuan. Selesai saja pertemuan dengan doktor, waktu maghrib yang sudah masuk dan tempat kuliah ayah Tuan tadi pun cuma sekadar 20 minit perjalanan masanya dengan kereta, maka aku pun pecut mengejar untuk mendapatkan maghrib dan majlis ilmu.

Dengan izin Allah swt sampai aku di surau yang tuju sambil suara ayah Tuan sudah mula berkumandang dicorong surau menunjukkan pengajian sudah dimulai. Aku mula selesaikan dulu urusan pertemuan aku dengan Tuhan aku yang dah memanggil dan menanti aku dari tadi, kemudian dengan tertib doa sebagai penutup perbicaraan aku dengan Tuhanku, aku terus menerjah ruang taman syurga tersebut sambil memulakan lipatan kaki yang selesa dan corong telinga aku dibuka besar.

Ruang dadaku dibuka luas agar ilmu yang disampaikan dapat disimpan kemas. Diantara perkara yang aku hendak kongsikan iaitu bagaimana perumpamaan yang diberikan oleh ayah Tuan mengenai hebatnya sifat pemurah yang ada dalam diri Rasulullah saw.  Seperti " lubang air yang masuk kecil tetapi lubang air yang keluar jauh lebih besar ". Walaupun hakikatnya Rasulullah saw ini seorang yang kaya tetapi kekayaan Beliau itu tidak sempat melekat pada diri beliau kerana hebatnya sifat pemurah yang ada didalam diri.

Perkara ini dapat dilihat melalui kisah yang berlaku ketika Rasulullah saw menerima hadiah 50 ekor kambing, sahabat yang mendengar peristiwa tersebut datang menemui Rasulullah saw ingin meminta seekor dari 50 ekor kambing tersebut tetapi Rasulullah saw telah menghadiahkan kesemua kambing tersebut kepada sahabat tadi.

Cukup hebat sifat Rasulullah saw dalam menampilkan contoh yang terbaik. Kita hari ini cukup rasakan hebat hanya disebabkan kita membayar zakat simpanan dan pendapatan kita, sedangkan zakat ini wajib. Kehebatan seseorang itu dapat dilihat apabila dia melaksanakan perkara sunat dan memberikan sesuatu yang disayanginya. Kalau duit dalam dompet, maka jumlah yang paling besar yang akan diberinya.

Terkesima aku dibuatnya dengan siraman-siraman yang aku terima lebih-lebih lagi aku yang terlalu kurang kini dengan hidangan ilmu dari taman syurga. Itulah sebabnya kita digalakkan untuk sentiasa menhadiri majlis ilmu agar bukan sekadar ilmu yang kita dapat tetapi rahmat, redha dan keampunan Allah swt yang membuat kita seperti henset yang dicas baterinya.

Selesai solat isyak, sempat aku bertanya khabar ayah Tuan sambil beliau terkejut melihat aku dan menepuk-nepuk bahuku, aku terus minta permisi untuk terus pergi ke program sembang santai yang dibuat oleh pemuda kawasan aku.

Beberapa minit perjalanan, tempat yang aku tuju tadi dapat sampai dengan izin Allah swt, alhamdulillah. Program telah mulai, dua panel yang cukup aku kenali iaitu ustaz din dan abang bob. Sembang kali ini lebih kepada penjelasan barjet yang sedang dibentang dekat parlimen negara yang tersayang. 

Huraian dan penjelasan yang sangat baik dari ustaz Din, lebih-lebih lagi ianya bukan sekadar menolak tetapi ada altenatif lain, bagi setiap permasalahan ada penyelasaiannya. Aku terkesima dengan huraian beliau tetapi memang tak pelik kerana beliau bukan hanya seorang ustaz tetapi khusus jurusan beliau adalah ekonomi.

Penutup dan kesimpulan yang abang bob buat pula mungkin tidak berkisar dengan perbincangan tetapi bagi aku ianya adalah nasihat yang sangat baik. Ini apabila sentuhan lebih kepada permasalahan masyarakat yang suka kagum dengan sesuatu. Kagum dengan harta, kagum dengan pangkat dan kedudukan.

Abang bob datangkan kisah yang berlaku dikedai beliau sendiri. Satu hari kedai beliau didatangi oleh beberapa orang ustaz yang sudah menjadi kenalan beliau juga, sedang ustaz-ustaz tersebut menjamah makanan yang telah dihidangkan dihadapan mereka, tetiba datang Dato M.Nasir seorang selebriti yang cukup terkenal.

Abang bob bertegur sapa dengan M.Nasir sambil mempersilakan duduk dengan ustaz-ustaz yang sedang makan tadi. Mereka yang mula dengan perkenalan sehinggalah satu persatu soalan diajukan oleh para ustaz tadi kepada M.Nasir. Pada awalnya abang bob mengharapkan agar ustaz-ustaz tadi dapat menjadi penjawab bagi soalan yang mungkin ada terbuku dalam benak M.Nasir tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Inilah gambar abang bob kepada kita apabila rasa kekaguman itu tidak dikawal dan diletakkan pada sesuatu yang betul-betul diperlukan maka ianya tidak mendatangkan kebaikan. Tidak ada kekaguman yang lebih baik kecuali apabila kita merasa kagum kepada kekuasaan Allah swt dan sifat soleh serta ketaatan yang telah ditonjolkan oleh para Nabi dan orang soleh.

Selagimana kekaguman kita ada pada dunia, selagi itulah kekaguman tidak akan dirasai kepada Allah swt. Tidak aku sangka malam ini banyak ilmu dan peringatan yang aku dapati, semoga ianya menjadi bekalan dalam permusafiran aku yang hampir penghujungnya ini. 

WAllahu a'alam

AbuJihad
28Okt2016
SantaiSofa

Rabu, 26 Oktober 2016

ULTRAMAN VS RAKSASA


 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 



Petang lepas asar ni, waktu yang biasa kalau tak anak-anak keluar main, waktu dia ajak main dengan abi sambil melayan tonton tv.

Tak sangka pulak petang tu siaran pilihan mereka adalah ultraman. Tengah sebok melayan mereka menonton, dengan keletah diorang mengajak abinya mendengar komen dan kupasan tentang ultraman dan raksasa yang sedang berlawan, sempat abinya terbang mengenang empat bulan lepas ke negara ultraman.

Jepun ini memang sebuah negara yang hebat. Kehebatannya bukan sekadar dapat dilihat pada meterial semata tetapi peradaban bangsanya. Dari rakyatnya yang teratur sampai kisah pemimpin dia yang hebat.

Kali ini musafir aku atas urusan membuat pengisian Ramadhan dan perbincangan kerja dakwah.

Mula aku pijak negara Jepun ini disambut oleh sahabat aku yang bernama Safu. Walaupun itulah pertama kali kami berjumpa atas sebab urusan program ini tetapi layanan beliau tidak sedikit pun membuat aku rasa janggal.

Inilah hebatnya islam, kerana islam kita bertemu dan kerana islam kita berukhuwah.

Perjalanan aku dari Airport Osaka, Jepun ke Toyama yang memakan masa empat jam perjalanan dengan menaiki keretapi laju membuatkan aku teruja dengan meterial mereka.

Lagi aku terkejut apabila sambil menantikan sampainya keretapi tersebut, safu menegur aku tentang kedudukan aku berdiri bahawa tempat aku berdiri tu adalah untuk keretapi yang akan datang tak lama lagi.

Kami perlu berdiri disitu barisan yg lain warnanya untuk menunggu keretapi yang berikutnya. SubhanAllah, hebat betul aturan hidup mereka, takda langsung berebut dan cukup teratur.

Begitu juga aku dan safu bila berada didalam keretapi, aku tertanya- tanya kenapa senyap sahaja dalam keretapi ini tanpa bunyi ring tone telefon samada dari panggilan mahupun SMS. Safu menerangkan bahawa mereka memang mengamalkan sikap tidak mengganggu orang sekeliling sehingga telefon bimbit mereka sentiasa dalam keadaan senyap.

Jam 11 malam kami sampai ke Toyama salah sebuah daerah pendalaman di Jepun. Cukup sunyi sehingga kenderaan yang berjalan dijalan raya pun tidak didapati. Tenang sungguh mereka.

Alhamdulillah selamat sampai kami di masjid tempat penginapan dan pusat program Ramadhan kami kali ini. Disitu ada beberapa sahabat telah menunggu. Sambil menantikan sahur sempat kami berkenal-kenal diantara satu sama lain.

Disini aku mengenali pula Huffaz seorang imam masjid alFarouq tempat jemputan aku ini. Beliau seorang pelajar disitu yang berasal dari Malaysia juga.

Pengenalan kami dan beberapa sahabat ketika itu sehingga membuatkan aku tertanya kenapa mereka dari pengajian degri sampai ke PHD masih berada di Jepun. Perkara ini jarang aku ketemu di tempat- tempat lain terutamanya pengalaman aku di Timur tengah. Biasanya kita akan menukar angin alasannya.

Sambil tersenyum mereka menjawab, jiwa mereka yang mungkin secocok dan tenang dengan setiuasi kehidupan masyarakat Jepun. Aku teringat bapak angkat aku sendiri dan keluarganya duduk di Jepun sehingga 20 tahun.

Aku semakin teruja dengan kehebatan mereka ini. Ini dilihat juga pada pimpinan tertinggi mereka, sanggup meminta maaf dikhalayak ramai dan terbuka serta meletak jawatan yang disandang kerana tsunami yang melanda Jepun pada 2014, ini mungkin dirasakan satu kecuaian bagi beliau.

Peristiwa ini mungkin dilihat satu aspek tetapi satu aspek lain terutamanya bab agama. Mereka mempunyai satu pandangan iaitu " mereka tidak memerlukan Tuhan kerana mereka lebih maju tanpa Tuhan".

Mungkin dalam bab ini, membuatkan masyarakat Jepun agak susah untuk menerima dakwah Islam. Permasalahan dakwah ini bukan hanya susah menerima islam bahkan agama-agama yang lain.

Itu sebabnya walaupun mereka meraikan kita sebagai seorang Muslim tetapi untuk kita menyampaikan islam kepada mereka agak susah. Bahkan ia dapat dilihat pada penggerak-penggerak masjid di Jepun yang dipelopori oleh bangsa luar seperti Pakistan, Bangladesh, Turkey, Indonesia dan Malaysia.

Walaupun sedemikian, tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dalam menyampaikan Islam perlu difikirkan dan digerakkan agar mereka tidak menyalahkan kita dihadapan Allah SWT nanti.

Inilah hebatnya bangsa negara matahari terbit walaupun mereka tidak beriman dengan Allah SWT tetapi mereka mengikut aturan Allah SWT, lalu mereka tetap mendapati hasil kebaikan atas kerana keteraturan mereka dalam kehidupan.

Terjahan Nuha atas badanku membuatkan aku terkejut dari lamunanku, rupanya aku sudah berada di Malaysia.

Semoga Negara yang kita sayangi ini dapat mengambil pengajaran dari negara maju tersebut bukan hanya sekadar kemajuan metarial dan kebendaan pembangunan bahkan peradaban manusia yang cukup beradab dan teratur. Barulah kita dapat mengembalikan semula contoh islam yang terbaik untuk ditonjolkan kepada mata dunia.

"بلدة طيبة ورب غفور"


AbuJihad
27Okt2016
MasjidAbuAyub

Rabu, 19 Oktober 2016

AKU, ABANG DAN ABAH DIKEDAI BAJU


 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 

Hujung minggu tu abah membawa aku dan abang ke kedai baju di pekan menggantikan baju sekolah kami yang sudah lusuh.

Dikedai baju tersebut seboklah kami mencari baju sekolah sambil mencuba baju pada badan aku dan abang.

Tiba-tiba abang mengambil satu baju dan seluar sekolah yang besar, jauh beza dari badan abang yang sepatutnya.

Abah tanya abang:" kenapa abang ambil baju dengan seluar yang besar ni, kan nampak sangat besarnya?"

Abang dengan selambanya menjawab, " kan abang ni abang kepada adik, jadi abang kenelah pakai baju lebih besar dari adik."

Memang secara fizikalnya badan aku jauh lebih besar dari abang. Kadang sampai orang menyangkakan aku adalah abang.

Abah dengan aku tersenyum mendengar jawapan abang tadi. Ayah cuba menerangkan kepada abang : "abang, bagaimanapun keadaan kita, kita perlu menyarung pakaian mengikut size badan kita. "

Persekitaran dan kehidupan yang penuh pengajaran bagi kita. Bagaimana keadaan sekalipun kita, dimanapun bumi yang kita pijak maka perlu kita mengenali size badan kita dan memakai sesuatu mengikut diri kita.

Begitujualah keadaan kita seorang yang mempunyai ilmu. Ilmu yang kita pelajari ini tujuannya untuk kita mengetahui, memahami, mengamalkan dan menyampaikan.

Didalam kita menyampai ilmu tersebut maka perlu kita tahu siapa diri kita, sejauhmana ilmu kita dan kepada siapa yang kita sampaikan.

Hari ini kita tidak mengenali diri kita, kita tidak mengetahui tahap ilmu yg kita ada dan kita tidak mengenali siapa dihadapan kita.

Contohnya seorang yang mempelajari jurusan bahasa Arab, memang lahiriahnya dia ada kemampuan untuk membaca kitab al-Quran, hadis dan semua kitab yang berbahasa Arab.

Begitu juga orang yg mempelajari sesuatu jurusan pengajian tetapi dalam masa yang sama dia mengajar sesuatu yang bukan takhasus ilmu yang dia pelajari.

Menggenggam segulung ijazah itu bukan tiket membolehkan kita sesuka hati untuk menyampaikan ilmu apatah lagi mengulas sesuatu ilmu yang bukan bidang kita. Ijazah / ilmu itu adalah amanah.

Akhirnya, dengan tindakan ini membuatkan caca-marba dunia ilmu dan membawa fitnah kepada masyarakat.

Maka saya mengajak kepada ilmuan semua, kenalilah diri, ketahui tahap ilmu yang ada pada diri serta ketahuilah siapa yg berada dihadapan kita.

Semoga setiap amalan kita membawa kebaikan kepada diri kita didunia dan lebih-lebih lagi diakhirat. Jangan sampai ia mengundang perkara sebaliknya lebih-lebih lagi kemurkaan Allah SWT.


AbuJihad
19Oktober2016
Masjid Gombak

Selasa, 11 Oktober 2016

ABANG YANG KENE MARAH, KAMI YANG RASA TAKUT

 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Petang tu jam sudah menunjukkan pukul 6.30, kami adik-adik sudah mula masuk kedalam rumah meninggalkan lapangan rumah tempat kami bermain tadi. Abah meliar matanya melihat kami, mungkin mengira anaknya yang sudah masuk.

Tak semena-mena abah bertanya " mana abang kau ?" . Kami yang mendengar pertanyaan abah tersebut terus memandang mata diantara kami, kami kata tak tau sebab dari tadi kami bermain dilapangan rumah dengan jiran sebelah, takda pulak kami nampak abang.

Abah yang mendengar jawapan kami itu terus berubah muka ke merahan, mungkin kalau cerita kartun tu dah nampak kepala abah berasap. Abah terus capai songkok dia yg duduk di tunggu tangga. Terus melangkah keluar, menggalai basikal tua abah. Mungkin abah nak pergi cari abang.

Mak yang keluar dari dapur terus bertany kami: "apa yang bising-bising ni?". Kami menceritakan bahawa abang belum balik lagi. Tak sampai lima minit, abang terjongok mukanya di muka pintu rumah, sambil terucungap seperti dikejar hantu. Rupanya abah pun berada dibelakang abang.

Abah dengan suara tinggi bertanya pada abang: " kemana kau pergi tadi?" Abang mula tunduk ketakutan, sambil menjawab, dia mengikut kawannya masuk hutan jerat burung, tapi tak dapat pun. Abah yang mendengar jawapan abang tadi terus meluaplah kemarahannya. Dengan muka abah yang merah menyala sambil surau yang keluar macam petir sambar menyambar, abah mengingatkan abang tidak kurang kami adik-adik ni.

"Mulai hari ni, abah nak kamu semua dah masuk rumah jam 6.30 petang. Lepas tu kemana sekalipun kamu semua hendak pergi mesti minta izin dulu abah dengan mak" kata abah sambil kami menyahutnya dengan mengangguk menerima arahan abah tersebut.

Abah kata lagi " siapa yang tak dengar cakap abah ni "...terus abah menunjuk telunjuknya kearah dinding yang disangkut rotan yang dah duduk disitu beberapa tahun dulu. Kami semakin takut dengan jerkahkan abah itu.

Petang esoknya sebagaimana biasa kami keluar bermain, kali ini abang bersama kami. Sahabat sepermainan kami iaitu Lim yang berbangsa cina dan Siva yang berbangsa india menjadi jiran kami cukup lama. Sebok bertanyakan peristiwa semalam bising-bising dekat rumah kami. Adik perempuan kami sebok menceritakan perkara yang berlaku semalam, dari mula abah cari abang sampailah abah menggertak kami dengan rotan.

Lim dengan siva yang mendengar cerita tersebut, mulalah memberi komentar mereka sambil menggeleng-geleng kepala menunjukkan tanda tidak setuju dengan cara abah tersebut. Yang lagi memelikkan apabila adik pun sama, cuma bezanya adik takdalah terus menolak tetapi berdolak dalih komentarnya.

Bagi aku dengan abang, tindakkan abah pasti betul kerana abah hendak yang terbaik buat kami dan pasti abah sahaja yang tahu mana yang terbaik. Yang pelik bagi aku pulak, Lim dan Siva itu " lebih baju dari lengan ".

Masa terlalu pantas, kini kisah tersebut sudah 30 tahun berlalu. Aku mula teringatkan kisah tadi apabila kini aku dan masyarakat melalui satu isu iaitu RUU355. Perasaan yang sama juga bermain dalam benakku. Kenapa orang muslim sendiri menolak RUU355, tidak kurang yang berdolak dalih percakapan mereka. Yang memelikkan lagi apabila non muslim lebih berang mereka mempersoalkannya.

Sedangkan jika kita meneliti sejarah awal RUU355 yang dibahaskan pada pertama kali tahun 1965, tidak seorang pun MP melayu muslim menolaknya bahkan MP non muslim pula tidak mempersoalkannya kerana ianya adalah dibawah mahkamah syariah yang mana bidang kuasanya hanya untuk orang muslim.

Begitujuga pindaan RUU355 kali pertama setelah 20 tahun pada tahun 1984, tidak menjadi masalah pada MP Muslim dan MP non Muslim.

Tetapi yang pelik sangat kenapa RUU355 ini setelah 32 tahun tidak dipinda tapi kini 2016 hendak dipinda kali kedua untuk menambah kuasa dan  mengemaskini pelaksanaannya bertepatan suasana dan keperluan masyarakat, timbul bemacam-macam spikulasi. WAllahu a'alam apa yang sebenarnya bermain dalam benak mereka.



AbuJihad
11Okt2016
KarpetMerah.

Rabu, 20 Julai 2016

BERITA RADIO JAM 1 PETANG

  
 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 

Tengah hari tu sebagaimana biasa ketika berada dalam kereta, apabila masuk je slot berita, saya mula pasang telinga lebih lagi agar dapat mendengar berita yang disampaikan. Dulu memang perkara yang paling tak suka tulah berita, tapi lani memang ambik tau betul. Yelah, mungkin faktor usia, dah ada sikit tanggungjawab tu rasa nak tau juga apa yg berlaku dengan setiuasi sekeliling.

Tengah asyik mendengar satu persatu yang disampaikan oleh pembaca berita. Diantara perkara yang buat aku cukup tertarik apabila diberitakan bawa "penglibatan pelajar universiti dalam pasukan latihan pegawai simpanan ( PALAPES ) amat penting untuk menanamkan jatidiri dan semangat juang yang tinggi"  serta berita yang kedua disampaikan pula mengenai program yang akan diadakan di Putrajaya iaitu "forum dasar asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak rantau Pasifik 2016" yang akan disertai oleh 46 buah negara yang dihadiri seramai seribu orang, sebanyak 54 kertas kerja akan dibentangkan. Ianya diadakan bagi persiapan anak bagi memasukan alam persekolahan.

Kedua-dua berita ini menunjukkan usaha pelbagai pihak bagi menghasilkan individu lebih-lebih lagi jenerasi pelapis yang hebat nanti. Apapun usaha yang sangat baik dan tahniah saya ucapkan. Cuma mungkin kita boleh katakan, sesuatu yang baik jika cara yang tidak betul, maka pasti hasilnya tak sebagaimana yang diharapkan. Jika dilihat rialiti yang berlaku kepada masyarakat kita khasnya dan umumnya dunia pada hari ini, sangat tidak setara dengan usaha yang digembelingkan. Hasil tidak didapati dengan kerja yang diusahakan apatah lagi wang ringgit yang dimodalkan. Rasanya jutaan ringgit kita berhabis setiap tahun bagi mewujudkan modal insan tetapi hasilnya tidak memberansangkan.

Memang benar usaha dari kita dan hasilnya itu dari Allah swt tetapi Allah swt tidak kejam kepada hambaNya. Jika tidak diberikan sesuatu itu maka pastinya ada sebab atau cara yang diusahakan itu tidak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan ditonjolkan contohnya melalui Rasulullah saw. 

Contoh kita melihat kepada negara matahari iaitu Jepun. Sebuah negara yang cukup terkenal penduduknya sangat tertib, amanah dan berakhlak. Walaupun mereka ini tidak beriman kepada Allah swt tetapi mereka mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah swt dalam cara pembinaan manusia, maka hasilnya tetap Allah swt izinkan mereka menjadi sebuah golongan manusia yang hebat.

Inilah yang dinamakan dunia, dengan sifat Rahman Allah swt maka manusia yang tidak beriman sekalipun didunia ini, jika cara pembinaan manusia mereka mengikuti apa yang telah ditetapkan maka mereka akan dapati kebaikannya.

Semuanya ini bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan apatah lagi meninggalkan dan menafikan apa yang telah diajar dan ditonjolkan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu. Bagaimana Rasulullah saw membina masyarakat dan jenerasi yang sangat hebat. Apapun kita perlu melihat semula pembinaan tersebut dari awal kenabian selama 13 tahun Rasulullah saw di Makkah kerana keberadaan Rasulullah saw di Madinah adalah waktu melihat keberhasilannya.

13 tahun Rasulullah saw berusaha keras menyampaikan islam kepada masyarakat Makkah terutamnya. Tetapi intipati asas utama yang dipasakkan dalam setiap peringkat diri muslim itu adalah akidah, memperkenalkan mereka dengan Allah swt. Meyakini Allah swt  itu Tuhan yang esa tidak cukup dengan sekadar mengetahui dan meyakini pada hati dan lisan tetapi merialisasikan keyakinan tersebut sampai kepada pengamalan dan kehidupan.

Itu sebab orang yang baik imannya maka dapat dilihat dari ketenangan dirinya dalam melalui kehidupan lebih-lebih lagi dalam menghadapi satu-satu kesusahan dan musibah. Ini apatah lagi dalam mengahasilkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan semangat juang yang tinggi, segalanya tetap kuncinya datang dari keyakinan dan keimanan yang baik kepada Allah swt.

Itu sebabnya hari ini kita melihat dari segenap lapisan masyarakat, dari pemimpin sampailah kepada masyarakat bawahan pasti menghadapi masalah jati diri atau moral. Walaupun dia seorang muslim sekalipun jika penerapan iman itu tidak sebaik dan sesempurna mungkin, maka pasti selagi itu juga tidak akan berjaya menghasilkan individu yang hebat dan dihormati.

Maka usaha-usaha yang dilakukan dari setiap peringkat, pemimpin kerajaan sampailah sekecil kerajaan dipanggil keluarga, wajib memulakan usaha pembinaan dengan menanamkan "kenal Allah swt" dan menerapkannya didalam kehidupan. InsyaAllah jika usaha ini dibuat dengan baik, maka usaha dan cara yang akan mengikuti selepasnya akan menambah cantik lagi jalan dalam menghasilkan manusia berwibawa dan mempunyai jati diri, jenerasi pelapis yang hebat. InsyaAllah.

WAllahu a'alam

AbuJihad
20Julai2016
Sampingan DM

Ahad, 17 Julai 2016

AKU, ENGKAU, TURKI & MYANMAR


    الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين. 


Seminggu dua ini kita dikejutkan dengan dua peristiwa besar iaitu ulangan kejadian pembunuhan umat islam dan pembakaran masjid di Myanmar. Kemudian kudeta rampasan kuasa di Turki beberapa hari yang lalu. Sebelum itu pelbagai peristiwa yang berlaku kepada negara maupun umat islam diseluruh dunia.

Usah kita lihat sahaja kejadian yang tidak putus ceritanya seperti tidak ada penghujung, peperangan dan pembunuhan beramai-ramai, kematian yang tidak diketahui puncanya. Sehingga kita lali mendengarnya. Perkara ini telah diberikan gambaran oleh Rasulullah saw :

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’.” Sahabat bertanya, ‘Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?' Nabi saw menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan.” (Riwayat Ibnu  Majah )

Satu kejadian ke satu kejadian yang berlaku kepada umat islam diseluruh dunia ini menggambarkan umat islam bagaikan anak yang tidak berbapa atau layang-layang putus tali. Setelah kejatuhan kerajaan othmaniah di Turki pada tahun 1924 maka hilang segala kekuatan maupun harga diri seorang muslim.

Ini berlaku sehingga mengganggu gugat keimanan dan keyakinan yang sepatutnya ada pada seorang muslim. Jangankan kekuatan bahkan sampai asas kekuatan itu sendiri hilang. Harapan mereka bukan lagi pada Allah swt yang menjadi pergantungan segalanya, bahkan kini beralih arah kepada kuasa besar barat. Itu gambaran yang berlaku kepada tampuk kepimpinan sebuah negara.

Tidak kurangnya pula individu muslim itu sendiri, pandangan mata yang hanya tersasar kepada meterialistik, kerjaya, kedudukan dan hartabenda. Akhirnya semua ini menggoyahkan keimanan yang sepatutnya menjadi pasakkan pegangan kehidupan dan hala tuju. Hasilnya diantara yang dapat dituai adalah sifat mementingkan diri dan sayangkan harta serta takutkan mati. Ini telah diberi peringatan oleh Rasulullah saw :

Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” 

Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” 

Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]  11/371, no. 3745. 

Inilah gambaran dan peringatan yang telah diberikan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu. Ini bukan hanya sekadar peringatan dan gambaran yang didatangkan oleh Rasulullah saw kepada kita tetapi ianya memerintahkan kepada kita agar kita bersedia dan berhati- hati dalam mendepaninya.

Rasulullah saw juga memberikan kepada kita apa tindakkan yang perlu kita lakukan agar kita tidak dihanyutkan oleh suasana dan keadaan sekeliling apatah lagi menjadi seorang yang buta tuli tanpa mempunyai sikap ambil tahu dan rasa bertanggungjawab.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, katanya : Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, ‘Ya Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Baginda saw bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu sesat.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Mana mungkin kita boleh bertaqwa kepada Allah swt, mentaati pemimpin dan berpegang teguh dengan alquran dan sunnah Nabi saw, jika jalan kesana tidak diketahui dengan baik. Maka sudah barang pasti satu-satu jalan untuk sampai kepada perkara yang disebutkan oleh Rasulullah saw itu dengan menuntut ilmu.  Dengan ilmu dan pengetahuan yang baik sahaja dapat membawa kita kepada ibadah dah ketaatan yang baik kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

 "مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ  أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ"

"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya ; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula". (HR. Bukhari dan Muslim)

Menuntut ilmu dengan niat yang baik serta tanpa jemu usia dan masa, maka disitu ada jalan kebaikan yang besar lebih-lebih lagi dalam melalui fitnah akhir zaman ini. Pilih guru yang betul serta jadikan ulamak sebagai sahabat dan rujukan.

Akhir kata, jangan kita jadi orang yang berilmu tetapi ilmu hanya disimpan di file atau ditayangkan didinding, jadilah orang yang beramal dan menyampaikan ilmu. Jangan jadi orang yang berharta tapi harta hanya disimpan dan kumpul sahaja, jadilah orang yang mengeluarkan hartanya untuk agama. Jangan jadi orang yang punya akal tetapi hanya memikir untuk isteri, anak2 dan dunianya sahaja, jadilah orang yang memikirkan kemuslihatan agama, kesusahan orang lain serta akhiratnya.

Semoga kita menjadi orang yang bermenafaat kepada agama serta memberikan kebaikan kepada orang lain dan kebaikan buat akhirat kita,amin.

WAllahu a'alam

AbuJihad
17 Julai 2016
Teratak DM

Ahad, 21 Februari 2016

JOM KITA BERPERIBAHASA


    الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.

Peribahasa adalah kelompok kata atau kalimat yang menyatakan suatu maksud, keadaan seseorang, atau hal yang mengungkapkan kelakuan, perbuatan atau hal mengenai diri seseorang. Peribahasa mencakup ungkapan, pepatah, perumpamaan, ibarat, tamsil. (Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan Badudu-Zain (1994).

Peribahasa merupakan ungkapan yang walaupun tidak langsung namun secara tersirat menyampaikan suatu hal yang dapat dipahami oleh pendengarnya atau pembacanya karena sama-sama hidup dalam ruang lingkup budaya yang sama.

Seperti sebuah peribahasa yang terkenal berbunyi "anak monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan." Didalam dewan bahasa dan pustaka ia membawa maksud : urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

Kata-kata ini memberi pengajaran kepada kita bahawa jangan duk sebok dekat orang lain sampai lupa tanggungjawab yang berada dipangku kita. Contohnya seperti kemasukkan pekerja asing ke negara kita.

Dada-dada akhbar membuat liputan bahawa mereka ini tidak kurang dari 2 juta yang telah menetap sebagai pekerja asing. Ini belum lagi penambahan yang ingin dibuat oleh pihak kerajaan mutakhir ini. Alhamdulillah ianya di tangguh dulu sebagaimana yang telah disebut oleh Timbalan Perdana Menteri kita.

Apabila isu ini berbangkit, maka alasan yang akan kita dapati ialah kemasukkan mereka itu dapat menaikan ekonomi negara, mengisi kekosongan kerja-kerja yang tidak dikehendaki oleh rakyat sendiri serta mengurangkan kos pembayaran gaji kepada pekerja.

Pasti yang paling panas sekali alasan yang diguna pakai adalah menyalahkan rakyat golongan muda ini memilih kerja dan berkira dengan nilaian gaji yang dibayar. Jika alasan ini yang mungkin relivan atau ada kebenarannya, pihak kerajaan tidak hanya mengambil jalan mudah dengan " mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan."

Ada baiknya seperti sebuah keluarga, "jangan kerana nila setitik, susu sebelanga rosak". Bagaimana pun jangan dibuang yang rosak itu. Seorang yang mungkin rosak pada pandangan mata kita, selagi ada cara untuk memperbaikinya, maka diperbaiki itu lebih baik.

Maka terlebih dahulu diperbaiki sistem tatacara sesebuah pekerjaan tersebut, diperbaiki tangga gaji yang logik bertepatan dengan keperluan semasa serta diperbaiki mentaliti cara berfikir masyarakat agar melihat setiap pekerjaan yang halal itu baik.

" Nak seribu daya, tak nak seribu dalih " itulah peribahasa yang paling tepat bila sesuatu itu hanya lontaran 1001 alasan dibandingkan tindakkan yang tidak sewajarnya.

Jangan kita hanya mengambil jalan mudah dalam melaksanakan sesuatu itu sehingga tindakkan kita ini menempah kemudharatan yang besar kepada jenerasi pelapis kita yang akan datang. Setiap tindakkan yang kita ingin laksanakan, fikirkan kebaikannya dan kemudharatannya.

Bahkan tidak hanya cukup dengan memikirkan semata-mata didunia ini sahaja begitujua perlu juga difikirkan bagaimana besok diakhirat nanti lebih-lebih lagi apabila kita dipersoalkan setiap tindakkan kita diatas dunia dulu.

Akhir kata, jangan hanya hidup seperti orang yang hanya, " seperti melepaskan batuk ditangga." Buat sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh, baik dan teliti agar iainya bukan hanya berkualiti didunia bahkan diakhirat Allah swt lebih-lebih lagi.

WAllahu a'alam


AbuJihad
SampingNuha
21Feb2016

Sabtu, 20 Februari 2016

KEPULAN AWAN TINGGI


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين


Sedang aku memamah biskut kering dengan air kosong yang diberikan oleh bidadari malindo air ni, asyik aku melihat kepulan awan yg kini dia lebih rendah dari aku.

Sekali pandang tidak ku rasakan apa-apa tetapi bila lama aku amati awan-awan tersebut, nampak aku bagaikan mereka berdiri rapat segak perkasa menunaikan arahan tuan mereka.

Hebat kesetiaan mereka melaksanakan arahan tuan mereka. Panas yang mereka tahan dari terus mengenai penghuni yang melatar dibumi mungkin itu salah satu hikmah kejadian mereka.

Kemain rapat dan cantik susunan mereka bekerja, bukan sekadar itu bahkan susuk tubuh mereka yang cair menjadi air bagi membasahi muka bumi sebagai asas bagi sebuah penghidupan.

Itulah yang sering diungkapkan oleh para cendiakawan bahawa Allah swt jadikan alam untuk manusia supaya manusia kenal Allah swt.

Awan itu memberi pengajaran kepada kita tentang taat akan segala perintah Allah swt sekalipun perit panas yang dilaluinya.

Awan juga mengajar kita cara kerja dan pentadbiran dimuka bumi ini.

Lebih-lebih lagi awan menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah swt Khaliq yang menjadikan segalanya tanpa memerlukan sesuatu.

Maka kehidupan kita ini, Allah swt menjadikan alam buat kita serta didatangkan kitab alQuran dan Rasulullah saw sebagai penunjuk cara supaya sampai matlamat kita berada disini.

Cari ilmu agar tahu kita akan alam, dengan alam kita kenal Tuhan kita.

Semoga alam menjadi saksi buat kita diakhirat nanti dengan penyaksian yang baik dihadapan Allah swt,amin.


AbuJihad
TingkapMalindoair
20Feb2016

Isnin, 8 Februari 2016

SEMUT KECIL

     الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.

Pagi ni awal lagi perut aku dah berkata-kata. Semakin tidak dilayan maka semakin mejadi pula dia. Apalagi terpaksalah aku menyelongkar pula perut dapur yang ditinggal semalaman.

Dibuka perut tudung saji, alhamdulillah ada saki baki makanan malam tadi. Aku pun melabuhkan punggungku untuk menyampaikan hasrat si perut ni.

Sedang simulut membantu menyampaikan keinginan perut tiba-tiba aku ternampak sekumpulan semut yang sedang berjalan. Mungkin mereka pun sedang mencari nafakah untuk keluarga mereka hari ini.

Kini aku bukan bersendirian tetapi ditemani oleh sekumpulan semut tadi. Walaupun mungkin mereka tidak berkata-kata apatah lagi berbahasa dengan aku tapi aku dapat rasakan pergerakan dan tindak tanduk mereka menyampaikan 1001 macam bahasa lebih- lebih lagi pengajaran.

Hidup dalam berjemaah, tindakan yang berjemaah, jarang kita jumpa mereka bersendirian. Sifat " ke aku an" mementingkan diri sendiri apatah lagi jarang kita lihat.

Walaupun mereka ini hanya golongan kecil tetapi banyak kebaikan yang dapat kita pelajari. Mungkin itulah pentarbiyahan Allah swt kepada kita golongan manusia melalui makhluk ini.

Kita perlu belajar bahawa kita berjalan meniti kehidupan didunia ini tidak boleh bersendirian. Sekecil-kecil komuniti kita adalah keluarga kita bahkan kita tidak boleh juga hanya berkisar dengan komuniti tersebut.

Apabila melihat tuntutan sedemikin, maka disitu pasti ada perkara-perkara yang menjadi batas dan garis panduan agar hidup bermasyarakat ini membawa kebaikan besar kepada kita.

Sifat mengenali sesama kita, bertolak ansur serta mencari kebaikan komuniti sekeliling kita itu salah satu cara agar kita sentiasa berlapang dada dalam mendepani mereka.

Kemudian ambil berat dan tegur menegur itu pula sebagai tanda sayang kita agar sesama kita sentiasa berada dalam landasan yang betul.

Ini disempurnakan lagi dengan menjadikan ulamak atau golongan faham agama sebagai rujukkan setiap tindakan kita agar perbuatan dan amalan sentiasa berada didalam landasan yang betul. Tidak hanya berpegang dengan akal semata-mata sehingga akhirnya pegangannya hanya berkisar dengan kata-kata " saya rasa ".

Bersifat tawaduk merendah diri dalam setiap hal, apatah lagi mencari ilmu dan bertanya tentang perihal sesuatu yang tidak diketahui serta perbuatan yang diragui, sebaiknya mencari dan meleraikan daripada tersesat apatah lagi sehingga mengundang fitnah yang kembali kepada diri.

InsyaAllah jika perkara ini disemai dengan baik didalam diri setiap individu dan masyarakat maka ianya akan membawa pulangan kebaikan yang besar lebih-lebih lagi dalam membentuk ketamadunan manusia.


AbuJihad
8Feb2016
MejaMakanKu

Sabtu, 30 Januari 2016

BUAH MEMPELAM BERULAT


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.
Hari tu semasa aku balik dari membeli barang, terpaku aku melihat buah mempelam yang cukup menarik pandang pertama.

Bila aku menghampirinya, bukan sekadar tarikan rupanya bahkan wangi tubuhnya. Bila ditanya pasti jawapan tuannya ketika itu " manis rasanya ".

Dengan perasaan yang tidak berbelah bagi, suntingan tanpa mengira dua dan tiga. Sekilo dan seharga itulah yang menjadi hantarannya.

Sampai dirumah, belum lain yang aku sapa, dia dulu aku terjah. Kulit licin yang menutup gebu, aku siat sikit demi sedikit agar tidak kurang isinya yang cantik akan ku jamah nanti.

Diketika asyik aku melayan perasaanku, tiba-tiba aku terkejut melihat terjahan seekor ulat yang mundar mandir diisi tengah mempelam aku.

Hancur segala impian dan harapanku sepanjang aku mengenalinya. Kini aku delima.

Adakah perlu aku mengambil keputusan dengan membuang semua simempelam itu atau hanya aku buang tempat ulat bermundar mandir tadi dan memakan isi selebihnya yang masih baik.

Pasti jawapannya dibuang isi yg berulat dan memakan selebih isinya yang masih baik.

Begitulah keadaan kita sebagai manusia lebih-lebih lagi. Jangan disebabkan sedikit rasa tidak puas hati kita pada seseorang itu sehingga segala kebaikannya hilang ditelan zaman.

Jangan sesekali kita dimasuki dalam golongan " dah jatuh ditimpa tangga kemudian terpalit pula tahi ayam".

Mungkin benar ada salah seseorang itu pada kita tetapi disebabkan salah kita dalam menanganinya akhirnya menempah kita akan dosa pula.

Pada awal kesilapan seseorang itu pada kita, mungkin Allah swt mahu melihat keikhlasan, sabar dan tarji' kita kepadaNya.

Tetapi disebabkan sedikit sabar dan tarji'nya kita pada Allah swt akhirnya hilang segala kebaikan yang sepatutnya kita dapati darinya.

Apatah lagi dengan ketidak puasan hati kita, kita menggonjeng lagi melondehkan aibnya di khalayak ramai. Maka bertambah-tambah dosa melipat ganda.

Oleh itu, sabar itu didahulukan, fikir itu disertakan dan kebaikan itu didambakan. Maka pasti nikmat manis dirasai jua akhirnya.

Bagi sipesalah tadi, jika dapat diberi teguran, maka tegurlah dengan penuh hikmah. Pastinya niat tetap mencari redha Allah swt.

InsyaAllah pasti disitu ada kebaikan besar yang menanti untuk dunia dan lebih-lebih lagi akhirat kita.

فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يرة
ومن يعمل  مثقال ذرة شرا يرة

WAllahu a'alam


AbuJihad
30Jan2016
StadiumTertutup

Ahad, 24 Januari 2016

Bakso oh Bakso


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.


Alhamdulillah majlis Yasinan kali ini, menu utama adalah bakso. Kene dengan selera yang masih kuat dengan perjalanan sebulan dua ini berulang alik ke negara asal bakso.

Maka makannya pun seperti pepatah yang mengatakan " sampai mak mertua lalu belakang pun tak sedar ".

Dalam perjalanan balik, perut yang aku gendung berpuluh tahun ni mula merungut.

Pada awalnya aku sangka mungkin gurauan angin sahaja, tapi lama kelamaan semakin kuat tuntutannya sehingga tidak keruan lagi dibuatnya.

Bila diingat-ingat, mungkin bakso yang aku makan tadi tetapi tidak aku salahkan bakso tadi tetapi aku yang makan berlebihan dari sepatutnya.

Sudah sunnatullah alam, tidak mengira apa sekalipun, ubat yang mengubati juga tetapi apabila diambil dari sepatutnya maka ia akan menjadi mudharat.

Begitujua kehidupan, lebih-lebih lagi alam sekeliling kita ini, walaupun pada awalnya Allah swt menjadikan ia untuk keperluan manusia tetapi apabila ia diambil lebih dari keperluan, maka ia akan mengundang kemudharatan.

Contoh seperti duit. Lebih-lebih lagi hari ini segalanya memerlukan duit tetapi bukan duit segala-galanya.

Mungkin satu perkara kita lihat duit segala-galanya, maka kita berusaha mencari dan mengejarnya.

Tidak menjadi kesalahan kita berusaha mencari dan mengejarnya untuk keperluan selagimana batas-batas yang Allah swt telah tetapkan tidak kita langgar.

Tidak salah juga jika ianya tidak sampai kita mengabaikan perkara-perkara awlawiyat didalam kehidupan kita.

Jika tindakkan kita sampai melanggar batas-batas larangan Allah swt, tidak ada lagi haram apatah lagi syubahat ketika itu maka sebaiknya kembali rasa syukur terhadap apa yang ada pada dua tangan kita.

Dari rasa cukup pada dua mata, tetapi hakikat cukup itu tidak membawa kebaikan bahkan kemurkaan Allah swt.

Maka hidup atas dunia ini tidak cukup dengan mengambil sesuatu tindakan itu dengan "rasa" tetapi perlu berpandukan dengan ilmu pengetahuan yang benar asasnya dari ketetapan Allah swt dan sunnah Nabi saw.

Berjalan dengan berhati-hati dan lambat itu lebih baik dari cepat dan hebat tetapi tergopoh gapah akhirnya terlanggar batas yang tak sepatutnya.

Baik kita beringat sebelum Allah swt mengingatkan kita ketika itu. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

WAllahu a'alam


AbuJihad
24Dis2016
Seberang Penjara

Isnin, 11 Januari 2016

KAYUHAN BASIKAL AKU


بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah basikal yang aku impikan selama ini dapat juga aku miliki, walaupun ianya tidak baru tapi sudah mencukupi bagi keperluanku untuk riadhah menyampaikan kehendak tubuhku.

Pagi tu awal lagi aku dah menyeringai dihadapan muka pintu rumahku. Dengan segak kasut sukan dan bertopi seperti pelumba basikal negara.

Aku pun dengan selamba mula menolak basikal aku dan menaikinya dengan berhati-hati serta bacaan basmalah. Biasalah orang dah lama tak naik basikal.

Pergerakkan awal yang agak berat kerana posisi jalan dihadapan rumahku agak meninggi. Kini sampai aku dijalan utama ke Kuala Selangor satu ketika dahulu. Orang kata, tanpa jalan itu siapalah Kuala Selangor.

Kayuhanku semakin laju sehingga satu jalan yang agak tinggi, aku dah mula menggelek pinggulku untuk menguatkan kayuhanku melepasi kawasan tinggi tersebut.

Apabila melepasi kawasan tinggi tadi, satu setiuasi yang paling menyeronokkan bagi sang pengayuh iaitu menyusur laju basikal dengan tanpa kayuhan.

Begitulah posisi keadaan kayuhan aku yang hampir dua jam perjalanan berbasikal dengan pelbagai 1001 suasana jalan yang aku lalui, ada ketika ia menyeronokkan dan adakala ianya juga memeritkan.

Adakala kayuhan aku itu membuatkan aku ketawa bersendirian dan tidak tidak ketinggalan juga ianya memeritkan dan amat berat sehingga membuatkan aku hampir menangis.

Mungkin itulah yang dikatakan kehidupan. Mana kita perlu berhati-hati dalam melaluinya. Ada ketika perit dan susah payah kita dalam mendepaninya tapi hujungnya pasti kemanisan yang menyeronokkan menanti.

" فإن مع العسر يسرا، إن مع العسر يسرا "

Mana mungkin ada kemanisan tanpa adanya sebuah kepahitan. Mungkin itulah sunnatullah didalam kehidupan kita didunia yang sementara ini.

Tanpa kemanisan dan kepahitan didalam sesuatu itu, maka hambarlah ia.

Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang yang mengimani keesaan Allah swt. Maka sudah barang pasti kesusahan dan kepayahan yang kita lalui didunia ini, sama ada ia berbentuk susah dalam mendepani larangan-larangan Allah swt sehingga musibah yang didatang oleh Allah swt.

Semuanya itu, pasti pertamanya untuk menambahkan kemanisan keimanan kita mentaati Allah swt. Kemudian dengan rahmat Allah swt mahukan kita merasai maximum nikmat apabila kita kembali ke kampung halaman kita syurga yang kekal abadi.

Sama seperti orang yang dihidang sirap limau ais dalam keadaan dia tidak haus dan duduk di bilik dingin dengan mereka yang dihidangkan air sirap limau ais dalam keadaan dia haus dibawah terikan sengihan sang matahari.

Maka pasti dia cukup merasai nikmat air tersebut dan semakin bersyukur dia kepada sipemberi air itu.

Begitulah keadaan kita manusia, apabila melihat sesuatu itu dengan mata hati ilmu dan iman, maka pahit sesuatu yang kita dapati pasti akhirnya kita redha dan bersyukur kepada Sang Pemberi segalanya kerana mendapati nikmatnya tidak didunia pasti akhirat ia menanti.

Semoga Allah swt sentiasa memberikan mata hati yang baik agar dibuka segala kebaikan disebalik detik kehidupan yang kita lalui, sama ada susah atau senang kayuhan kita tadi.


WAllahu a'alam


AbuJihad
11Jan16
TehKodiRotiMentegaKacang

Selasa, 5 Januari 2016

HARI PERTAMA ANAKKU SEKOLAH



 بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا  محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua persekolahan anak-anak kita atau yang ada tu cucu-cucu bagi tok wan dengan tok ki.

Semalam pelbagai ragam yang dapat kita lihat dari pelbagai peringkat. Yang menangis itu pasti kemudian tidak ketinggalan juga yang duk sebok suruh mak ayah balik.

Macam-macam ragam sehingga dapat kita jadikan satu bahan kelakar bila melihat mereka.

Pelbagai ragam mereka itu tetap tidak akan dapat mampu ditandingkan dengan menggunungnya harapan setiap ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

Harapan ibubapa bukan sekadar kepada anak tapi lebih besar harapan yang diberikan kepada guru yang mengajar.

Demi harapan yang menggunung itu, tidak kurang modal yang dipertaruhkan. Dari persiapan bagi diri anak tadi sehinggalah 1001 macam bayaran disekolah. Dari sekolah kerajaan  sehinggalah sekolah swasta.

Semuanya itu kembali kepada kemampuan masing-masing. Semuanya itu juga kerana nak menyampaikan harapan yang menggunung tadi.

Kekadang di tengah kesebokan kita menyiapkan anak-anak kita dan dibuai harapan yang meninggi tersebut, yang kita nampak pendidikan dan pembelajaran itu hanya ada disekolah.

Kita hanya nampak kejayaan anak kita tersebut bergantung kepada sekolah terutamanya guru yang mengajar.

Mungkin kita tidak ketahui atau kita buat-buat tak tahu bahawa bagaimana keadaan anak tersebut awal-awal pendidikan seseorang anak itu dari rumah bahkan dari dua ibubapanya.

Mungkin disekolah boleh berikan ilmu berbentuk fizikal kepada anak tetapi di sekolah bukan tempat untuk membentuk keperibadian dan jati diri seorang itu.

Seorang yang hebat mempunyai jati diri dan keperibadian yang baik tetap bermula dari rumah dan didikan ibubapanya.

Jika dari rumah ia tidak dibentuk dengan baik, maka anak tersebut ke sekolah dalam keadaan kosong. Lalu ketika itu mudah ia terikut-ikut dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Maka oleh itu, mulakan pentarbiyahan dan pendidikan  dalam pembentukan jati diri dan kewibawaan seorang anak itu dari rumah dan bermula dari ibubapanya, InsyaAllah disitu ada peratus yang besar untuk membuka jalan kejayaan baginya didunia lebih-lebih lagi diakhirat.

Jadikan anak kita di mana sekalipun dia berada dan dimanapun sekali keadaan lingkungannya, maka dia tetap dengan dia. Muslim yang sejati.

WAllahu a'alam

AbuJihad
5Dis2016
Masjid PD.

Ahad, 3 Januari 2016

MANUSIA ITU BAIK


 بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على محمد وعلى اله وصحبه أجمعين 

Allah swt telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Dilengkapi kejadiannya dengan 1001 macam sifat bagi diguna pakai dalam kehidupannya.

Sifat tersebut baik dalam keadaan yang dilihat positif maupun dipandang negatif. Hakikat sebenarnya positif atau negatif sesuatu sifat itu kembali dimana ia diletakkan dan diguna pakai.

Allah swt juga menyempurnakan kejadian manusia ini dengan akal dan nafsu. Kemudian didatangkan alQuran dan Rasul utk memberi panduan kepada manusia bagaimana cara guna pakai objek diri dalam melalui kehidupan ini.

Allah swt juga menjadikan manusia ini seperti pelangi yang berwarna warni fizikal dan sifat serta caranya.

Allah swt pun menjadikan dunia dengan penuh perhiasan yang sangat mengkagumkan. Mungkin boleh sehingga membuatkan rasa takjub manusia dalam melintasinya.

Takjub dan kagum tadi jika dilayan sehingga boleh membuatkan manusia leka dan lalai dalam perjalanannya dan kemana tujuannya.

Itu sebab Allah swt  memberikan akal, Quran dan para Rasul sehingga hari ini pula pengganti lidah Rasul ada para ulamak.

Diguna pakai mereka ini untuk mengetahui hakikat sebenar disebalik perhiasan yang menggiurkan itu.

Tidak cukup dari itu didatangkan pelbagai bentuk yang dipanggil musibah sebagai mengejutkan kita untuk fokus semula kepada perjalanan kita.

Jika dilihat semuanya itu maka sudah pasti perkara wajib diantara yang wajib kita cari adalah ilmu pengetahuan agar mengerti dan memahami segala setiap sesuatu itu.

Manusia itu baik tetapi yang membuatkan ia cacat adalah disebabkan kejahilan dan kelalaiannya.

Semoga Allah swt memimpin kita dalam melalui lorong jalan dunia ini sampai kita kembali ke destinasi syurga yang kekal abadi.

Allah swt selamatkan kita dari kelalaian yang membuatkan kita terperosok jatuh kedalam neraka Allah swt,amin.


AbuJihad
Firefly
3Jan16